10 Jun 2009

Jangan Pandang Belakang


Gambar dikirimkan oleh Suria Baharin. Dia dah siap edit. Tengok belakang dia macam ada gambar pontianak.

05 Jun 2009

Gambar Orb Misteri


Gambar dikirimkan oleh Alia yang diambil di Gua Tempurung awal tahun ini. Jika dilihat ada penampakan orb-orb di dalam gambar ini.

Orb adalah imej yang terhasil dalam gambar ekoran dari pembiasan cahaya flash terhadap partikel-partikel kecil di udara (debu/habuk/titisan air). Namun dalam sesetengah kes, orb yang terhasil bukanlah partikel kecil sebaliknya, penampakan entiti di kawasan persekitaran.

Untuk mengenali yang mana satu orb palsu dan orb entiti, kita harus banyak meneliti gambar-gambar sebegini supaya dapat membezakannya. Biasakan mata anda dengan orb semulajadi dan kita akan kenal yang mana satu penampakan (entiti mistik).

Dalam gambar ini, tidak dapat dipastikan namun ada kemungkinan kerana ia diambil di dalam Gua Tempurung yang selalu menjadi lokasi aktiviti paranormal.

Terima kasih kepada Alia. Diharapkan kawan-kawan yang lain juga terus menghantar gambar untuk kita nilaikan bersama. Sebarang komen amat dialu-alukan.

Juga lihat Gambar Malaikat? dan penerangan mengenai Orbs di Wikipedia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...