Hantu tanpa muka popular di Jepun. Ia dikenali sebagai Noppera-bō. Modus operandi mereka adalah pada mulanya menjelma menjadi seseorang yang dikenali oleh mangsa. Lepas tu macam biasa, pandang tempat lain, pastu pandang balik, muka dah takde.
Hantu tanpa muka lebih menyeramkan dari banyak hantu-hantu yang lain sebab kita tak dapat agak niat dan emosi hantu tersebut. Sebab.. err.. dia takde muka.
Video kali ini dikirimkan oleh Saudara Azlan dari.. err.. dia takde bagitau. Video ini dirakam daripada skrin komputer menggunakan telefon bimbit. Jesteru kualitinya sangat rendah. Namun kita boleh lihat dengan jelas penampakan gambar hantu seolah-olah pochong yang berdiri untuk beberapa saat, dan kemudiannya hilang begitu sahaja.
Tiada maklumat lanjut mengenai video gambar hantu ini. Dan kualiti yang rendah menyukarkan lagi analisis. Diharapkan agar Saudara Azlan dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai video ini. Dan jika boleh, dapatlah kiranya menghantar file original video penampakan hantu ini.
Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih dan teruskan menghantar bahan-bahan menarik yang boleh kita kongsi bersama.
Update! : Saudara Azlan telah menghubungi saya dan memaklumkan perkara berikut:
Sebenarnya saya dapat video tu dari staff abg saya yang berkerja di pos malysia..ketika staff abg saya tu bermain kamera hanphone ketika waktu magrib..kejadian tu berlaku di sijangkang,selangor.pada tahun 2007.
Gambar kali ni nampak macam real punya tahap sahih. Disyaki berlaku di sungai Melaka. Sebuah bas sudah terjunam ke dalam sungai. Dan kelihatan di situ penampakan gambar penunggu sungai tersebut sedang menanti di bawah jambatan. Kelihatannya gembira. Tak banyak info yang ada mengenai kejadian kemalangan tersebut, ada orang mati ke tidak.
Kawasan kemalangan memang digemari penunggu-penunggu dan jembalang.
Gambar diambil dari laman web One Picture Again. Untuk diskusi dan komen, bolehlah melayari laman web tersebut.