09 September 2009

Hantu Bajang

Hantu Bajang mengeluarkan bunyi seperti kanak-kanak menangis. Biasanya menjelma ketika hujan lebat. Bila hujan lebat, amati betul-betul bunyi hujan tersebut. Kadang-kadang kita tak perasan ada suara tangisan dalam bunyi hujan tu. Suara ini menunjukkan kehadiran Hantu Bajang di kawasan sekitar.

Menurut Wikipedia:
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.
Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.
Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.
Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Jadi bila hujan jangan lupa pasang telinga. Barangkali ada Hantu bajang di kawasan sekitar.

Juga baca pengalaman dengan hantu bajang semasa kecil di sini.

6 ulasan:

staqim philux gc berkata...

salam..folow r blog ak jgk...
aku suke cite psl hntu ni...
tp stkt ni ak xde lgi trsnap gmbr hntu...
folow r blog ak jgk 6ti sng ak nk tgk blog ko..hee
k bye2...hepi fasting

Tanpa Nama berkata...

wah..takut se...nnti ujan aku nak dengar

Dzulkarnain Mohamad berkata...

kumprinx, keh selalu juga masuk sini..keh link blog aok ok..

masa dengar bunyi tu mmg seram sungguh. kuat juga bunyinya. besoknya bila mak aku tanya jiran sebelah menyebelah semua kata tak dengar. padahal laluan benda tu dari rumah jiran sebelah lalu umah aku terus ke rumah jiran sebelah lagi..benda ni sampai skang aku dah x ada dengar.

Tanpa Nama berkata...

antu bajang ni dah pupus lah... untuk pengetahuan sedara generasi antu bajang kini telah diganti dan diambil alih oleh antu bohjan plak....

Tanpa Nama berkata...

Mnyeramkan

no berkata...

hey look im amazing
the rain just hurts

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...