Memaparkan catatan dengan label gambar hantu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar hantu. Papar semua catatan

29 November 2016

Kelibat Berambut Panjang Dalam Gambar



Penampakan gambar hantu di dalam gambar adalah perkara yang sering berlaku namun banyak kemungkinan yang boleh dijelaskan menyebabkan sesebuah gambar tersebut mempunyai penampakan.

Sebagai contoh dalam gambar ini boleh jadi ketyika group photo anda terlupa untuk panggil kawan black metal anda yang baring tepi katil.

Boleh jadi juga hantu pontianak yang menghuni bilik anda membuat keputusan untuk menampakkan dirinya.

10 Januari 2013

Gambar Hantu Atas Pokok

Terlihat dengan jelas penampakan entiti asing terawang-awangan di sebalik pokok
Gambar kali ini dikirimkan oleh seorang rakan. Dikatakan pemuda yang mengambil gambar ini demam seminggu selepas menatap kembali gambar ini. Pemilik telefon bimbit yang merakam gambar ini yang dikenali dengan nama Ahmad Kiamat juga telah susut berat badannya beberapa kg selepas insiden ini yang berlaku sekitar Raya tahun lepas.

Analisis kami mengatakan imej hantu ni mungkin benar-benar berjaya dirakam secara spontan berdasarkan pemerhatian terhadap pixel. Kami juga sempat menemuramah sendiri mereka-mereka yang terlibat ketika gambar ini diambil.

Penampakan hantu di sebalik pokok bukanlah sengaja diada-adakan sebaliknya adalah rakaman sebenar.

Jika anda mempunyai pandangan yang berlainan, sila tinggalkan komen di sini.

Teruskan menghantar gambar-gambar hantu anda kepada kami.

17 September 2012

Hantu Penanggal Di Kuala Kangsar?


Gambar hantu terkini ini dikirimkan oleh seorang pembaca. Menurut pengirim gambar hantu penanggal ini tersebar di laman sosial Facebook dan disertakan dengan teks berikut:
Astaghfirullah hal azim, masih ada lagi manusia yang menggamalkan syirik kepada Allah swt.Makhluk Penanggal ini berjaya ditangkap oleh penduduk di Kuala Kangsar, Perak.
Gambar hantu penanggal ini menyerupai ciri-ciri hantu yang dikatakan sebagai 'Hantu Penanggal' dengan isi dalam perut yang kelihatan, paru-paru dan tali perut jelas dapat dilihat dalam gambar ini.

Seperti biasa kesahihan gambar ini masih belum dapat dipastikan.

Apa kata anda?

03 Februari 2012

Rumah Berhantu : Misteri Villa Nabila Di Johor


Mesti ada antara korang yang pernah dengar pasal Vila Nabila ni. Ada macam-macam cerita yang menarik pasal rumah ini.

Baru-baru ini kita ada menerima kiriman dari sorang brader yang telah pergi sendiri ke Villa Nabila ini. Dia pegi pepagi buta, nak pegi malam-malam buta apa barang ye dak?

Jadi seterusnya adalah tulisan En. Haziq yang menceritakan pengalaman beliau (dan kawan-kawan) ke vila berhantu ini:

Salam.
Saja berkongsi gambar penampakan selepas khusyuk tengok penampakan di blog ini.
Lokasi rumah lama ini ialah berdekatan Danga Bay Johor Bahru.
Berpagar warna biru.
Saya dulu pelajar di IPTA di sini, dan kampung halaman disini.
Saya dan kawan-kawan saya saja overnight di JB, maklumlah.. bosan kan.. tapi just bersiar-siar saja. Pada mulanya, memang kami dah merancang nak pergi ke rumah Misteri ini pada jam 3 pagi (Waktu paling Aktif mengikut kebanyakkan cerita).
Tetapi atas dasar-dasar keselamatan, kami tunda lepas subuh.. maklumler... bukan semua yang berani kan nak nampak depan mata? hehe.. untuk ke rumah lama ini, jika mengikut pintu depan mengambil masa 15minit sebab jalannya belukar semak samun dan usang. (umpama jungle trakking pagi2). Untuk pengetahuan, rumah lama ini berada di puncak bukit. Jadi kepada yang mahu jungle trekking disini perlu berhati-hati sebab kalau tergelincir.. Bahaya ooh.. Sesudah berada di rumah lama di puncak bukit, tiada kelibat yang kami nampak... cuma 1 kejadian pelik iaitu rakaman video yang dibuat oleh kawan saya seperti telah dipotong di pertengahan jalan? sedangkan kawan saya kata dia tidak stop atau pause rakaman tersebut mahupun Delete. memang pelik dan ini saya sendiri telah perhatikan rakaman tersebut berulang kali. sebab saya ada sedikit ilmu tentang sunting video guna kamera hp nih. mungkin 'Penghuni" kawasan ini tak suka kot? well.. common sense ler..
Sesudah tiba laman puncak bukit tuh, kami berlegar-legar disitu untuk seketika sambil mengambil Kenangan Terindah.. hehe.. Keadaan rumahnya memang usang dan bahagian-bahagian dalam rumah tersebut telah runtuh.. tapi masih ada lagi perkakasan rumah tersebut.
Antara gambar-gambar yang telah di upload dan sedikit penerangan:

Gambar 1 - fokus kepada kawan saya yg pakai baju merah tuh.. ada tak nampak kelibat budak kecil? apa entah yang cuba ditunjuk oleh 'budak' itu.

Gambar 2 - fokus kepada bahu kiri kawan berbaju merah, jika dibesarkan dan di zoom, akan nampak maklhluk berambut panjang dan berupa macam anjing.

Gambar 3 - fokus kepada tingkap kiri sekali. akan nampak makhluk berkepala hijau tengah merenung saya yang mengambil gambarnya.. hehe...

Gambar Akhir - ada dua kelibat jika diperhatikan betul-betul.. satu di tingkap (perlu di zoom dan akan nampak wajah seseorang yg membujur bentuknya sedang melihat saya dan kawan-kawan) dan satu lagi di kaki rumah.. (seperti 'budak' tadi.. tapi tak pasti ia betul atau tidak)

Gambar-gambar ini saya cuma edit dari segi menjelaskan imej sahaja.. nak percaya atau tidak terpulanglah..
Sewaktu saya dan kawan-kawan saya berjalan-jalan di sekitar rumah ini, ada beberapa kali saya terlihat kelibat bayang-bayang perempuan berdekatan kami.. tetapi seperti pesanan orang tua-tua, jika nampak jangan tegur, jangan menyapa dan buat-buat tak nampak saja.. sambil-sambil tuh saya mengucap 2x syahadah dan baca ayat-ayat pelindung seperti Sura Al-Falaq dan Sura An-Nass.

tempat ini memang ada kisah tragedinya tersendiri dan sememangnya ada usaha pihak-pihak tertentu untuk membangunkan tanah ini.. maklumlah harga tanah di JB mahal oh... lagi-lagi berdekatan pusat bandar dan berhampiran Danga Bay..
Tetapi sayangnya.. dengar cerita orang JB yang tahu kisahnya.. setiap kali ada usaha untuk memecahkan dan membersihkan tempat ini, mesti ada kejadian yang pelik dan tidak masuk akal.. contohnya mesin jentolak rosak tiba-tiba, kena ganggu dan sebagainya.

Ceita tentang Villa Nabila ada banyak versinya.. korang boleh cari di laman google dan taip jer villa nabila.
tetapi versi yang kebiasaan didengar, mengisahkan sebuah keluarga mendiami villa ini sewaktu 70 an dahulu.
keluarga tersebut golongan berada dan mempunyai anak bernama Nabila.
sehinggalah satu ketika setelah Nabila mewarisi harta peninggalan bapanya, ibu tirinya iri hati dan membunuh Nabila dan menanam mayatnya di dinding.
ibu tirinya melarikan diri bersama harta tersebut..

Jadi bagaimana mayat Nabila ditemui sedangkan berada di dalam dinding dan di sebuah Villa yang sangat besar? berjarak 20 meter daripada jalan besar?
ini cerita turun temurun, kisah di sebalik penemuan mayat Nabila di dinding.. ini disampaikan oleh kawan saya, dan dia memang banyak mendengar cerita-cerita pelik di JB.. Kisahnya.. Ada seorang hamba Allah s.w.t ini datang membantu, (mungkin kerana dah teruk sangat kawasan tersebut diganggu). tidak pasti bagaimana dia menemuinya tetapi diyakini bahawa Allah s.w.t telah menunjukkan sesuatu kepadanya agar ke villa tersebut dan ke tempat mayat Nabilla ditanam di dinding. you all boleh survey di internet tentang kisah villa Nabila.

------------------------------------------------------------------

Kita hargai usaha-usaha anda dalam mengeksplorasi dan membongkar misteri sebegini. Kita ucapkan berbanyak terima kasih kepada En. Haziq dan rakan-rakan atas keberanian diaorang.

Cuma dinasihatkan agar kalau plan nak buat trip macam ni, sentiasa maklumkan orang lain tentang rancangan anda. Be safe, jangan berpecah dan hormati 'kawasan' yang anda lawati. Paling penting sekali adalah stenbai kamera dan kirimkan penemuan anda kepada kami untuk dinilai bersama oleh semua pengunjung blog ini.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Vila Nabila ini saya cadangkan anda membacanya di blog ini. Ada 5-6 versi pasal rumah ni. Entah mana satu yang betul tak tau.

Ok teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami.

14 Julai 2011

Tangan Hantu Dalam Gambar Gadis Sedang Mandi

Ini ada satu berita gempar dari Sibu, Sarawak yang berlaku minggu lepas.
Dikatakan gadis ini tiba-tiba pengsan setelah gambarnya diambil. Dan setelah diteliti gambar tersebut didapati ada penampakan objek berupa tangan misteri yang kelihatannya seperti cuba mencekik gadis berkenaan.

Meneliti gambar yang disertakan oleh berita ini, didapati memang benar kelihatan jari-jemari berkedut-kedit dan berkuku panjang seolah-olah hendak mencakik gadis ini. Ada juga kemungkinan gambar hantu ini mungkin terjadi akibat biasan cahaya dari air sungai. Rupanya sungguh real dan menakutkan. Biasan dari air tidak selalunya menghasilkan ralat fotografi ber-dimensi sebegini.

Satu lagi faktor adalah persoalan di mana adakah gadis ini pengsan setelah melihat gambar ini atau sebelumnya? Kenapa gadis ini pengsan? Adakah kerana sudah dicekik hantu?


Berikut adalah teks sebenar dari pautan berita mengenai kejadian ini yang disiarkan dalam akhbar The Borneo Post:
SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.

Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.

“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.

“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.

Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.

Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.

“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.

Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.

Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.

Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.

Percaya atau tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.

Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.

Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.

Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’.

Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.

Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.

Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.

Lain kali kalau mandi sungai haruslah berhati-hati. Kita tak tahu dan tak nampak apakah yang sedang memerhatikan anda dari dasar sungai. Keselamatan juga harus diutamakan. Jangan ingat nak berseronok je.

Terima kasih kepada Miss Raden kerana mengirimkan link ini kepada kami.
Teruskan menghantar sebarang bahan-bahan misteri dan aneh.

Jangan biarkan hidup anda... dicekik hantu air ketika mandi sungai.

15 Jun 2011

Gambar Hantu Ikan Bakar


Gambar hantu kali ini bertajuk 'Gambar Hantu Ikan Bakar' sebab pengirim kata gambar ni diambil masa diaorang bakar-bakar ikan kat rumah dia. Ok cakap banyak tak guna, teks berikut disertakan oleh pengirim gambar hantu ini:

gambar ini ialah gambar yang diambil oleh adik saya waktu sedang bakar2 ikan di rumah saya dengan kawan-kawan beberapa tahun lepas. waktu tu dah lebih jam 1 pagi tak silap saya... menurut adik saya, mulanya dia memang dah nampak makhluk tu, kemudian dia fikir, "apa kata try test tengok tangkap gambar kot2 boleh masuk gambar makhluk bertuah tu." (adik saya dah biasa nampak benda2 macam ni so dia tak de la heran sangat) so dia pun ambil gambar and memang masuk dalam kamera.

gambar ni memang saya ambil gambar asal, dan tak ada edit apa2. untuk makluman, kawan2 dia dalam gambar tu takde sorang pun yang tahu tentang makhluk tu masa tu. lepas dah ambil gambar baru la dia bagitau dan sorang2 muka pucat lesi, nak2 yang pakai topi tu, sebab benda tu betul2 depan dia. mulanya diorang agak skeptik, mana tau kot2 asap rokok, tapi kemudian diorang test ambil gambar dengan asap rokok, memang tak sama dengan makhluk putih tu. saya pun seram sejuk dibuatnya sebab ni kat rumah saya, haha... off record, sebenarnya adik saya memang orang yang selalu nampak benda2 macam ni dan dia kadang2 boleh berkomunikasi dengan makhluk ni, so dia tanya la benda tu, apa yang dia buat kat rumah saya. benda tu jawab yang dia memang dah lama duduk situ, nak pindah tapi tak tau ke mana nak pindah.

ada satu kejadian lagi masa adik saya tengah baca Al-Quran dalam jam 3 pagi, dengan tingkap yang terbuka, dia nampak ada sorang nenek bertongkat jalan di jalan raya depan rumah saya. bila dia tiba bertentangan dengan rumah saya dia pun pandang adik saya, adik saya cakap, "marilah sini baca Quran sama-sama, boring sorang2 ni...", mata nenek tu terus jadi merah menyala, marah dan terus jalan. ^o^

Kalau lihat betul-betul gambar hantu ni, memang ada sesuatu kat dalam gambar. Kalau asap rokok pun lain sifatnya dalam gambar. Menurut pandapat saya, penampakan ini bukanlah berada di depan brader pakai topi tu, sebaliknya 'makhluk' tersebut berada betul-betul depan kamera.

Memang ada sesetengah orang memang terbuka deria mereka dengan perkara-perkara ghaib ini. Dikatakan juga bayi paling senang nak berinteraksi dengan makhluk halus. Kadang-kadang kalau budak menangis tak henti-henti tandanya ada 'sesuatu' sedang mengusik.

Wallahualam.
Kita tak nampak, tak tahu. Kalau ada sapa-sapa ada pengalaman harap dapat dikongsi bersama.

Terima kasih kepada Nana yang mengirimkan gambar ini. Teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami. Real-tak real lain cerita. Kita usyar dulu.

Akhir kata, jangan biarkan hidup anda di-usyar hantu...

18 Mei 2011

Penampakan Gambar Hantu Pocong di Taiping?


Waktu petang ataupun senja memang tak elok kalau duduk di luar rumah. Kata orang tua, time tu lah hantu berkeliaran. Pemandangan matahari terbenam memang cantik
Gambar hantu kali ini dikirimkan oleh Cik Nadia. Berikut adalah teks yang disertakan sekali bersama gambar ini:
disini saya nak share satu gmbar yang saya peroleh dari rakan sekerja saya. dia telah pergi ke taiping dalam hujung tahun 2010. gambar di ditangkap sewaktu maghrib. time tu boyfriend dia yang drive and dia yang tengah duduk kat passenger seat saje2 nak snap gmbar. katanya pemandangan petang tu cantik sangat. tapi selepas snap gambar tu, dia perasan sesuatu yang agak pelik. saya dah highlight kan dengan bulatan merah. boleh korang tolong tafsirkan tak. coz saya pun tak pasti objek apa. atau itu hanya ilusi optik sebab keadaan jalan pun macam beralun. kalau korang rajin, analisis sekali gmbar ni sebab kata boyfriend dia kat bawah objek hitam yang terbang tu macam ada pocong. tapi saya tak nampak pulak. ape2 pun terima kasih korang.
Ok mengikut penelitian saya, gambar ini diambil menggunakan kamera telefon (Sony Ericsson K770i) dengan lensa CMOS pada bukaan 1/8 saat. Bukaan yang agak lama ini tambah dengan keadaan kereta yang bergoyang menyebabkan gambar jadi blur. Kalau kita tengok dengan teliti 'penampakkan' dalam bulatan itu adalah selari dengan lengkok pada garisan jalanraya.
Objek hitam tersebut adalak pokok yang kabur. Dan kat bawah sikit tu.. wallahualam.

Terima kasih kepada Cik Nadia.
Teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami.

11 Mei 2011

Gambar Hantu Taman Rimba


Aku dah pegi tempat ni banyak kali, dan dah ambik gambar tempat ni juga banyak kali dah. Setiap kali ambik gambar mesti ada penampakan objek aneh menganggu. Gambar kali ini juga tidak jauh berbeza.

Dia tulis:
"ada sesuatu yang aneh pada gambar yang diambil semasa trekking di Taman Rimba Kenong baru-baru ini. Perhatikan kawasan sekeliling 'clear' tapi muka guide ni terlindung separuh, kenapa?"

Fonemena ini tidak dapat dijelaskan. Gambar ini juga telah dihantar kepada 'pakar-pakar' dalam bidang ini dan telah disahkan bahawa memang ada sesuatu yang menganggu gambar. Cuba lihat juga wajah yang kelihatan di celah-celah batu itu.

Dikatakan juga makhluk yang menghuni gua-gua di kawasan ini terdiri daripada para 'sheikh'.

Kirimkan pendapat anda kepada kami.

Taman rimba ini terletak di Pahang.

17 April 2011

Sukacita dimaklumkan: Ini Bukan Gambar Hantu


Hari tu kecoh pasal gambar yang memiliki ciri-ciri seperti gambar di atas yang dikatakan diambil di negara Arab. Ok ini ada satu update, bila keluar gambar macam ini, ianya bukan gambar hantu ye adik-adik.

Gambar seperti ini terhasil bila ada embun, ataupun partikel-partikel air yang wujud di waktu pagi atau malam yang berkabus tebal. Cahaya flash kamera korang akan dipantulkan oleh partikel air di udara menyebabkan penampakan yang seringkali disangka gambar hantu.

Sekian dimaklumkan.

P/s: Gambar dikirimkan oleh Encik Sharol Amir. Katanya diambil masa mencandat sotong.
P/ss: Mencandat sotong ni apa?

05 Mac 2011

Bergambar Dengan Makhluk Halus


"Ini gambar kami sedang bergambar dengan makhluk halus baik... kalu perhati betul2... ada 'benda' kiri dan kanan kami tu"

Gambar dikirimkan melalui laman Facebook kami. Cuba perhatikan dengan teliti. Adakah gambar hantu itu kelihatan?

11 Januari 2011

Gambar Jin Di Masjid?


Gambar ini memaparkan suatu penampakan misteri yang aneh di angkasa. Pengirim hanya menyatakan bahawa gambar ini adalah gambar jin. Lokasi dan masa gambar diambil tidak dimaklumkan.

Kelihatan di dalam gambar seperti sesuatu sedang melayang di udara. Nak kata layang-layang apa ke pelik benor rupa layang-layang?


Tinggalkan pendapat anda untuk dikongsi bersama.

Terima kasih kepada pengirim dan teruskan mengantar gambar hantu untuk dikongsi bersama.

24 November 2010

Gambar Pontianak?


Gambar hantu ini di kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Gaya macam kat Shah Alam. Takde pulak info disertakan sersama gambar ini. Tak dapat dipastikan adakah amoi sama sibuk nak posing ke ataupun benar-benar penampakan hantu.

Jesteru komentar dan pandapat anda sangat dialu-alukan.


Nota : Kini anda boleh meninggalkan komen melalui akaun Facebook anda. Cubalah!

22 November 2010

Gambar Hantu Di Mengkarak

Gambar Hantu kali ini dikirimkan oleh seorang sahabat. Gambar ini diambil di Kampung Mengkarak, Bera, Pahang. Pengirim berkata ketika gambar diambil memang takde entiti putih kat sebelah budak tu. Pengirim menyertakan teks berikut.. err.. saya harap anda semua biasa dengan telor Pahang:

Koi dapat gambo ni dari seorang rodong Kampong koi di dalam daeroh Bera ni,dia ckp semasa gambo ni ditangkap mmg takde pun perempuan/kanak2 baju putih tu sdg berjalan kat situ,masa tu dah nak senja,budak kecik yg cangkung tu demam pada malam tu..wallahualam..
perhatikan kaki nye seperti tak jijak ke bumi..aokme nilaikan lah..wallahualam.



Ok, luangkan sedikit masa anda untuk renung gambar ini. Memang kaki dia tak jejak tanah. Muka pun tak nampak. Gambar diambil time senja. Orang kata time senja ni memang banyak makhluk halus berkeliaran.

Apa-apa hal saya serahkan kepada pembaca yang bijaksana untuk menilaikannya. Teruskan menghantar gambar-gambar hantu kepada kami.

19 November 2010

Lagi Hantu Menumpang Di Dalam Gambar


Kata orang, kalau tak cukup ahli pasukan ketika ekspedisi, cepat pergi cari. Tapi kalau terlebih diamkan sahaja. Encik Zaril mengirimkan gambar yang pelik ini.
Teks berikut disertakan:
salam sume...
gambar ni aku ambil tym buat experiment biology di salah sebuah kolej
matrikulasi yg aku blaja pada thun ni,2010.....
aku x pasti ape bende yg bertandang diantara membe aku yg berbulat merah tu....
saje nak kongsi ngn kome...
Nampak gayanya ada sesuatu entiti yang cuba menumpang di dalam gambar ini. Kalau manusia sekalipun, mana kakinya? Agak menyeramkan.

Terima kasih kepada pengirim. Teruskan mengirim gambar hantu anda kepada kami.

15 November 2010

Gambar Hantu Tepi Semak (Kuala Kerai, Kelantan)


Rumah tinggal memang sarang hantu. Ketiadaan penghuni di dalam rumah menyebabkan entiti-entiti lain menjadikan kawasan tersebut tempat tinggal mereka.

Gambar ini dikirimkan oleh Saudara Fakhruddin. Gambar ini juga adalah screenshot dari video yang beliau ambil di Kuala Krai, Kelantan. Resolusinya terlalu kecil untuk dikaji dengan lebih teliti.

Pengirim menyertakan teks berikut:

Video ni (telah di capture)diambil semasa adik saya pulang dari sekolah, dia saja-saja ambil video ni. Rumah kat sebelah hantu tu dah lama tak didiami orang. Blakang rumah tu pun penuh semak samun. Jd tak logik klu orang nak pegi belakang rumah tu. Lokasi Kubang Lebur, Kuala Krai Kelantan. Dengar kata juga ni adalah tapak hospital zaman dulu(tak tau btul ke tak).

Diharapkan agar Saudara Fakhruddin dapat mengirimkan kepada kita video yang dimaksudkan untuk kita nilaikan bersama-sama.

Tinggalkan komentar anda dan teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami.

12 November 2010

Gambar Hantu di Seksyen 12 Shah Alam


Gambar hantu yang ni kena perhati betul-betul. Ada nampak?
Teks berikut disertakan oleh pengirim gambar, Anas:

Gambar ini diambil pada 22/10/10. Semasa itu saya dan beberapa org rakan saya telah pergi ke rumah yang dikatakan berhantu ini pada jam 3.30 pagi. Tiada apa yang berlaku, hanya apabila kami pulang dan melihat gambar, kami terperasan ada sesuatu dibelakang rakan saya.

Apa pendapat anda?

02 November 2010

Penampakan Entiti Misteri Di Pulau Tioman


Adakah ini gambar hantu yang sama-sama mendiami bilik ini?
Gambar ini dikirimkan oleh Jehan. Teks berikut disertakan bersama-sama gambar:
Picture ni diambil sewaktu saya dan sepupu ke Tioman atas urusan kerja..Asalnya ambik pic ni utk tunjuk kepada member2,bilik yg kami tidur beserta kawasan sekeliling..tp bila dah sampai rumah,kami br perasan 1 pic ni agak pelik sikit..
Gambar ini diambil pada October 2009,tiada flash digunakan,dan diambil pada waktu sia...ng..saja nk berkongsi dgn rakan2 kita semua =)
Cuba korang perhatikan dengan teliti gambar ni apa yang korang nampak?
Kita ucapkan terima kasih kepada Encik Jehan.

Kepada yang lain, teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami.

21 Oktober 2010

Mayat Berjalan Pulang


Mayat yang mati di tengah-tengah hutan akan berjalan sendiri ke rumahnya. Ini adalah sejenis amalan di Kg. Trodja (Indonesia). Kawasan di sekitar kampung dikatakan berbukit-bukau. Maka jika ada kematian, mayat akan berjalan sendiri pulang ke rumahnya tidak akan menyusahkan orang untuk mencarinya.

Cuma mungkin horror la sikit kalau saudara kita keluar minggu lepas, tiba-tiba yang balik tu mayat. Ilmu ini belum dapat disahkan kesahihannya dan kita hanya ada petunjuk gambar ini sahaja yang dikirimkan oleh seorang pembaca.

Kalau kita lihat dengan teliti kat belakang tu ada semacam tempat persembahan. Ini mungkin menunjukkan bahawa masyarakat di sekitar kawasan ini tidak mengamalkan agama Islam. Saya enggan mengulas dengan lebih lanjut lagi, dan kita serahkan spekulasi seterusnya kepada pembaca.

Sila tinggalkan komen anda.

04 Oktober 2010

Gambar Misteri Hantu Perempuan Bertudung


Gambar ini dikirimkan oleh F (Nama sebenar tidak mahu disiarkan). Berikut adalah teks yang disertakan bersama-sama gambar ini:
gmbr yg saya hntr ni, berlaku di salah satu IPTA di negara ini (maaf, saya xdpt sebut)..kami mengajar di IPTA tersebut.
Pada mlm tu, kami menganjurkan program Debate in English, and a friend of mine tgh dukung anak kepada kwn. Mase tgh tangkap gmbr tu, xde sape2 kat kawasan tu sbb semua students berada didalam class. We only noticed ada benda dibelakang kwn saya lepas gmbr ni diupload di facebook (maaf, terpaksa tutup muka kwn and anak kwn). Yang peliknyer, kami berada di tingkat 3. yg saya perasan, benda tu berada diluar tingkap, dan tiada siapa boleh keluar dr tingkap tu.Walaupun ada pintu,-utk technician keluar baiki aircond tetapi pintu tu mmg berkunci. kalau ada students luar dr tingkap tu, kami akan marah mereka tetapi, sbb xada sesiapa pun diluar tu. saya sebagai tenaga pengajar di IPTA tersebut xpernah melalui nya lg, tetapi selepas melihat gmbr ni.saya sendiri terkedu. wallahualam.
Penampakan objek atau makhluk di dalam gambar sememangnya satu fenomena yang tidak dapat diduga. Cuba cek balik koleksi gambar-gambar dalam simpanan anda. Manalah tahu ada penampakan seperti ini. Jangan lupa kongsikan bersama kami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...