Memaparkan catatan dengan label hantu pocong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hantu pocong. Papar semua catatan

10 Januari 2013

Gambar Hantu Atas Pokok

Terlihat dengan jelas penampakan entiti asing terawang-awangan di sebalik pokok
Gambar kali ini dikirimkan oleh seorang rakan. Dikatakan pemuda yang mengambil gambar ini demam seminggu selepas menatap kembali gambar ini. Pemilik telefon bimbit yang merakam gambar ini yang dikenali dengan nama Ahmad Kiamat juga telah susut berat badannya beberapa kg selepas insiden ini yang berlaku sekitar Raya tahun lepas.

Analisis kami mengatakan imej hantu ni mungkin benar-benar berjaya dirakam secara spontan berdasarkan pemerhatian terhadap pixel. Kami juga sempat menemuramah sendiri mereka-mereka yang terlibat ketika gambar ini diambil.

Penampakan hantu di sebalik pokok bukanlah sengaja diada-adakan sebaliknya adalah rakaman sebenar.

Jika anda mempunyai pandangan yang berlainan, sila tinggalkan komen di sini.

Teruskan menghantar gambar-gambar hantu anda kepada kami.

24 September 2010

Gambar Hantu Pochong Mengintai di Tingkap


Kiriman dari Facebook. Dikatakan penampakan hantu pochong ini berlaku di sebuah Politeknik di Sabah. Benar atau tidak, anda nilaikan sendiri.

Terima kasih kepada pengirim. teruskan menghantar gambar hantu kepada kami.

25 Disember 2009

Gambar Hantu Pocong Di Parking Apartment




Diceritakan bahawa security guard dengar macam ada bunyi mende jatuh. Maka dia pegi menyiasat dan ternampak penampakan ini. Dalam kekalutan, security guard tersebut berjaya menye-snap beberapa keping gambar.

Tahniah kepada security guard tersebut.

20 Julai 2009

Video Pocong Felda Jengka 4


Seorang penduduk Felda Jengka 4 mendakwa berjaya merakam video pocong menggunakan telefon bimbit. Lihat video yang menyeramkan ini memang menakutkan.

Dari Berita harian :

Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit

KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin.

Lelaki terbabit, Abdul Rahman Sabie, 25, berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.

Katanya, pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini, malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya.

"Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan telefon bimbit," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini, namun selepas melihat dengan mata sendiri, berasa ada kebenarannya.

Katanya, untuk meyakinkan diri, dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik bangun pada paginya, dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang ke arahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.

01 Februari 2009

Hantu Pocong Sungai Johor


Baru-baru ini kecoh dengan penemuan pocong di sungai Johor. Bungkusan kain putih ini mengandungi batu nesan dan berbau kapur barus yang kuat. Dipercayai ianya satu ritual pelik yang tidak diketahui tujuannya. Mungkin ini kerja pengamal ilmu hitam dengan tujuan yang tidak baik.

Ini sedikit info mengenai hantu pocong.



Utusan Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...