03 June 2008

Aishah Masih Hidup

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.


Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.

90 comments:

Faqih HB said...

wes biar betol ngko..dasat tuh..naik ngeri aku dibuatnye..

.. said...

kalau aku mati,aku cari korang. ok

Anonymous said...

Kalau aishah carik aku malam karang selamba aku petik nama ko....

GAFARO said...

nih aku orang yang keberape lak aishah akan **pling dlam mimpi nih..? kalu la 1 juta umat pak lah tengok gamba ni..letih aishah nak jumpe sensorang..

Daus said...

babi le cite lu ni..hilang jantan gua kejap..

+w+a+n+ said...

lahanat... aku jumpe aisyah ni dlm mimpi aku.. mau aku tempeleng.. siot.. betol..

You're fired!! said...

tak sabar ler nak tunggu aishah malam nanti...

karonghitam said...

Pergh.. Bpk serm sial.. Asl la co xtarok warning awl2.. Mnyesal aq bce..

payungterjun said...

mak aih. nyaris terkencing dlm seluar aku dibuatnye. gile seram.

nanti kalau jumpe aishah dlm mimpi aku nak tanye nama penuh dia :|

Anonymous said...

hanya Allah s.w.t yang mampu mematikan seseorang. tanpa izinNya tiada apa yang akan berlaku.. sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah.. semoga tuhan mengampuni dosanya dan roh nya dicucuri rahmat... amin

Anonymous said...

Apalah kamu orang semua ni... benda-benda mcm ni pun dah takut... adakah kamu orang percaya ada kuasa lagi selain dr Allah swt yang maha agung... Sesungguhnya Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa... sesuatu yg berlaku semuanya dgn izin Allah swt... sedarlah wahai insan sekalian.. kembalikan lah keyakinan dan keimanan anda kepada hanya Allah swt yang BERKUASA.... OK... wasalam...

alifstyle said...

jahanam! Mulanya aku tak percaya! Betul-betul aku mimpi Aishah!

Kepala aku sedikit pening. Jahanam kau! Aku bunuh kau!

Kembalikan kebahagian diri aku!

kasut-gombak said...
This post has been removed by the author.
kasut-gombak said...

siot la.

tibe2 je kepala aku rasa smcm. huhu.

nhanania said...

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.

ambil gmbr bertubi2 ek perghhh
yg ko lak nape edar kn gmbr ni?
x takut pun
dr awal aku bc aku da sengih2

GEMILANG UTARA said...

orang yang tak mempunyai keimanan aja yang jadi takut. Manusia mesti mempunyai sifat yang suci.

Anonymous said...

korang betul ker nih???

kalo aishah dtg dlm mimpi aku fisrtly aku mintak maap dlu kang dier x jadik la nk kill aku
ekekkekekekek

Anonymous said...

perghhhh kengkawan aku da tengok kalo diorang kene kill aku carik publisher web nih
kang aku lak jadik aishah

Anonymous said...

perghhhh cam citer betoi
malam kang aku wat smayang hajat lah
aku da nk tkencing da nih
dah la aku x beriman
adessssssss

Anonymous said...

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu memudharatkan ciptaannya dan ingatlah bahawa Allah bersama orang2 beriman.
Jadikanlah kisah ini sebagai iktibar.Sedekahkanlah al-fatihah kepadanya.Semoga Allah merahmati rohnya............AMIN......

Anonymous said...

eee...takot aqu tgk muka je x berani..ada muka tp x de mate ngerinye...mcm cerita phantom of the opera..

zeezam said...

hampas.
seram siaa.
sekali imbas je aku tgk gamba tu.
siaa!

Ahmad said...

Sebagai menghormati Aishah yang dianiaya, Janganlah tunjuk gambar dia kat orang. Sengal betullah engkau ni.

diana said...

race race tol ke ekh!!!habes lah aku mimpi mlm nieyh......mummmy...help me

aisyahkama said...

huhu... aisyah ni ilek je. x gentar pun XD

Anonymous said...

korang ada otak , korang fikir lah sendiri... dimana kebenarannya dan sejauh mana kesahihan cerita ini...lu fikirlah sendiri....

belasungkawa said...

aku search google "sakit kepala siot". tetiba mendarat kat sini untuk pertama kalinya.

Kejutan....

baSIkaL_iDamaN said...

mangkok hayun pny budak...
adess..
mencabar keimanan..
dah la iman xcukup..
klu aku mati masuk neraka..
siap kowunk..
aku tuntut...
pasnie aku lak masuk lam idop ko..
wuakakakkaa

baSIkaL_iDamaN said...

mangkok hayun pny budak...
adess..
mencabar keimanan..
dah la iman xcukup..
klu aku mati masuk neraka..
siap kowunk..
aku tuntut...
pasnie aku lak masuk lam idop ko..
wuakakakkaa

daymond said...

hoo...shengal tkut siot.....
aku tgok mker dia pown dah sram...
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...........

Anonymous said...

2 gambar dia yg betul ke???? ngeri siot

akusiktauk said...

khurafat aku nk percaya citer ni

Anonymous said...

JGN MAIN2 DAN JGN SUKA PEDAYA SAMA ORG LAIN KLU ENGKAU MAU MATI MCM CEITA HANTU ENGKAU TAK APA TAPI JGN ENGKAU JADI IBLIS UTK MEMPERDAYA & MENAKUTKAN ORG MUNGKIN ENGKAU ADA HANTU ATAU SAKA HANTU RAYA DRI KETURUNAN ENGKAU UNTUK MENAKUTKAN ORG LAIN DAN UNTUK MERASUK ORG LAIN LAGI BAIK AWK SURUH HANTU KETURUNAN AWK GONCANG NOMBOR MAGNUM KASI SAMA AWK TUUUUUUUUUII

Helmi Razali said...

erk, aku memang seriau baca citer ni. Terbayang2 la gak. tp kurang percaya sebab camne plak orang boleh tahu kisah dia dirogol dengan penuh terperinci. Takkan la, hantu dia yang buat report polis pulak kan...

apa2 pun, memang seram.

Anonymous said...

emmm...
kwn aku da kenakan aku.
dier ckp cite lawak.siottt..
klo x aku xbca awl2..
da ar baca kol 2 pg...
seram jer

Anonymous said...

aku dh baca ceritA AISYAH smlm. mpi betol la!!! dia minta cari mata dia..waaaa...
tlg la....tlg la...kepala aku sakit...huhuhu

p/s:
kalu karangan ni masuk SPM, confirm dapat A1...hahahaha

Anonymous said...

Owner blog ni bangang la..bodoh nak mampus..

eisya said...

seram gila ar..huhu..al-fatihah buat aishah

AvuN said...

I hate u so much!!!!! HATE HATE HATE!!
why did u post this out?!
its better if its not been said bah!!!!!!!
because u've taken the pics of her!! n i've seen it!!!!! HOW COULD U!!!!! HOOOOOOOOOOWWWWWWWWW COOOOOOOOUUUUULLLLLDDD U!!!!!!
its not polite to be saying stuff like this...

hafizah said...

mrilah kta suma sdkahkn al-fatihah kpd aishah..smga roh nya dcucuri rahmat...AMIN

Super AL said...

takot sial, ahahaha....
wat gua cuak je...
mmg A la krangan lu

Anonymous said...

aduh...
mmg karangan terbaik yang penah aku bace selame nih..
huhuhu..
pelajar2 spm, bleh lah rujuk pada contoh karangan ni k..

Anonymous said...

WAH TERKEJUT BERUK AKU... CITER KENE ROGOL KER CITER HANTU NIH???

Anonymous said...

bodo apo mu nie....bodo2.. baik mu bt blog utk ore2 cacat!!!!

al-y said...

astagha.. mengaibkan si arwah la kowang nie..

dixs said...

dupang sabul diskasting maka lukduk sj wat teman koma jap thousand star tuk penulis blog!!!!!!!!!!

mario dk 1/04 said...

maitak na yan!!!!!!!!!urine glukos ambo gilo r weiiiiii!!!!!

c-nak said...

dahlah tu wei,kawe pun takut jugok. termimpi2 aisha ni tapi gmbar dia cantikkkkkkkkkkkkk...

Anonymous said...

giler siot!!laki sejati mcm aku pon bleh tergugt keimanan..cilaka pd owner blog nih sial x hbis2 hrp2 aishah sllu mggu ko ok!!pd umat2 islam jgn pcya pd thyul tau syirik,munafik igt pd tuhan??Al-fatihah..pd arwah!!hrp2 jgn ggu aku lah mlm ni aku x berdosa..aku tertgk n xsngaja..tkut gak la siot!!

KURT_P-sUNx! said...

KWN AKU TOLUE C TOLOL PECAYE GILE WEI.ORG REMBAU MMG CMNI KE HAH????LU PK LA SNDIRI....

USHA MUTIARA said...

SERAM SYIALLLL.....
SMEKOM EISHAH WEI......
TLONG LA DTG KT TOLU-G MLM NI....
PLEZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ...........

WANITA GEMBIRA said...

PASANGAN BAHAGIA NI MANJE2 LAK DPN AISHAH.....

Anonymous said...

huhu.. yg da lepas tu biar la dia lpas bro.. naper nk seksa dia lagi ngan ungkit2 kisah lampau dia... lagi la dia tak aman. sb tu duk kaco merata2 tu .. hohoho

Amzar said...

bodo tul ..percaya kalo tengok something sorang tuh leh mati.....songsang tul saper yang buat ni...

affandi hassan said...

uitt..!!!! ko ni bubuh nama kekasih aku tu..

LAw said...

oi...apa punya cerita yg ko kasi tau org ni..
babi btul la..

sape yg x seram tengok gambar mayat reput..
apsal ko x letak gambar ori dia time dia masih hidup..
bangang btul...xda otak ke..

Anonymous said...

aku kan....mula2 tkut gak...sampai x leh tdo...tp lama2 tgk die x dtg pun mlm2 hehehe..............

Anonymous said...

ayumie901217@yahoo.com.my.............hai antu...meh emel aku

Anonymous said...

aduhh..dala aku ngah akit pale, bley plak aku g bace bnda alah yg x logik neh.. perhh!!! emang aku x caye lgsg..
mbr2 aku pn dok gelak bace blog nehh..p,xpe..aku nk gak tgk betol o x pe yg ada dlm blog nehh.. sb aku xcaye lgsg nan bnda nehh,sb aku pgkaji antu..
so,pd sape2 yg npak antu,email kt aku.. aku nk g kaji..
huuuuuuuuuu.........
fiq_jaja@yahoo.com

zamri said...

hahaha.. sape2 yang ade simtom sakit kpalo tuh cpat2 makan penadol.. sakit kpala pon nk pening cam xde ubat jer.. cadangan aku baik publiser blog ni cari modal wat filem insyaAllah meletop la.. hahahaha..

insp sahab said...

tido awal la malam ni.. nk date ngan aishah.. hahha.. biase aishah datang kul bape?? nk standby laaa...

mael tote said...

buat la citer lain.. xsabar nk bace ni.. wat lebih kureng camni ker ok gak kn. hahahaha..

Anonymous said...

oit...!!
camne kaw taw detail glew ctew psl dak ecah neyh??
kaw yg bwat sume bnde durjana tu eyh??
hahaahahahahaha...!!
aku bce pown nak tegelak...!!

Anonymous said...

siot btull...x gne glerr...mta kne flassh cam mano nie ???? saper yg trkencing 2 ???? jgn wei.. nnti bnjir skolah aq....huhuhu...ngeh10

Aishah said...

kalian tolong sedekahkan Al-fatihah kepada saya..

Anonymous said...

jimbek btul...ngongok tol r...
lu bkin gua pnas aje....
eden nk mkn kueh mlako nie smpai trabor......

mte aq kne chye mthri neyh...
skit tol r...
nk ne kai spek ney...

no komen..

ujai said...

siot nyerr ceta ni..hilang ngantok aku.perghh.. cm ape jek..kuikui.. promosi blog kew??hehehe..
ok la 2 3 star aku kasi..
peace no war

pisang said...

tgk onwer web ni pun sama ngn gambar penipuan tu... bukti tak kukuh banyak khurafat.. sedar la beriman la... bertaubat la...

Anonymous said...

ya ALLAh..ampon kan lah hamba2 nya!!!!

Anonymous said...

CELAKA PUKIKUMPRINX.. KAU NK TIPU PUN BIAR LA BERPADA2.. AKU TGK TAK DE PE2 PUN.. ANYWAY CITER BLUE LU NI OK AR BLUE SERAM BEB... PEACE PIZZA MOSTA

Anonymous said...

gampang weyh..aku dah la penakut!

Kucing said...

tak sabar nak jumpa aisah mlm ni..mintak2 la dia bwk mmb pontianak ke, langsuir ke..bleh gak buat madu nnt..

datang tau aisah..nnt abg amik gambar..jangan risau..skarang ni org pakai video, xde flash2 ni..

hahahahaha

Anonymous said...

gler sial

mbe ak bwu cter je kat ak sal kes aishah ni

ak pn try r search cter ni

mmg ngeri siak

azmi said...

assalamualaikum,
cubalah bawa mengucap. Yang Maha Kuasa Hanyalah Allah. Allah tempat kita berlindung dan memohon. Jangan terpedaya oleh bisikan iblis, syaitan yang berupa jin dan manusia.
Beristighfarlah.

Anonymous said...

tolling..tolong.. aisah asik dtg dalam mimpi aku je.. die ajak makan cendol..

ben said...

mcm ni punye cerita pun ada ka?
aiyaaa

Mu'az said...

bak dtg!!

Anonymous said...

sgt giler seram cite ni....

Anonymous said...

semalam aku mimpi aisah... jiran sebelah..

salamendercoral said...

kalo mengikutkan pic td.. takde pulak rupa org mati lemas.. 2hari dalam air.. struktur kulit dalam keadaan ok.. slbom nie penah ikut port morterm.. kalo dah 2 hari dalam air.. struktur kulit akan tersiat.. bukan sekali ikut, dah beberapa kali dah.. kerja kat hospital.. hehe.. anyway cta aishah nie best.. simple dan senang paham.

alfaqir_ilAllah said...

Eish2..sdara ni..:/ Fatawakkal 'alallah..

Anonymous said...

ahahahahhhaha...aku lgi girang bca komen2 hangoa ni dri citer aisah ni...
sakit pala gelak...
bkn pasal aisah yer...
pasni nk lunch ngan makcik aku nma aisah....wuawuawuawuawua

Anonymous said...

eeemmmmm........
sedekah la al-fatihah buat beliau di alam sana.....
moga rohnya dicucuri rahmat...

kentz said...

aku pejam mata...pandang atas aku nampak siling warna putih...

hati_hancur92@yaho.com said...

seram sehh..mnx2 lar aq xmmpi..huhu

Anonymous said...

memang aku sakit kepale lepas bace..sbb kaler background bloq ni itam..naik berpinar aku bace..hahah..

takutnya takutnya said...

kalau mimpi aisyah malam ni..nak suruh aisyah nyanyi lagu BAHTERA MERDEKA ngan lagu ANTARA CINTA DAN KASIH..
oh oh oh bonda senyum riang~,menerima bahtera merdeka~~,putra putri sayang, putraputri sayang~~~..kui kui

Elmo said...

cerita lucu..haha..mana ada penyakit begitu..konyol bgt..

tutttutt said...

aku pon pejamlah mata dan pandang ke atas.

nak tau ape aku nmpk??

poster daniel radcliffe yg hensem memandang ke arah ku.


sumpah bodoh post ni.
naseb baek aku tak caye ngn superstitious crappp mcm ni.
kalau betul2 ade org yg terbayang2 ke, ape ke, tu semua setan yg dtg kacau kalau iman dah tak kuat.

bace ayat qursi byk2 ya.

btw, aku mmg sekarang tgk pening gila. nak pmr, tido pon tak cukup.

DI@H said...

waaa...kalo gtu mli nie aq nak mimpikan dyelah...aq nak tgk skit kpla otak ke x...???kalo x,aq nak hempok kpla owg y tulis BLOG nieee...hahaha..ad beran kew???kalo ad sesape x puas ati emelkan aq ke///d_subaru6474@yahoo.com.my


(nur radhiah)