Memaparkan catatan dengan label gambar haiwan pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar haiwan pelik. Papar semua catatan

06 Disember 2010

Gempar! : Gambar Ular Kepala 7


Gambar ular berkepala tujuh beredar di dalam Facebook baru-baru ini. Gambar ini dikatakan diambil sebelum Hari Raya Korban hari tu. Diambil oleh seorang pelombong di Maran. Dikatakan juga saksi sempat mengambil gambar sebelum bertempiaran lari.

Gaya-gayanya penampakan yang aneh seperti ini biasanya gangguan makhluk halus/jin/iblis. Tengok lokasi gambar ini diambil, alur air. Tempat lembab dan berair sentiasa menjadi tumpuan 'makhluk lain' melepak.

Suka kita mendengar pendapat anda pula mengenai gambar ini.

17 Januari 2010

Anak Kambing Berwajah Manusia


Seekor anak kambing berwajah manusia telah dilahirkan di Turki baru-baru ini. Menurut doktor haiwan, ibu kambing mengalami masalah untuk melahirkan anak memaksa doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak kambing tersebut.

kepala anak kambing itu memiliki ciri-ciri seperti manusia, dengan hidung, mulut dan mata semuanya menyerupai manusia kecuali telinga je macam kambing.

Makhluk ganjil ini tidak berbulu. Menurut orang kampung, anjing pun takut hendak mendekatinya.

Macam biasa kalau dah keluar anak kambing muka macam manusia, mesti ada orang yang melakukan hubungan seks luar tabii dengan ibu kambing tersebut. Sebab tu lah orang kampung terus bakar anak kambing ganjil ini tanpa memberi peluang untuk ahli biologi mengkajinya terlebih dahulu.

02 Jun 2008

Kucing Mata Satu (Cyclop)



Anak kucing ini dilahirkan dengan mata satu. Satu kes yang jarang-jarang sekali berlaku di dunia ini.

11 April 2008

Gambar Ikan Tamalian


Pernah satu ketika masa muda-muda dulu aku buat research pasal ikan ni. Puas cari ke sana kemari tak jumpa. Cuma dengar cerita dari mulut orang je. Baru-baru ni jumpa gambar ni. Beginilah rupa paras ikan tamalian yang rupanya seakan-akan buaya. Orang kata, kadang-kala boleh jumpa kat Sungai Pahang. Namun realitinya gambar ini diambil di Amerika Selatan (kalau tak silap) sungai Amazon gitu.

Yang pasti, memang ada testimoni dari rakyat tempatan kat Kuala Lipis ni, bahawa mereka pernah terlihat dan ter-tangkap ikan ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...