Video kali ini dikirimkan oleh Saudara Azlan dari.. err.. dia takde bagitau. Video ini dirakam daripada skrin komputer menggunakan telefon bimbit. Jesteru kualitinya sangat rendah. Namun kita boleh lihat dengan jelas penampakan gambar hantu seolah-olah pochong yang berdiri untuk beberapa saat, dan kemudiannya hilang begitu sahaja.
Tiada maklumat lanjut mengenai video gambar hantu ini. Dan kualiti yang rendah menyukarkan lagi analisis. Diharapkan agar Saudara Azlan dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai video ini. Dan jika boleh, dapatlah kiranya menghantar file original video penampakan hantu ini.
Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih dan teruskan menghantar bahan-bahan menarik yang boleh kita kongsi bersama.
Update! : Saudara Azlan telah menghubungi saya dan memaklumkan perkara berikut:
Sebenarnya saya dapat video tu dari staff abg saya yang berkerja di pos malysia..ketika staff abg saya tu bermain kamera hanphone ketika waktu magrib..kejadian tu berlaku di sijangkang,selangor.pada tahun 2007.
Hantu pocong memang mengerikan kalau kita jumpa tengah-tengah malam. Dan lagi mengerikan kalau kita ambik gambar pastu tak sedar ada hantu menumpang sekali dalam gambar kita.
Memang tak best.
(pengirim foto hantu ini enggan namanya disiarkan)
Gambar kali ini dihantar oleh Mie dari.. err.. dia tak bagitau. Pochong ni mula-mula ngeri jugak aku tengok. Tapi macam palsu pun ada. Siap mata bercahaya lagi. Tapi dari aspek serius muka brade ni bergambar, nampak macam real.
Kata Mie: "Ini real punye pocong. Korang kaji la logik ke tak gambar nih"
Waima, kenapa tukang ambik gambar tu tak center-kan shot tersebut? Macam sengaja bagi ruang untuk hantu tu muncul. Dan apakejaddahnya tiba-tioba ambik gambar tengah-tengah malam macam ni.
Pochong ni nampak terlalu real, sampai ia kelihatan palsu. Tapi ada kemungkinan hantu real punya. Kalau real gambar hantu, aku jadi seram.
Fakta menarik: Mata bercahaya ketika ambik gambar (flash) dikenali sebagai 'Red Eye'.