Memaparkan catatan dengan label cerita hantu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita hantu. Papar semua catatan

08 November 2012

Tangisan Syahdu : Kisah Seram Di Kolej Matrikulasi Kedah

Tangisan Syahdu : Kisah Seram Di Kolej Matrikulasi Kedah

Kiriman terkini cerita hantu kali ini dikirimkan oleh Encik Syafiq Ramly dari Kedah.
Cerita yang diterima ini tidak di-edit, diolah semula mahupun di pruf balik. Segala tatabahasa tunggang-langgang ke, salah eja ke semua tanggungjawap pengirim sendiri.

---------------------------------

Assalamualaikum..pertama sekali..sorry sebab takde gambar even blog nie bertajuk "Gambar Hantu". Kalau nak kongsi,sila kan, kalau taknak pon tak menjadi kudis. Peristiwa ni berlaku pada tahun 2010 ketika aku belajar kat Matrikulasi Changlun, Kedah. Waktu tu malam minggu & student Program 1 Tahun(PST) tgh cuti., lupe nak mention..aku student Program 2 Tahun(PDT). Aku ngn kawan aku, Hafiz (nama sebenar) g stadi kat kerusi batu kat bangunan admin y mane takde orang pulak malam tu..standard memang ramai orang..Jadi, ble kteorg da sampai, kteorg terus kan jela niat nk jd pelajar cemerlang. Baru je kteorg melabuh kn punggung kat situ, hafiz taip something kt handphone dia & dia tunjuk kat aku,

"Ko ada dengar suara orang mintak tolong tak?"

Aku pon cakap takde & aku yang da cuak tgk muka hafiz yang da pucat tu ajak la dia balik hostel. Sampai je kat bilik, aku terus ambik wuduk & bace yasin. Risau kalau ada benda yang tak elok jadi pulak. Situasi waktu tu sume nya oke sampai la kitaorg nak tido. Dalam bilik kami waktu tu cume ada 3 orang, Aku, Hafiz & Azhar. Kami pon pakat gabung katil sebab tak abis lagi takut.

Bila aku start pejam mata je, tiba-tiba aku dengar satu suara perempuan menyanyi. Sumpah aku dengar suara tu suara perempuan menyanyi & bila aku amati betul-betul, suara tu menyanyi sambil menangis. Memang syahdu & seram gila sampai badan aku pon da berpeluh-peluh. Aku tidur menghadap dinding & suara itu aku dengar betul-betul belakang kepala aku.Ayat-ayat suci al-Quran terus aku baca dalam hati & even dalam hati pon da tergagap-gagap. Iman senipis kulit bawang. Aku pejam mata kuat-kuat sampai la aku pon tertido.

Keesokannya, aku terus interview budak2 bilik aku,

"Ja'a(Azhar), sebelum tidur semalam, kau ada nyanyi pape tak?"

Azhar cakap takde & soalan yang sama aku aju kan pada Hafiz. Hafiz pon cakap takde. Aku memang da cuak gila baby( tak elok mencarut). Tak lama kemudian, aku dapat berita atuk aku da kembali ke rahmatullah. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, adakah kejadian tu satu kebetulan? Ini kisah aku..


*Aku tak mintak pembaca blog nie percaya & aku pon takde apa-apa bukti nak tunjuk kat korang. Cuma ini kisah aku...Kisah korang?
p/s : kalau ada peluang, aku citer lagi pengalaman aku waktu firedrill kat matrik aku. Terima kasih, Assalamualaikum

------------------------------------

Terima kasih pengirim.
Teruskan menghantar cerita atau gambar hantu anda kepda kami.

29 Jun 2012

Gambar Hantu Di Politeknik Merlimau


Gambar hantu ini dikirimkan oleh saudara Fauzan Bakri.
Hanya disertakan lokasi sahaja dan takde cerita di sebalik gambar ini. Dikatakan diambil di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer di Politeknik Merlimau, Melaka.
Jika diperhatikan dengan teliti ada sesuatu di belakang brader ini. Kalau renung lama-lama gambar ni boleh nampak seakan-akan tengkorak berselubung kain putih.

Benar atau tidak anda tentukan.
Teruskan mengirim gambar hantu anda kepada kami. Jangan hantar gambar yang korang jumpa kat internet. Dalam pc aku ni bersepah. Gambar yang korang ambik sendiri, ataupun sedara-mara, kawan-kawan ambik. Real tak real kita nilaikan bersama.

15 Jun 2011

Gambar Hantu Ikan Bakar


Gambar hantu kali ini bertajuk 'Gambar Hantu Ikan Bakar' sebab pengirim kata gambar ni diambil masa diaorang bakar-bakar ikan kat rumah dia. Ok cakap banyak tak guna, teks berikut disertakan oleh pengirim gambar hantu ini:

gambar ini ialah gambar yang diambil oleh adik saya waktu sedang bakar2 ikan di rumah saya dengan kawan-kawan beberapa tahun lepas. waktu tu dah lebih jam 1 pagi tak silap saya... menurut adik saya, mulanya dia memang dah nampak makhluk tu, kemudian dia fikir, "apa kata try test tengok tangkap gambar kot2 boleh masuk gambar makhluk bertuah tu." (adik saya dah biasa nampak benda2 macam ni so dia tak de la heran sangat) so dia pun ambil gambar and memang masuk dalam kamera.

gambar ni memang saya ambil gambar asal, dan tak ada edit apa2. untuk makluman, kawan2 dia dalam gambar tu takde sorang pun yang tahu tentang makhluk tu masa tu. lepas dah ambil gambar baru la dia bagitau dan sorang2 muka pucat lesi, nak2 yang pakai topi tu, sebab benda tu betul2 depan dia. mulanya diorang agak skeptik, mana tau kot2 asap rokok, tapi kemudian diorang test ambil gambar dengan asap rokok, memang tak sama dengan makhluk putih tu. saya pun seram sejuk dibuatnya sebab ni kat rumah saya, haha... off record, sebenarnya adik saya memang orang yang selalu nampak benda2 macam ni dan dia kadang2 boleh berkomunikasi dengan makhluk ni, so dia tanya la benda tu, apa yang dia buat kat rumah saya. benda tu jawab yang dia memang dah lama duduk situ, nak pindah tapi tak tau ke mana nak pindah.

ada satu kejadian lagi masa adik saya tengah baca Al-Quran dalam jam 3 pagi, dengan tingkap yang terbuka, dia nampak ada sorang nenek bertongkat jalan di jalan raya depan rumah saya. bila dia tiba bertentangan dengan rumah saya dia pun pandang adik saya, adik saya cakap, "marilah sini baca Quran sama-sama, boring sorang2 ni...", mata nenek tu terus jadi merah menyala, marah dan terus jalan. ^o^

Kalau lihat betul-betul gambar hantu ni, memang ada sesuatu kat dalam gambar. Kalau asap rokok pun lain sifatnya dalam gambar. Menurut pandapat saya, penampakan ini bukanlah berada di depan brader pakai topi tu, sebaliknya 'makhluk' tersebut berada betul-betul depan kamera.

Memang ada sesetengah orang memang terbuka deria mereka dengan perkara-perkara ghaib ini. Dikatakan juga bayi paling senang nak berinteraksi dengan makhluk halus. Kadang-kadang kalau budak menangis tak henti-henti tandanya ada 'sesuatu' sedang mengusik.

Wallahualam.
Kita tak nampak, tak tahu. Kalau ada sapa-sapa ada pengalaman harap dapat dikongsi bersama.

Terima kasih kepada Nana yang mengirimkan gambar ini. Teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami. Real-tak real lain cerita. Kita usyar dulu.

Akhir kata, jangan biarkan hidup anda di-usyar hantu...

09 September 2009

Hantu Bajang

Hantu Bajang mengeluarkan bunyi seperti kanak-kanak menangis. Biasanya menjelma ketika hujan lebat. Bila hujan lebat, amati betul-betul bunyi hujan tersebut. Kadang-kadang kita tak perasan ada suara tangisan dalam bunyi hujan tu. Suara ini menunjukkan kehadiran Hantu Bajang di kawasan sekitar.

Menurut Wikipedia:
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.
Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.
Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.
Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Jadi bila hujan jangan lupa pasang telinga. Barangkali ada Hantu bajang di kawasan sekitar.

Juga baca pengalaman dengan hantu bajang semasa kecil di sini.

07 Julai 2008

Kebayan

Di Malaysia, kebanyakkan rumah mempunyai atap dan syiling. Biasanya atap akan berbentuk tirus dan menajam ke atas. Ini untuk memudahkan aliran air hujan turun ke bawah. Di antara atap dan syiling rumah, pasti terdapat ruang kosong yang digunakan untuk memerangkap haba daripada turun ke dalam rumah.

Ruang kosong antara atap dan syiling rumah ini biasanya menjadi tempat tinggal untuk segala jenis jembalang dan puaka. Suhu yang sentiasa panas menjadi kegemaran bagi makhluk-makhluk halus untuk tinggal di ruang kosong ini. Biasanya pada waktu malam sekali-sekala anda pasti akan terdengar bunyi-bunyi yang pelik di dalam rumah seperti bunyi pinggan berjaga, bunyi kerusi ditarik dan bermacam-macam lagi. Bunyi ini adalah dihasilkan oleh makhluk halus yang menghuni ruang kosong antara atap dan syiling rumah anda. Setelah semua penghuni rumah masuk tidur, mereka akan turun untuk bermain di dalam rumah.

Cerita mengenai makhluk halus penghuni atap rumah yang semakin popular ketika ini adalah mengenai satu entiti ganjil yang dikenali sebagai Kebayan. Ia mempunyai rupa seperti seorang wanita yang sangat tua seperti berusia beratus-ratus tahun. Pipinya mengeleber ke bawah dipenuhi kedut-kedut yang sangat hodoh, matanya kuyu. Biji matanya pula berwarna merah garang dan bercahaya ketika gelap. Kebayan memakai pakaian seperti gaun tidur yang sudah lusuh.

Kebayan akan menunggu anda masuk tidur setiap malam. Ketika anda mula memejamkan mata untuk tidur, Kebayan akan turun dan duduk di sisi anda. Ketika itu mata anda sedang terpejam tetapi masih belum terlena (masih sedar). Ketika ini, adalah dinasihatkan agak anda jangan membuka mata. Jika mata telah terpejam untuk tidur, teruskan memejamkan mata anda. Kerana jika anda membuka mata, anda pasti akan terlihat Kebayan yang sedang merenung anda. Biasanya Kebayan akan duduk di tepi katil anda dan menunggu anda terlena. Jika anda membuka mata dan ternampak kelibat kebayan, ia akan sedar bahawa anda masih belum terlena dan akan duduk lebih rapat dengan anda. Lebih teruk lagi jika anda membuka mata dan terkejut. Kebayan akan turut terkejut dan terus menjerit mengilai di dalam bilik anda.

Jadi setiap kali anda mahu masuk tidur, pastikan anda benar-benar mengantuk. Jika belum mengantuk, jangan berbaring dan memejamkan mata dalam keadaan sedar. Kerana Kebayan akan memerhatikan anda...

03 Jun 2008

Aishah Masih Hidup

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.


Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.

30 Mei 2008

Pembunuh Bersiri Kedai Gunting Rambut

Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokei kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, "Mahu potong kepala?". Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, "Tak lah, saya nak potong rambut" akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawap "Ya" dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak. Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.

Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan.


Klik untuk dibesarkan

20 Mei 2008

Mengenai Mimpi Ngeri

Mimpi ngeri anda sebenarnya adalah kejadian yang benar-benar berlaku. Saksikan video ini.

15 Mei 2008

Video Hantu Di Dalam Lift



Video ini dia punya real, masuk berita kat sesetengah negara. Tunggu penjelmaan hantu nenek tua di akhir video. Memang seram.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...