Memaparkan catatan dengan label awek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label awek. Papar semua catatan

10 Ogos 2010

Gambar Awek Comel (Tangan Hantu)

Gambar ni memang terbaik bulan ini. Di samping penampakan hantu yang menyeramkan, juga gambar awek-awek yang cun dan comel. Pakej terbaik.


Ok gambar ni dikirimkan melalui Facebook oleh Syuq 수다들. Orang Korea barangkali. Ada tangan misteri tengah pegang pinggang makwe yang berbaju merah kiri sekali. Tangan siapakah itu? Kalau mengikut logik, tiada sapa yang boleh pegang sampai ke situ.

Barangkali inilah tangan hantu yang kelihatan dalam gambar.

Terima kasih kepada Syuq 수다들. Kepada yang lain, teruskan menghantar gambar hantu (dan gambar awek cun) kepada kami. Jangan lupa juga 'Like' page kami di Facebook untuk update terkini dan juga gambar-gambar yang esklusif oleh peminat-peminat gambar hantu yang lain.

Last but not least, Selamat Berpuasa kepada semua. Walaupun setan dah kena ikat, kita akan terus membongkar alam misteri dan mistik khusus untuk tatapan anda semua.

20 November 2008

Social Networking Juga Boleh Menjadi Sesuatu Yang Menakutkan


Adik-adik di luar sana, anak-anak gadis terutamanya dinasihatkan agar tidak meletakkan gambar-gambar yang terlalu seksi dan panas di dalam laman socian networking mereka (Myspace, Friendster, Tagged). Kerana gambar ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Dan mungkin dieksploitasikan oleh pihak-pihak yang tertentu.

Seperkara lagi yang paling penting adalah jangan meletakkan terlalu banyak maklumat mengenai diri anda (no telefon, alamat rumah dll.) Walaupun social networking adalah sesuatu yang menyeronokkan, namun ia mampu mengundang bahaya kepada anda.

Berhati-hatilah!
Pesananan khidmat masyarakat ini dibawakan kepada anda oleh Gambarhantu.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...