
Hantu Engkalan ni popular kat Sarawak. Tapi kat sini kita panggil hantu penanggal/penanggalan je. Samada gambar ini kesilapan teknikal gambar atau memang penampakan gambar hantu. Apa-apahal saya sentiasa memberi ruang kepada pembaca yang bijaksana untuk menilainya sendiri.
04 Januari 2010
Hantu Engkalan?
25 Disember 2009
Gambar Hantu Pocong Di Parking Apartment

.jpg)

Diceritakan bahawa security guard dengar macam ada bunyi mende jatuh. Maka dia pegi menyiasat dan ternampak penampakan ini. Dalam kekalutan, security guard tersebut berjaya menye-snap beberapa keping gambar.
20 Disember 2009
Hantu Menumpang Dalam Gambar

kalau ambik gambar ramai-ramai, perhatikan betul-betul. Jangan-jangan ada 'sesuatu' yang menumpang dalam gambar kita.
02 Disember 2009
Hantu Ibusawat Telefon

Gambar ni kita ambik dari blog IsuHangat. Teks berikut disediakan:
From: Asrul Effandi Sent: Friday, October 30, 2009 8:59 PMNampak macam orang perempuan pakai telekung. Seorang pelawat beri komen, manalah tau ada makwe tetiba nak solat kat dalam bilik tu untuk tenangkan fikiran ke hapa. Gambar hantu atau tidak, anda nilaikan sendiri.
Td pergi ibusawat sg buloh terima barang,terasa nak gi bilik fiber yg yg penuh dgn alat dan patchcord yg serabut tu serabut mata memandang..tel kontrator jak,bila nak kuar ini aku nmpak!...mak ehh apa tu?
Tangkap gambar terus cabut lari..dalam otak korang mesti ckp org tgh solat tu..tp apa aku nak ckp plak,itu bukan tmpat smbhyg,surau lelaki dan prmpun ada tak jauh pun dr situ!nak rukuk pun xlepas tu..klu aku prmpuan pun aku xkn dduk dlm bilik itu yg gelap dn solat sorg2 di exch sg buloh yg tkenal dgn misterinya,..siapkah dia?
01 November 2009
Gambar Hantu Dalam Botol
Mohd Idham dari Mistik Items telah sudi untuk berkongsi beberapa keping gambar hantu yang diperolehi pihak beliau. Beberapa imej yang dikatakan hantu telah berjaya di rakam. Anda boleh klik sendiri untuk diperbesarkan, dan ianya ditanda dengan bulatan.
31 Oktober 2009
Gambar Hantu Di Resort

Gambar ni dah lama dikirimkan, tapi lupa nak post. Kalau perhati betul-betul kat belah kanan tu ada satu lembaga serba putih. Siap ada bayang-bayang kat air.
21 Oktober 2009
Ayat Al-Quran Pada Kulit Bayi

Baru-baru ini gempar mengenai penemuan ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi di Moscow, Russia. Benar atau tidak, terserah kepada anda untuk menilainya.
07 Oktober 2009
Pelesit
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.
15 September 2009
Gambar Hantu Di Gua Tempurung




Gambar hantu ini bersirkulasi di emel dan akhirnya tiba dalam inbox saya. Dikirimkan oleh Encik Shahrizul Said.
Gambar ini diambil semasa aku pergi ke Gua Tempurung pada hari selasa (12/05/09) yang lepas.Perhatikan pada objek bayang berwarna biru… ia muncul hanya 1 minit sahaja (berdasarkan time pada camera).Nasib baik aku perasan masa dah balik umah…..kalau tak mesti dah terkencing. Sorang-sorang tu……cuak jugak la. Hehehehe
09 September 2009
Hantu Bajang
Hantu Bajang mengeluarkan bunyi seperti kanak-kanak menangis. Biasanya menjelma ketika hujan lebat. Bila hujan lebat, amati betul-betul bunyi hujan tersebut. Kadang-kadang kita tak perasan ada suara tangisan dalam bunyi hujan tu. Suara ini menunjukkan kehadiran Hantu Bajang di kawasan sekitar.
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.Jadi bila hujan jangan lupa pasang telinga. Barangkali ada Hantu bajang di kawasan sekitar.






