27 April 2008

Penunggu Sungai Melaka



Gambar kali ni nampak macam real punya tahap sahih. Disyaki berlaku di sungai Melaka. Sebuah bas sudah terjunam ke dalam sungai. Dan kelihatan di situ penampakan gambar penunggu sungai tersebut sedang menanti di bawah jambatan. Kelihatannya gembira. Tak banyak info yang ada mengenai kejadian kemalangan tersebut, ada orang mati ke tidak.

Kawasan kemalangan memang digemari penunggu-penunggu dan jembalang.



Gambar diambil dari laman web One Picture Again. Untuk diskusi dan komen, bolehlah melayari laman web tersebut.

11 ulasan:

wanqie berkata...

memang nampak real..heheh okey tq saya izinkan picture ni di masukkan di blog nih..onepictureagain

. berkata...

salam... saya bekas student UUM dan ada di situ semasa kejadian dalam gambar.

sebenarnya ini gambar kejadian bas UUM terbalik ke dalam cabang Sungai Kachi. Bas ni membawa pelajar yang sarat (memang student suka memenuhkan bas sebab nak tunggu bas lain lambat), dan dibawa dengan laju, dari kampus ke Kolej Bukit Kachi.

Laluan dari kampus ke Kolej Bukit Kachi agak jauh dan melalui hutan balak tebal dan berselekoh tajam. Kalau drive sorang-sorang pada waktu malam, bagi RM100 pun saya tak nak sebab selain bahaya, masih ada lagi binatang-binatang liar di laluan tersebut.

Ceritanya, driver bas ni bawa laju, pastu sampai kat sebuah selekoh, tak sempat nak kawal kelajuan menyebabkan ia terbabas, terlanggar sebuah tiang elektrik dan terjunam ke dalam sungai.
Ada 1 kes kematian iaitu seorang student berketurunan India dan student lain dalam tu cedera.

Pemandu tersebut telah diberhentikan atas sebab kecuaian semasa memandu.

Tentang imej dalam bulatan merah tu, saya tak nampak lagi apa bendanya, tapi kalau ada, kemungkinan besar ianya betul wujud kerana kawasan tersebut adalah tersangat baru dibuka dan merupakan bekas kawasan hitam komunis. Tak ada orang pun duduk di situ kecuali pelajar UUM dalam Kolej Bukit Kachi dan pekerja balak (pendatang asing).

Wallahu'alam...

ATMAJA'Z berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

kalau tanya dgn pekerja2 atau pegawai uum, mereka cuma akan bagitau yang tiada pelajar mati dalam kemalangan bas uum. hari nie, baru saya tau rupa2 ye ada student mati.

Tanpa Nama berkata...

ni bukan kat sungai melaka la..ni kat uum...jalan antara bukit kachi nk ke kampus..sy sendiri student uum n stay kt kolej kachi...pasal kematian tu xtau la ade ke x..sbb bila sy tnye pada org semua ckp xde yg mati....

nurul5667 berkata...

saya rasa orang je tu....

Tanpa Nama berkata...

SYA ADA BACA TNTANG KEMALANGAN BAS UUM NI KAT AKHBAR....TAPI SELANG BEBERAPA HARI ADA PLAK CITE PSAL KEMALANGAN 2...KAT BWA JAMBATAN 2 ADA BENDA SDANG MEMERHATI PETUGAS WAKTU 2,MULA2 TAK CAYA TAPI BILA D PERHATI TUL2......YA LA.....ADA BENDA KAT BWA 2....TAPI SYA TAK PASTI APA BNDA 2 SUSA NAK CKP.NNTI KENA CKP MENGARUT LA PLAK.....

daniel berkata...

kesiannye....nsib baik aku xde mse 2...klau x................................

deli berkata...

Semuanya tipu.. gampang btul kompem nk memalukan bekas kolej aku ni...

Admin berkata...

LISTEN ONLINE RADIO AND WATCHING FREE 
MOVIE ONLINE ,SPORTS ONLINE LIVE.
FOR WATCHING MOVIE ,SPORTS 
 VISIT LINK > CLICK TO WATCHING <
SINGAPORE RADIO >CLICK TO LISTEN <<
LISTEN HINDI RADIO VISIT LINK >>CLICK TO LISTEN << 
WATCHING HINDI MOVIE CHANNEL VISIT LINK >>KLIK TO WATCHING<<
DI SINI ADA ,THR GEGAR,HOTFM,KLFM,JOHOR FM DAN MACAM MACAM 
LAGI,TERDAPAT LEBIH KURANG 175 BUAH STESEN RADIO
YANG BEROPERSI DI MALAYSIA BOLEH DI DENGARI DI SINI SECARA PERCUMA
 >KLIK LINK
LISTEN INDONESIA RADIO ONLINE CLICK >> CLICK TO LISTEN <<
pas tv ,tv selangor,rtm1 ,rtm2,mobtv,dan banyak lagi..........

arefif iez berkata...

gambo kat dlam lubang tu.. aku le tu.. saje je main nyorok2 ngn abg bombe tuh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...