25 Februari 2009

Keranda Terbang


Kejadian keranda terbang pernah menggemparkan negara pada tahun 2002. Apakah sebenarnya objek ini? Keranda yang terbang, makhluk asing, ufo? Jurukamera TV3 sempat merakamkan peristiwa aneh ini. Keranda terbang juga pernah kelihatan dalam rakaman cctv Jabatan Penerbangan Awam Kota Kinabalu Pada tahun 1995. Objek seperti keranda itu melintasi terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Untuk gambaran yang lebih jelas, saksikan video ini.

19 Februari 2009

Ular Besar Di Sungai Rajang, Sarawak


Gambar ini dikatakan diambil dari helikopter semasa banjir besar Sungai Rajang baru-baru ini. Lokasi gambar adalah di Ulu Kapit, Sarawak. Badan ular sebesar tong drum dan dikatakan sepanjang 100meter. Ular besar ini digelar 'Nabau' oleh penduduk tempatan.

Analisis gambar di atas menunjukkan ianya adalah gambar penipu. Kalau ular sebesar tu berenang atas permukaan air, mana kocakan ataupun riak airnya?

Benar-benar ada ke ular bersaiz raksasa macam ni kat Sarawak? Anakonda? Namun, kalau dah sungai yang sebesar ini, macam-macam haiwan boleh ada kat dalamnya. Berita ni kecoh dalam suratkhabar Utusan Sarawak. Ada sekeping lagi gambar, tapi tipu punya la.

Juga teringat kes ikan puyu sepanjang tiang elektrik yang muncul masa banjir besar tahun 70an di semenanjung Malaysia. Ikan puyu raksasa tu, benar-benar wujud ya adik-adik. Pokok yang kena libas ngan ekor ikan tu masih berbekas hingga ke hari ini.

Juga Video Bonus:



01 Februari 2009

Hantu Pocong Sungai Johor


Baru-baru ini kecoh dengan penemuan pocong di sungai Johor. Bungkusan kain putih ini mengandungi batu nesan dan berbau kapur barus yang kuat. Dipercayai ianya satu ritual pelik yang tidak diketahui tujuannya. Mungkin ini kerja pengamal ilmu hitam dengan tujuan yang tidak baik.

Ini sedikit info mengenai hantu pocong.



Utusan Malaysia

11 Januari 2009

Penampakan Hantu Di Kawasan Perkelahan


Berkelah memang seronok. Kadang kala kita lupa ada yang sedang memerhatikan kita. Kawasan berair di tengah hutan, air terjun, paya, kawasan berlopak memang menjadi kawasan yang digemari oleh makhluk ghaib.

Apabila berkhemah, pastikan anda menjauhi kawasan-kawasan seperti ini. Juga ingat pesan orang tua-tua, jangan cakap besar, jangan buat bising, hormati tuan tanah, dan macam biasa nak kencing mintak izin.

Ini mungkin kedengaran seperti hal yang remeh temeh, tapi AWAS! IA MENGUNDANG PADAH!!!

31 Disember 2008

Kaki Dalam Kepala Bayi

Berita ni aku ambik kat mana aku dah lupa. Tapi memang aneh dan misteri!


DENVER: Seorang pakar bedah otak kanak-kanak berkata beliau menemui sebelah kaki dan bahagian tubuh tidak sempurna di dalam ketumbuhan yang dikeluarkannya ketika membedah otak seorang kanak-kanak di Colorado.

Paul Grabb berkata beliau melakukan pembedahan ke atas Sam Esquibel yang baru berusia tiga hari, 3 Oktober lalu di Hospital Kanak-kanak Memorial, selepas ujian imbasan menunjukkan ada ketumbuhan mikro di dalam otak kanak-kanak berkenaan. Sam bagaimanapun seorang bayi yang sihat.


Grabb berkata ketika mengeluarkan ketumbuhan itu beliau mendapati ia mengandungi sebelah kaki hampir sempurna dan bahagian tubuh menyerupai sebelah lagi kaki, tangan dan paha.

"Penemuan ini sesuatu yang amat luar biasa, unik dan hampir tidak pernah diketahui," katanya.

Grabb berkata, beliau tidak pasti punca yang menyebabkan ketumbuhan seperti itu tetapi percaya ia mungkin sejenis ketumbuhan yang mempunyai kaitan dengan keturunan.


"Bagaimanapun ketumbuhan yang pernah ditemui hanya mempunyai bentuk biasa. Ia juga mungkin satu kes dikenali sebagai 'janin di dalam janin, merujuk kepada kembar janin yang terbentuk di dalam organ lain, namun amat jarang berlaku di dalam otak," katanya.

25 November 2008

Ilmu Kebal Yang Real?



Brader dari Indonesia ni kena tembak lebih 100 das tapi tak lut. Sehinggalah ada sniper menembak cincin hikmat kat jadi dia yang dikatakan menjadikan dia kebal. Pastu baru lut senjata.

Peh.. Aku nak jugak la cincin macam dia tu.

20 November 2008

Social Networking Juga Boleh Menjadi Sesuatu Yang Menakutkan


Adik-adik di luar sana, anak-anak gadis terutamanya dinasihatkan agar tidak meletakkan gambar-gambar yang terlalu seksi dan panas di dalam laman socian networking mereka (Myspace, Friendster, Tagged). Kerana gambar ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Dan mungkin dieksploitasikan oleh pihak-pihak yang tertentu.

Seperkara lagi yang paling penting adalah jangan meletakkan terlalu banyak maklumat mengenai diri anda (no telefon, alamat rumah dll.) Walaupun social networking adalah sesuatu yang menyeronokkan, namun ia mampu mengundang bahaya kepada anda.

Berhati-hatilah!
Pesananan khidmat masyarakat ini dibawakan kepada anda oleh Gambarhantu.blogspot.com

19 November 2008

Hantu Menumpang Kereta Di Waktu Malam


Biasa kita dengar cerita-cerita gadis (hantu) menahan kereta di waktu malam. Tapi dalam kes-kes terpencil, hantu tidak menjelma sebagai gadis yang cantik, sebaliknya muncul di tepi jalan dalam rupa mereka yang sebenar.

Kadang-kadang yang melintas di depan kereta/motor di waktu malam bukanlah haiwan liar..

16 November 2008

Puaka Niyang Rapik

Sapa layan cerita ni? Memang masyuk. masa episod satu minggu lepas, ada scene motorsikal ditumpang hantu, pastu motorsikal tak boleh start.

Bagi penunggang motorsikal, scene macam ni lah yang paling nak dielakkan. Seram gak cerita ni. Kami memang menyarankan pambaca semua menonton cerita ni, sebab ianya boleh tahan seram. hehe..

Ni video hantu menumpang motorsikal tu. Gigi hantu tu aku tak boleh blah!


Puaka Niyang Rapik ditayangkan di TV3.

07 November 2008

Hantu Pantai Kelanang


Gambar ini juga dikirimkan oleh sahabat gue, ND dari Klang. Tak tau kenapa dia banyak dapat supply gambar-gambar hantu ni. Nak kata perangai macam hantu tak jugak. Kata ND;

"Gambar yang diambil ketika senja (tak reti nak balik umah la tuu) ketika sekumpulan remaja dilihat sedang bermain2 di pesisir Pantai Kelanang (bertempat di kawasan banting).Difahamkan bahawa kesemua remaja yang terlibat telah berjanji takkan keluar rumah pada waktu dinihari takut2 perkara yang sama berulang. Jadi betullah cakap orang tua2, kalau waktu maghrib duduk je kat umah pasal setan banyak berkeliaran. Gambar telah diambil secara tidak sengaja oleh adik member aku sendiri."

Menurut pemerhatian aku sendiri, mungkin gambar ni imej salah seorang dari kawan-kawan diaorang yang secara kebetulan menyerupai hantu. Tapi kalau tengok betul-betul, semua orang pakai tudung dan tetiba hantu tu tak pakai tudung. Yang brader bertopi tu pulak gayanya macam nak bagi falcon punch kat makwe baju merah.

Jadi pepehal adik-adik, time senja-senja memang banyak hantu. Tak digalakkan budak-budak hangout lagi time senja.

Terima kasih ND.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...