15 Ogos 2010

Lagi Gambar Hantu Menumpang


Minggu ni sahaja ada dua keping gambar hantu yang mana hantu tersebut menumpang dalam gambar makwe cun. Gambar kali ini juga dikirimkan dari Facebook oleh Mohd Izzudin. Kata beliau :
ni gambar yg tlah diambil oleh kawan aku kat Kilang VS20 ni dekat store.... pada ketika itu mereka hanya bergambar 2orang.. dan apabila ditunjukkan sama temannya..temannya berkata..."siapa yg kat tengah tu?"... mereka terpinga2 dan setelah diamati ade kepala hantu ditengah2..berwajah seperti anjing...beberpa hari selepas itu handphone orang yg ambik gambar ni..handponenya rosak..nasib baik boleh tukar simcard ke hp lain.. tu la aku dapat gambar ni... dan start drpd hari tu plak hp aku dah mula biol...kebetulan je kot....
Kalau diteliti tiada penjelasan macamana penampakan itu boleh berada di belakang sedangkan bayang-bayang kaki tidak kelihatan. Mungkin juga pekerja-pekerja di situ bergurau untuk menakut-nakutkan orang lain. Memang ada rupa macam anjing

Macam biasa terserah kepada penilaian anda. Terima kasih kepada Izzudin. Teruskan menghantar gambar hantu korang kepada kami. Real ke tak real ke kita bincang sama-sama.

10 Ogos 2010

Gambar Awek Comel (Tangan Hantu)

Gambar ni memang terbaik bulan ini. Di samping penampakan hantu yang menyeramkan, juga gambar awek-awek yang cun dan comel. Pakej terbaik.


Ok gambar ni dikirimkan melalui Facebook oleh Syuq 수다들. Orang Korea barangkali. Ada tangan misteri tengah pegang pinggang makwe yang berbaju merah kiri sekali. Tangan siapakah itu? Kalau mengikut logik, tiada sapa yang boleh pegang sampai ke situ.

Barangkali inilah tangan hantu yang kelihatan dalam gambar.

Terima kasih kepada Syuq 수다들. Kepada yang lain, teruskan menghantar gambar hantu (dan gambar awek cun) kepada kami. Jangan lupa juga 'Like' page kami di Facebook untuk update terkini dan juga gambar-gambar yang esklusif oleh peminat-peminat gambar hantu yang lain.

Last but not least, Selamat Berpuasa kepada semua. Walaupun setan dah kena ikat, kita akan terus membongkar alam misteri dan mistik khusus untuk tatapan anda semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...