Memaparkan catatan dengan label berhantu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berhantu. Papar semua catatan

29 Jun 2012

Gambar Hantu Di Politeknik Merlimau


Gambar hantu ini dikirimkan oleh saudara Fauzan Bakri.
Hanya disertakan lokasi sahaja dan takde cerita di sebalik gambar ini. Dikatakan diambil di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer di Politeknik Merlimau, Melaka.
Jika diperhatikan dengan teliti ada sesuatu di belakang brader ini. Kalau renung lama-lama gambar ni boleh nampak seakan-akan tengkorak berselubung kain putih.

Benar atau tidak anda tentukan.
Teruskan mengirim gambar hantu anda kepada kami. Jangan hantar gambar yang korang jumpa kat internet. Dalam pc aku ni bersepah. Gambar yang korang ambik sendiri, ataupun sedara-mara, kawan-kawan ambik. Real tak real kita nilaikan bersama.

07 Jun 2010

Hospital Lady Templar, Cheras



Hospital ni mula dibina pada Oktober 1952. Hospital ni untuk pesakit TB. Ia ditutup pada tahun 1985, dan beberapa bangunan digunakan sebagai Poliklinik Cheras. Suasana sekeliling dikatakan sungguh menyeramkan, kalau pegi waktu siang sekalipun boleh naik meremang bulu roma. Kini semuanya dah dirobohkan kecuali satu bangunan sahaja yang tinggal.

Tak tau la berhantu lagi ke tidak sekarang ni.

Boleh tengok kat Google Maps menggunakan link ini.


Lagi gambar di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...