07 Mei 2009

Gambar Malaikat?




Gambar ini diterima melalui email. Aku tak berhasrat nak mengulas dengan lebih lanjut mengenai gambar-gambar ni, tapi korang boleh baca teks yang disertakan.

Wallahua'alam....... Salam,
Gambar nie diceritakan sendiri pada aku oleh jurugambar yang amik gambar nie.
Dia diupah oleh Tabung Haji dan terlibat dalam merakamkan gambar jemaah haji yang menunaikan rukun islam pada disember 2008 (tahun lepas).
Masa gambar diambil, tiada sebarang perubahan cuaca atau kerosakan pada kamera.
Gambar di ambil di mudzalifah semasa jemaah berhenti untuk berehat seketika dan beribadat.
Bila dilihat semula gambar nie, jurukamera baru perasan terdapat "bubble" di dalam gambar berikut.
Jika diperhatikan seolah2 terdapat tulisan kalimah Allah swt..
Persoalan didalam gambar ini dirujuk pada ustaz di sana .
Ustaz menceritakan kebarangkalian pada waktu itu malaikat turun dari langit..
Tetapi untuk tidak menujukkan wajah sebenar malaikat, ia hanya menunjukkan namanya sahaja.
So, kesimpulannya. .... setiap satu "bubble" itu mewakili satu nama malaikat.
Bayangkan lah betapa besarnya kuasa Allah swt......
Panjang2 kan lah email nie.....
Mungkin ada yang ingin sampaikan pada semua umat Nabi Muhammad saw pada ketika ini...
Wallahualam. ..

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg nampak bubble.. tapi tulisan Allah x nampak sbb kecik sgt.. yg nampak mcm corak tulisan khat yg di pahat kat kayu.. tp semua kemungkinan bleh berlaku.. apetah lagi kat tempat yang paling suci didunia.. sedarlah kite ni kerdil dibandingkan kuasa Allah S.W.T.. Jgn la angkuh semasa hidup..

Fairuzuddin Yusoff berkata...

Assalamualaikum,

Saya tak pasti itu gambar malaikat. Ternyata sangat susah kebarangkalian untuk tangkap gambar malaikat sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Ramai yang beranggapan Jin itu adalah benda ghaib. Itu mungkin betul. Tetapi, kajian mendalam perawat-perawat Islam mengatakan Jin bukan benda ghaib. Jin adalah benda yang seni dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Malaikat adalah benda ghaib (sumber: Dr Muhammad Azizan Sabjan).

Oleh itu, Jin (dan penjelmaan mereka dalam bentuk hantu dapat dirakam dengan kamera). Sementara Malaikat tidak dapat dirakam.

Saya pasti itu kumpulan-kumpulan besar Jin yang beragama Islam yang turut serta menunaikan haji.

Terdapat banyak contoh yang sama dapat saya tulis di sini:

(1) http://akrine.blogspot.com/2009/02/pengalaman-merawat-bebola-api.html

(2) http://mazidulakmal.blogspot.com/2008/05/jin.html

(3) http://5e1-smsj-1975.blogspot.com/2008/10/gambar-apa-ini.html

Sementara itu, saya juga mempunyai koleksi peribadi gambar-gambar saya yang mempunyai 'bubbles' seperti di atas.
(1) Gambar ketika saya berada di salah satu jeram di kaki Gunung Santubong, Sarawak.
(2) Gambar ketika saya membuka gelanggang sebelum latihan silat.
(3) Gambar ketika penamat demonstrasi silat di kampus saya belajar.

Kalau saudara nak gambar-gambar tu untuk rujukan, saudara boleh emelkan kepada saya di daeng.deanp[at]yahoo[dot]com


REFERENCE
========
Dr Muhammad Azizan Sabjan, n.d. Jin bukan perkara ghaib. Retrived May 08, 2009, from http://akrine.blogspot.com/2009/04/jin-bukan-perkara-ghaib.html

ASNA berkata...

Saya berbeza pendapat dengan pandangan ustaz tu. Bubble-bubble tersebut adalah sebenarnya habuk pasir halus yg selalu kedapatan di negara-negara berpadang pasir. Sebagai seorang yg pernah berkhidmat di Timur Tengah, kewujudan habuk-habuk halus yg mungkin tidak dapat dilihat pada pandangan mata kasar tapi dapat dirakamkan melalui lensa kamera. Kewujudan habuk-habuk pasir yg halus biasanya menyebabkan kita mudah terkena sakit tekak dan batuk. Wallahualam

an2raya berkata...

pendapat saya,ni fenomina biasa bila amik gambar malam. semua ni sebab faktor2 cuaca, seperti kelembapan, habuk, cahaya. mungkin org yang biasa dengan kamera boleh tahu.
kalau tak percaya, boleh cari info pasal gambar malam berbintik. terpulanglah nak percaya atau tidak,jgn sampai syirik sudah la. ni contoh gambar
http://www.fotografer.net/images/forum/2830.jpg?id=104a0eb3139e877

mR. maXX berkata...

kadangkala gambar pembentukan wap air secara halus juga boleh di terlihat melalui lensa..
bagaimana nk menilai..?
terpulang pada individu...

zalina berkata...

jangan cepat buat kesimpulan apa yang kita lihat... pendapat saya itu mungkin doa-doa para jemaah..

althelix berkata...

saya penah tangkap gambar yg ada objek seperti itu di Putrajaya baru2 ni semasa 'Pesta Belon Panas' di Putrajaya dan pernah beberapa kali menangkap gambar yg ada 1 objek itu didalam rumah...

I don't think that is doa para jemaah. maupun wap air secara halus di lensa (sebab ada photo yg ada ada yg tak)...

tak mungkin jugak habuk pasir.. pasal takkan dalam rumah ada habuk pasir?

saya jugak penah lihat satu foto yg diambil didepan rumah hantu di Genting Highlands, dimana objek itu berada disebelah pekerja yg perpakaian hantu di depan rumah hantu tersebut...

althelix berkata...

btw, kita kena percaya adanya makhluk jin. sebab memang disebutkan dalam Quran. Lagipun, ada surah yg diberi nama Surah Jin. So, jauh sekali ia akan mensyirikkan kita. Rasanya dgn adanya objek ini, dgn jelas menunjukkan Allah Maha Agung.. bleh menciptakan apa sahaja yg Dia hendak.. walau bagaimanapun rupanya..

nurul5667 berkata...

aq percaya .....

Tanpa Nama berkata...

Bg saya, terpulanglah pd tafsiran sendiri untuk menafsir gambar2 tersebut. Cuma kita tidak dikatakan syirik, kalo menganggap itu gambar jin, kita juga tidak dikatakan keterlaluan jika menganggap itu adalah salah satu fanomena yg mungkin terjadi semasa pic itu diambil.. Sebenarnye mcm2 boleh berlaku dgn kuasaNYA... Cuma kesahihan cerita2 disebalik gambar itu perlu kita kaji sebaik2 mungkin.

Al Sakinah berkata...

Assalamualaikum..
sebagai umat beragama kita sememangnya percaya akn wujudnya malaikat.. tp gmbrni, entahlah.. takleh gak percaya tkut tub2 tu bkn malaikat, kan dah syirik.. tp utk menidakkan dan mnolak cerita ttg foto ni pon xbleh sewenangnya tanpa bukti kukuh.. Apapun,pd pndapat sy, fenomena keadaan cuaca dan udara mungkin boleh menjdkan lensa kamera kta mghasilkan gmb2 orbs dll. Sy sndiri bbrp kali kerap merakam gmb sprt ini samada di rumah maupun di tmp lain.. pepun, Wallahuaklam..

Tanpa Nama berkata...

wallahuaklam la....
allah je yang tahu....

Kiwi Zwane berkata...

bende cmni org dah sll tgk la...
perkara pnting yg perlu ada pd blogger adalah ilmu yg luas..
klau x..cmni lah jd nyer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...