20 April 2014
Hidup Bersama Mayat
Seperti gambar misteri ini, yang langsung takde penjelasan mengenai apa yang berlaku.
Penilaian seterusnya, terserah anda. Nukilkan pendapat anda di ruangan komen.
08 November 2012
Tangisan Syahdu : Kisah Seram Di Kolej Matrikulasi Kedah
Kiriman terkini cerita hantu kali ini dikirimkan oleh Encik Syafiq Ramly dari Kedah.
Cerita yang diterima ini tidak di-edit, diolah semula mahupun di pruf balik. Segala tatabahasa tunggang-langgang ke, salah eja ke semua tanggungjawap pengirim sendiri.
---------------------------------
Assalamualaikum..pertama sekali..sorry sebab takde gambar even blog nie bertajuk "Gambar Hantu". Kalau nak kongsi,sila kan, kalau taknak pon tak menjadi kudis. Peristiwa ni berlaku pada tahun 2010 ketika aku belajar kat Matrikulasi Changlun, Kedah. Waktu tu malam minggu & student Program 1 Tahun(PST) tgh cuti., lupe nak mention..aku student Program 2 Tahun(PDT). Aku ngn kawan aku, Hafiz (nama sebenar) g stadi kat kerusi batu kat bangunan admin y mane takde orang pulak malam tu..standard memang ramai orang..Jadi, ble kteorg da sampai, kteorg terus kan jela niat nk jd pelajar cemerlang. Baru je kteorg melabuh kn punggung kat situ, hafiz taip something kt handphone dia & dia tunjuk kat aku,
"Ko ada dengar suara orang mintak tolong tak?"
Aku pon cakap takde & aku yang da cuak tgk muka hafiz yang da pucat tu ajak la dia balik hostel. Sampai je kat bilik, aku terus ambik wuduk & bace yasin. Risau kalau ada benda yang tak elok jadi pulak. Situasi waktu tu sume nya oke sampai la kitaorg nak tido. Dalam bilik kami waktu tu cume ada 3 orang, Aku, Hafiz & Azhar. Kami pon pakat gabung katil sebab tak abis lagi takut.
Bila aku start pejam mata je, tiba-tiba aku dengar satu suara perempuan menyanyi. Sumpah aku dengar suara tu suara perempuan menyanyi & bila aku amati betul-betul, suara tu menyanyi sambil menangis. Memang syahdu & seram gila sampai badan aku pon da berpeluh-peluh. Aku tidur menghadap dinding & suara itu aku dengar betul-betul belakang kepala aku.Ayat-ayat suci al-Quran terus aku baca dalam hati & even dalam hati pon da tergagap-gagap. Iman senipis kulit bawang. Aku pejam mata kuat-kuat sampai la aku pon tertido.
Keesokannya, aku terus interview budak2 bilik aku,
"Ja'a(Azhar), sebelum tidur semalam, kau ada nyanyi pape tak?"
Azhar cakap takde & soalan yang sama aku aju kan pada Hafiz. Hafiz pon cakap takde. Aku memang da cuak gila baby( tak elok mencarut). Tak lama kemudian, aku dapat berita atuk aku da kembali ke rahmatullah. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, adakah kejadian tu satu kebetulan? Ini kisah aku..
*Aku tak mintak pembaca blog nie percaya & aku pon takde apa-apa bukti nak tunjuk kat korang. Cuma ini kisah aku...Kisah korang?
p/s : kalau ada peluang, aku citer lagi pengalaman aku waktu firedrill kat matrik aku. Terima kasih, Assalamualaikum
------------------------------------
Terima kasih pengirim.
Teruskan menghantar cerita atau gambar hantu anda kepda kami.
29 Jun 2012
Gambar Hantu Di Politeknik Merlimau
Gambar hantu ini dikirimkan oleh saudara Fauzan Bakri.
Hanya disertakan lokasi sahaja dan takde cerita di sebalik gambar ini. Dikatakan diambil di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer di Politeknik Merlimau, Melaka.
Jika diperhatikan dengan teliti ada sesuatu di belakang brader ini. Kalau renung lama-lama gambar ni boleh nampak seakan-akan tengkorak berselubung kain putih.
Benar atau tidak anda tentukan.
Teruskan mengirim gambar hantu anda kepada kami. Jangan hantar gambar yang korang jumpa kat internet. Dalam pc aku ni bersepah. Gambar yang korang ambik sendiri, ataupun sedara-mara, kawan-kawan ambik. Real tak real kita nilaikan bersama.
03 Februari 2012
Rumah Berhantu : Misteri Villa Nabila Di Johor

Mesti ada antara korang yang pernah dengar pasal Vila Nabila ni. Ada macam-macam cerita yang menarik pasal rumah ini.
Saja berkongsi gambar penampakan selepas khusyuk tengok penampakan di blog ini.
Lokasi rumah lama ini ialah berdekatan Danga Bay Johor Bahru.
Berpagar warna biru.
Saya dulu pelajar di IPTA di sini, dan kampung halaman disini.
Saya dan kawan-kawan saya saja overnight di JB, maklumlah.. bosan kan.. tapi just bersiar-siar saja. Pada mulanya, memang kami dah merancang nak pergi ke rumah Misteri ini pada jam 3 pagi (Waktu paling Aktif mengikut kebanyakkan cerita).
Tetapi atas dasar-dasar keselamatan, kami tunda lepas subuh.. maklumler... bukan semua yang berani kan nak nampak depan mata? hehe.. untuk ke rumah lama ini, jika mengikut pintu depan mengambil masa 15minit sebab jalannya belukar semak samun dan usang. (umpama jungle trakking pagi2). Untuk pengetahuan, rumah lama ini berada di puncak bukit. Jadi kepada yang mahu jungle trekking disini perlu berhati-hati sebab kalau tergelincir.. Bahaya ooh.. Sesudah berada di rumah lama di puncak bukit, tiada kelibat yang kami nampak... cuma 1 kejadian pelik iaitu rakaman video yang dibuat oleh kawan saya seperti telah dipotong di pertengahan jalan? sedangkan kawan saya kata dia tidak stop atau pause rakaman tersebut mahupun Delete. memang pelik dan ini saya sendiri telah perhatikan rakaman tersebut berulang kali. sebab saya ada sedikit ilmu tentang sunting video guna kamera hp nih. mungkin 'Penghuni" kawasan ini tak suka kot? well.. common sense ler..
Sesudah tiba laman puncak bukit tuh, kami berlegar-legar disitu untuk seketika sambil mengambil Kenangan Terindah.. hehe.. Keadaan rumahnya memang usang dan bahagian-bahagian dalam rumah tersebut telah runtuh.. tapi masih ada lagi perkakasan rumah tersebut.
Antara gambar-gambar yang telah di upload dan sedikit penerangan:
Gambar 1 - fokus kepada kawan saya yg pakai baju merah tuh.. ada tak nampak kelibat budak kecil? apa entah yang cuba ditunjuk oleh 'budak' itu.

Gambar 2 - fokus kepada bahu kiri kawan berbaju merah, jika dibesarkan dan di zoom, akan nampak maklhluk berambut panjang dan berupa macam anjing.

Gambar 3 - fokus kepada tingkap kiri sekali. akan nampak makhluk berkepala hijau tengah merenung saya yang mengambil gambarnya.. hehe...

Gambar Akhir - ada dua kelibat jika diperhatikan betul-betul.. satu di tingkap (perlu di zoom dan akan nampak wajah seseorang yg membujur bentuknya sedang melihat saya dan kawan-kawan) dan satu lagi di kaki rumah.. (seperti 'budak' tadi.. tapi tak pasti ia betul atau tidak)

Gambar-gambar ini saya cuma edit dari segi menjelaskan imej sahaja.. nak percaya atau tidak terpulanglah..
Sewaktu saya dan kawan-kawan saya berjalan-jalan di sekitar rumah ini, ada beberapa kali saya terlihat kelibat bayang-bayang perempuan berdekatan kami.. tetapi seperti pesanan orang tua-tua, jika nampak jangan tegur, jangan menyapa dan buat-buat tak nampak saja.. sambil-sambil tuh saya mengucap 2x syahadah dan baca ayat-ayat pelindung seperti Sura Al-Falaq dan Sura An-Nass.
tempat ini memang ada kisah tragedinya tersendiri dan sememangnya ada usaha pihak-pihak tertentu untuk membangunkan tanah ini.. maklumlah harga tanah di JB mahal oh... lagi-lagi berdekatan pusat bandar dan berhampiran Danga Bay..
Tetapi sayangnya.. dengar cerita orang JB yang tahu kisahnya.. setiap kali ada usaha untuk memecahkan dan membersihkan tempat ini, mesti ada kejadian yang pelik dan tidak masuk akal.. contohnya mesin jentolak rosak tiba-tiba, kena ganggu dan sebagainya.
Ceita tentang Villa Nabila ada banyak versinya.. korang boleh cari di laman google dan taip jer villa nabila.
tetapi versi yang kebiasaan didengar, mengisahkan sebuah keluarga mendiami villa ini sewaktu 70 an dahulu.
keluarga tersebut golongan berada dan mempunyai anak bernama Nabila.
sehinggalah satu ketika setelah Nabila mewarisi harta peninggalan bapanya, ibu tirinya iri hati dan membunuh Nabila dan menanam mayatnya di dinding.
ibu tirinya melarikan diri bersama harta tersebut..
Jadi bagaimana mayat Nabila ditemui sedangkan berada di dalam dinding dan di sebuah Villa yang sangat besar? berjarak 20 meter daripada jalan besar?
ini cerita turun temurun, kisah di sebalik penemuan mayat Nabila di dinding.. ini disampaikan oleh kawan saya, dan dia memang banyak mendengar cerita-cerita pelik di JB.. Kisahnya.. Ada seorang hamba Allah s.w.t ini datang membantu, (mungkin kerana dah teruk sangat kawasan tersebut diganggu). tidak pasti bagaimana dia menemuinya tetapi diyakini bahawa Allah s.w.t telah menunjukkan sesuatu kepadanya agar ke villa tersebut dan ke tempat mayat Nabilla ditanam di dinding. you all boleh survey di internet tentang kisah villa Nabila.
14 Julai 2011
Tangan Hantu Dalam Gambar Gadis Sedang Mandi
SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.Percaya atau tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’.Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.Sumber : The Borneo Post Online
15 Jun 2011
Gambar Hantu Ikan Bakar
Gambar hantu kali ini bertajuk 'Gambar Hantu Ikan Bakar' sebab pengirim kata gambar ni diambil masa diaorang bakar-bakar ikan kat rumah dia. Ok cakap banyak tak guna, teks berikut disertakan oleh pengirim gambar hantu ini:
gambar ini ialah gambar yang diambil oleh adik saya waktu sedang bakar2 ikan di rumah saya dengan kawan-kawan beberapa tahun lepas. waktu tu dah lebih jam 1 pagi tak silap saya... menurut adik saya, mulanya dia memang dah nampak makhluk tu, kemudian dia fikir, "apa kata try test tengok tangkap gambar kot2 boleh masuk gambar makhluk bertuah tu." (adik saya dah biasa nampak benda2 macam ni so dia tak de la heran sangat) so dia pun ambil gambar and memang masuk dalam kamera.gambar ni memang saya ambil gambar asal, dan tak ada edit apa2. untuk makluman, kawan2 dia dalam gambar tu takde sorang pun yang tahu tentang makhluk tu masa tu. lepas dah ambil gambar baru la dia bagitau dan sorang2 muka pucat lesi, nak2 yang pakai topi tu, sebab benda tu betul2 depan dia. mulanya diorang agak skeptik, mana tau kot2 asap rokok, tapi kemudian diorang test ambil gambar dengan asap rokok, memang tak sama dengan makhluk putih tu. saya pun seram sejuk dibuatnya sebab ni kat rumah saya, haha... off record, sebenarnya adik saya memang orang yang selalu nampak benda2 macam ni dan dia kadang2 boleh berkomunikasi dengan makhluk ni, so dia tanya la benda tu, apa yang dia buat kat rumah saya. benda tu jawab yang dia memang dah lama duduk situ, nak pindah tapi tak tau ke mana nak pindah.ada satu kejadian lagi masa adik saya tengah baca Al-Quran dalam jam 3 pagi, dengan tingkap yang terbuka, dia nampak ada sorang nenek bertongkat jalan di jalan raya depan rumah saya. bila dia tiba bertentangan dengan rumah saya dia pun pandang adik saya, adik saya cakap, "marilah sini baca Quran sama-sama, boring sorang2 ni...", mata nenek tu terus jadi merah menyala, marah dan terus jalan. ^o^
11 Mei 2011
Gambar Hantu Taman Rimba

Aku dah pegi tempat ni banyak kali, dan dah ambik gambar tempat ni juga banyak kali dah. Setiap kali ambik gambar mesti ada penampakan objek aneh menganggu. Gambar kali ini juga tidak jauh berbeza.
"ada sesuatu yang aneh pada gambar yang diambil semasa trekking di Taman Rimba Kenong baru-baru ini. Perhatikan kawasan sekeliling 'clear' tapi muka guide ni terlindung separuh, kenapa?"
25 November 2010
Komentar Hantu Penanggal
Bermanfaat info dlm post nie.Aku dulu pn pernah ternampak hantu penanggal (kalau kat Sabah dorang panggil Balan-balan) di hadapan rumah aku. Dalam satu malam tu, 3 ekor melintas di dada langit secara berturutan tapi di 3 tempat berbeza, bila aku tengok dorang, terus terpadam api (pandai pulak dorang padamkan lampu, macam kapal terbang la plak..hahaha..). Aku tnya la tunang aku(sekarang dah jadi isteri), Dah pukul berapa? (masa tu tengah dok bergayut dgn telefon), tunang aku cakap dah pukul 1 lebih dah, so terus aku masuk dalam rumah. Bukan takut Cuma segan jer mane la tau kalau2 balan-balan tu datang dekat aku pastu nak berkenalan sambil menunjukkan senyuman yang manis. Bukan ape, aku nie pemalu sikit..hahahaha….Esoknye, member-member aku bagitau, orang yang lame kat sini pun belum tentu dapat jumpa. Tapi, ada 2 orang kawan aku kat Taman tu pernah jumpa Balan-balan nie. Orang cakap, klu nak tengok, cuba la renung ke luar tingkap pkl 3 pagi, kalau bernasib baik bole la tengok..hehehe..Ustaz Faizal ada bagitau aku, jangan tegur menda nie. Maybe pantang larang hantu penanggal nie, dorang mesti cari sesiapa yang menegur dorang kot (mungkin saje je dorang nak berkenal-kenalan.hahaha). Ade sorang member dia(seorang ustaz jugak pernah tertegur, sedar-sedar Balan-balan nie masuk ke dalam rumah. Alhamdulilllah, selepas di baca beberapa potongan ayat suci, menda tu pun keluar jugak.Selepas aku berkahwin, masa sedang syok bergayut dgn tel luar rumah, sekali lagi aku ternampak balan-balan nie terbang lagi di depan aku tapi kat dada langit la. Dia punya api lagi besar, so terus aku masuk rumah, seram sejuk..hahaha..(Sedikit fakta berkenaan hantu nie, balan-balan(hantu penanggal) nie akan terbang untuk mencari darah macam darah orang bersalin, makan mayat yang baru sahaja di tanam & kalau tak ada makanan, dorang akan makan katak. Mereka nie berasal daripada manusia yang mengamalkan ajaran yang jauh terpesong daripada agama. Ada juga yang kata hantu penanggal ni dulu digunakan sebagai memudahkan dorang bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain).Malam 23 Nov 2010, aku & isteri ternampak lagi hantu penanggal lalu depan rumah en rizal juga taman perumahan kitorang. Kali nie lebih dekat, siap api warna biru & hijau, laju maybe dalam 200km/j mcm kelajuan superbike yang aku pernah tgk.. cantik juga colournye.. Pkl 8 mlm, tapi apehal dia keluar awal sgt nie, mlm purnama plk tue...
21 Oktober 2010
Mayat Berjalan Pulang

Mayat yang mati di tengah-tengah hutan akan berjalan sendiri ke rumahnya. Ini adalah sejenis amalan di Kg. Trodja (Indonesia). Kawasan di sekitar kampung dikatakan berbukit-bukau. Maka jika ada kematian, mayat akan berjalan sendiri pulang ke rumahnya tidak akan menyusahkan orang untuk mencarinya.

15 Ogos 2010
Lagi Gambar Hantu Menumpang

Minggu ni sahaja ada dua keping gambar hantu yang mana hantu tersebut menumpang dalam gambar makwe cun. Gambar kali ini juga dikirimkan dari Facebook oleh Mohd Izzudin. Kata beliau :
ni gambar yg tlah diambil oleh kawan aku kat Kilang VS20 ni dekat store.... pada ketika itu mereka hanya bergambar 2orang.. dan apabila ditunjukkan sama temannya..temannya berkata..."siapa yg kat tengah tu?"... mereka terpinga2 dan setelah diamati ade kepala hantu ditengah2..berwajah seperti anjing...beberpa hari selepas itu handphone orang yg ambik gambar ni..handponenya rosak..nasib baik boleh tukar simcard ke hp lain.. tu la aku dapat gambar ni... dan start drpd hari tu plak hp aku dah mula biol...kebetulan je kot....
09 September 2009
Hantu Bajang
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.Jadi bila hujan jangan lupa pasang telinga. Barangkali ada Hantu bajang di kawasan sekitar.
25 Julai 2009
Seram : Sumpahan Gambar
19 Ogos 2008
Pontianak Juga Popular Di Jepun

Seorang pelukis manga di Jepun, Shintaro Kago pernah menghasilkan sebuah cerita mengenai pontianak. Cerita ini berdasarkan hantu pontianak yang popular di Malaysia. Namun cerita ini diberi sentuhan 'guro' (seksual/ganas). Sentuhan istimewa guro dalam penceritaan pontianak ini memberi nafas yang baru kepada lagenda pontianak yang mengerikan ini.

Cerita ini mengisahkan watak utama seorang gadis yang mewarisi darah pontianak. Kepalanya akan terpenggal dari badan bersama-sama isi perutnya ketika dia mengalami klimaks. Keadaan ini menyebabkan dia menjadi sunyi dan seterusnya mengeksploitasikan kebolehannya untuk keuntungan.

Cerita guro pontianak yang hanya setebal 16 mukasurat ini sangat-sangat tidak sesuai untuk bacaan mereka di bawah 18 tahun (atau bacaan orang timur seluruhnya). Jesteru di sini hanya dipaparkan contoh sahaja.
Kalau nak, hantar emel.
06 Ogos 2008
Hantu Penanggal / Penanggalan


Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.
Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.
Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.
Sumber : Wikipedia
Nota : Sumber gambar tidak dapat dikenalpasti
07 Julai 2008
Kebayan
Ruang kosong antara atap dan syiling rumah ini biasanya menjadi tempat tinggal untuk segala jenis jembalang dan puaka. Suhu yang sentiasa panas menjadi kegemaran bagi makhluk-makhluk halus untuk tinggal di ruang kosong ini. Biasanya pada waktu malam sekali-sekala anda pasti akan terdengar bunyi-bunyi yang pelik di dalam rumah seperti bunyi pinggan berjaga, bunyi kerusi ditarik dan bermacam-macam lagi. Bunyi ini adalah dihasilkan oleh makhluk halus yang menghuni ruang kosong antara atap dan syiling rumah anda. Setelah semua penghuni rumah masuk tidur, mereka akan turun untuk bermain di dalam rumah.
Cerita mengenai makhluk halus penghuni atap rumah yang semakin popular ketika ini adalah mengenai satu entiti ganjil yang dikenali sebagai Kebayan. Ia mempunyai rupa seperti seorang wanita yang sangat tua seperti berusia beratus-ratus tahun. Pipinya mengeleber ke bawah dipenuhi kedut-kedut yang sangat hodoh, matanya kuyu. Biji matanya pula berwarna merah garang dan bercahaya ketika gelap. Kebayan memakai pakaian seperti gaun tidur yang sudah lusuh.
Kebayan akan menunggu anda masuk tidur setiap malam. Ketika anda mula memejamkan mata untuk tidur, Kebayan akan turun dan duduk di sisi anda. Ketika itu mata anda sedang terpejam tetapi masih belum terlena (masih sedar). Ketika ini, adalah dinasihatkan agak anda jangan membuka mata. Jika mata telah terpejam untuk tidur, teruskan memejamkan mata anda. Kerana jika anda membuka mata, anda pasti akan terlihat Kebayan yang sedang merenung anda. Biasanya Kebayan akan duduk di tepi katil anda dan menunggu anda terlena. Jika anda membuka mata dan ternampak kelibat kebayan, ia akan sedar bahawa anda masih belum terlena dan akan duduk lebih rapat dengan anda. Lebih teruk lagi jika anda membuka mata dan terkejut. Kebayan akan turut terkejut dan terus menjerit mengilai di dalam bilik anda.
Jadi setiap kali anda mahu masuk tidur, pastikan anda benar-benar mengantuk. Jika belum mengantuk, jangan berbaring dan memejamkan mata dalam keadaan sedar. Kerana Kebayan akan memerhatikan anda...

03 Jun 2008
Aishah Masih Hidup
Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.
Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.
Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.
Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.
Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"
Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.
Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.
Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..
Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.
Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.
Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.
Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.
Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.
Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.
Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.
Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?
Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.