29 April 2008

Video Penampakan Hantu

4 ulasan:


Video kali ini dikirimkan oleh Saudara Azlan dari.. err.. dia takde bagitau. Video ini dirakam daripada skrin komputer menggunakan telefon bimbit. Jesteru kualitinya sangat rendah. Namun kita boleh lihat dengan jelas penampakan gambar hantu seolah-olah pochong yang berdiri untuk beberapa saat, dan kemudiannya hilang begitu sahaja.

Tiada maklumat lanjut mengenai video gambar hantu ini. Dan kualiti yang rendah menyukarkan lagi analisis. Diharapkan agar Saudara Azlan dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai video ini. Dan jika boleh, dapatlah kiranya menghantar file original video penampakan hantu ini.

Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih dan teruskan menghantar bahan-bahan menarik yang boleh kita kongsi bersama.

Update! : Saudara Azlan telah menghubungi saya dan memaklumkan perkara berikut:
  • Sebenarnya saya dapat video tu dari staff abg saya yang berkerja di pos malysia..ketika staff abg saya tu bermain kamera hanphone ketika waktu magrib..kejadian tu berlaku di sijangkang,selangor.pada tahun 2007.

27 April 2008

Penunggu Sungai Melaka

11 ulasan:


Gambar kali ni nampak macam real punya tahap sahih. Disyaki berlaku di sungai Melaka. Sebuah bas sudah terjunam ke dalam sungai. Dan kelihatan di situ penampakan gambar penunggu sungai tersebut sedang menanti di bawah jambatan. Kelihatannya gembira. Tak banyak info yang ada mengenai kejadian kemalangan tersebut, ada orang mati ke tidak.

Kawasan kemalangan memang digemari penunggu-penunggu dan jembalang.



Gambar diambil dari laman web One Picture Again. Untuk diskusi dan komen, bolehlah melayari laman web tersebut.

21 April 2008

Renungan Pontianak

10 ulasan:


Pontianak di mana-mana. Kalau jalan dalam kegelapan, jangan pandai-pandai nak renung mana-mana tempat yang gelap. kerana anda mungkin sedang diperhatikan oleh pontianak.

17 April 2008

Hati-hati Dengan Telefon Kamera Anda

7 ulasan:

Jangan suka-suka ambik gambar merepek. Kebanyakkan penampakan gambar hantu ni semuanya berlaku dengan telefon kamera. Kalau tak berani nak tengok gambar hantu, jangan main suka-suka hati snap tak tentu arah. Nanti jadi macam gambar ni.

15 April 2008

Penampakan Gambar Hantu Pochong

13 ulasan:

Hantu pocong memang mengerikan kalau kita jumpa tengah-tengah malam. Dan lagi mengerikan kalau kita ambik gambar pastu tak sedar ada hantu menumpang sekali dalam gambar kita.

Memang tak best.

(pengirim foto hantu ini enggan namanya disiarkan)

14 April 2008

Gambar Hantu Lagi

13 ulasan:

Ni kes ni aku tak tahu apakehal. Penampakan hantu ke ataupun kes bad make-up. AKA muka tepung. Bagi anak-anak gadis sunti di luar sana, jangan pakai bedak muka tebal sangat, nanti akan disangka hantu.

11 April 2008

Gambar Ikan Tamalian

15 ulasan:

Pernah satu ketika masa muda-muda dulu aku buat research pasal ikan ni. Puas cari ke sana kemari tak jumpa. Cuma dengar cerita dari mulut orang je. Baru-baru ni jumpa gambar ni. Beginilah rupa paras ikan tamalian yang rupanya seakan-akan buaya. Orang kata, kadang-kala boleh jumpa kat Sungai Pahang. Namun realitinya gambar ini diambil di Amerika Selatan (kalau tak silap) sungai Amazon gitu.

Yang pasti, memang ada testimoni dari rakyat tempatan kat Kuala Lipis ni, bahawa mereka pernah terlihat dan ter-tangkap ikan ini.

09 April 2008

Gambar Pokok Kelapa Pelik

11 ulasan:

Pokok kelapa ni bercabang dan mempunyai dahan seperti pokok biasa. Sungguh misteri.

Imej Hantu Dalam Foto

2 ulasan:


Er.. ni gambar ni kurang meyakinkan. Sebab yang keluar dalam gambar takde rupa hantu. Rupa macam alien lagi ada. Kata orang, kawasan basah, berair dan berpaya memang digemari jembalang.

07 April 2008

Gambar Jin Gua Hirak / Hira'

14 ulasan:

Ini adalah gambar jin gua Hira yang popular itu. Dikatakan diambil secara tidak sengaja oleh seorang bakal haji.

Update: Gambar ini palsu.

03 April 2008

Gambar Bayangan Hantu Di Cermin

6 ulasan:

Gambar dikirimkan melalui emel. Timbul jelmaan wajah manusia di cermin. Mungkinkah imej tersebut adalah refleksi seseorang yang berdiri di sebelah kamera? Mengikut saiz dan kedudukan refleksi tersebut, 'orang' yang berdiri itu haruslah berada hampir dennan akak pakai baju warna biru tu. Adakah ini hantu?

Orang Minyak Ditangkap

6 ulasan:


Aku tak tahu apa kes ni. Gayanya macam orang minyak kena hentak dengan orang kampung. Teruk jugak dia kena. Video ini hanya timbul kat Youtube tanpa sebarang penceritaan yang jelas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...