Memaparkan catatan dengan label puntianak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puntianak. Papar semua catatan

31 Julai 2008

Misteri Hantu Tenggek


Kiriman gambar kali ini dihantar oleh Mohd Azlan. Gambar hantu ini popular beberapa tahun yang lalu. Kini kami paparkan kembali untuk analisis pelawat-pelawat baru. Sesiapa yang memiliki gambar yang lebih besar, sila hantarkan kepada kami.

Update : Mohd Azlan menhantar info ini:
"gambar hantu sebenarnya bukan dekat apartment mont kiara. sebenarnya dia diambil oleh sorang budak praktikal(budak taiping,perak)yg sekali praktikal dgn aku.gambar tu disahkan oleh aku mmg gambar betul.gambar tu diambil di satu flat di butterworth,rumah kawan dia.dia tangkap gmbar kawan dia guna kamera nokia sembilu.masa dia ambil gambar tu sebenarnya terdapat kabus/asap putih dibelakang kawan dia.bila dilihat didlm hp barulah nampak ganbar tersebut,apalgi cabutla diorang."

16 Julai 2008

Pontianak / Puntianak / Kuntilanak


Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.

Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.

Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.

Gambar : Pontianak Tampines yang glamer itu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...