31 Julai 2008

Misteri Hantu Tenggek

12 ulasan:

Kiriman gambar kali ini dihantar oleh Mohd Azlan. Gambar hantu ini popular beberapa tahun yang lalu. Kini kami paparkan kembali untuk analisis pelawat-pelawat baru. Sesiapa yang memiliki gambar yang lebih besar, sila hantarkan kepada kami.

Update : Mohd Azlan menhantar info ini:
"gambar hantu sebenarnya bukan dekat apartment mont kiara. sebenarnya dia diambil oleh sorang budak praktikal(budak taiping,perak)yg sekali praktikal dgn aku.gambar tu disahkan oleh aku mmg gambar betul.gambar tu diambil di satu flat di butterworth,rumah kawan dia.dia tangkap gmbar kawan dia guna kamera nokia sembilu.masa dia ambil gambar tu sebenarnya terdapat kabus/asap putih dibelakang kawan dia.bila dilihat didlm hp barulah nampak ganbar tersebut,apalgi cabutla diorang."

30 Julai 2008

Gambar Hantu Dalam Telefon Bimbit

5 ulasan:

Berita Harian hari ini melaporkan seorang pemuda, Nasron Jaffar, 31, telah terakam gambar hantu melalui telefon bimbit berkameranya di sebuah resort di Kuantan.

-"Beliau berkata, rakaman itu dibuat kira-kira jam 11.44 malam, 27 Julai lalu selepas beliau dan isterinya, Wan Nafisah Wan Ismail, 30, sedang beristirahat di bilik berkenaan selepas konvoi kelab berkereta dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur berhenti rehat di resort itu. 

-"Saya membuat beberapa rakaman menggunakan telefon bimbit yang baru dibeli bulan lalu di bilik berkenaan kerana ingin mencuba kekuatan cahaya kamera telefon itu, terutama pada waktu malam tanpa bantuan lampu," katanya.

-"Bagaimanapun, saya terkejut apabila satu gambar yang dirakamkan dalam bilik resort itu menunjukkan wajah menyeramkan, menyerupai wajah seorang lelaki tetapi berkening halus seolah-olah dipantis dan memakai kain putih menyerupai kafan," katanya."

Sumber : Berita Harian

Akan datang, saya akan buktikan bagaimana kamera telefon anda boleh merakam apa yang gagal dilihat oleh mata kasar.

28 Julai 2008

23 Julai 2008

Jangan Pandang Belakang

5 ulasan:

Gambar-gambar lama jika direnung kembali pasti ada sesuatu yang mengejutkan. Gambar diambil di Rest House Lama, Kuala Lipis, Pahang. Rest House ini dibina pada zaman kolonial dan ada banyak kejadian-kejadian mistik yang berlaku di sini.

16 Julai 2008

Pontianak / Puntianak / Kuntilanak

4 ulasan:

Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.

Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.

Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.

Gambar : Pontianak Tampines yang glamer itu

14 Julai 2008

Gambar Hantu Di Pesta

Tiada ulasan:

Macam tak real je gambar hantu ni. Bukan hantu ah..
Teruskan menghantar gambar-gambar hantu yang korang miliki. Tak kiralah real ke tidak. Janji kita kongsi bersama.

07 Julai 2008

Kebayan

8 ulasan:
Di Malaysia, kebanyakkan rumah mempunyai atap dan syiling. Biasanya atap akan berbentuk tirus dan menajam ke atas. Ini untuk memudahkan aliran air hujan turun ke bawah. Di antara atap dan syiling rumah, pasti terdapat ruang kosong yang digunakan untuk memerangkap haba daripada turun ke dalam rumah.

Ruang kosong antara atap dan syiling rumah ini biasanya menjadi tempat tinggal untuk segala jenis jembalang dan puaka. Suhu yang sentiasa panas menjadi kegemaran bagi makhluk-makhluk halus untuk tinggal di ruang kosong ini. Biasanya pada waktu malam sekali-sekala anda pasti akan terdengar bunyi-bunyi yang pelik di dalam rumah seperti bunyi pinggan berjaga, bunyi kerusi ditarik dan bermacam-macam lagi. Bunyi ini adalah dihasilkan oleh makhluk halus yang menghuni ruang kosong antara atap dan syiling rumah anda. Setelah semua penghuni rumah masuk tidur, mereka akan turun untuk bermain di dalam rumah.

Cerita mengenai makhluk halus penghuni atap rumah yang semakin popular ketika ini adalah mengenai satu entiti ganjil yang dikenali sebagai Kebayan. Ia mempunyai rupa seperti seorang wanita yang sangat tua seperti berusia beratus-ratus tahun. Pipinya mengeleber ke bawah dipenuhi kedut-kedut yang sangat hodoh, matanya kuyu. Biji matanya pula berwarna merah garang dan bercahaya ketika gelap. Kebayan memakai pakaian seperti gaun tidur yang sudah lusuh.

Kebayan akan menunggu anda masuk tidur setiap malam. Ketika anda mula memejamkan mata untuk tidur, Kebayan akan turun dan duduk di sisi anda. Ketika itu mata anda sedang terpejam tetapi masih belum terlena (masih sedar). Ketika ini, adalah dinasihatkan agak anda jangan membuka mata. Jika mata telah terpejam untuk tidur, teruskan memejamkan mata anda. Kerana jika anda membuka mata, anda pasti akan terlihat Kebayan yang sedang merenung anda. Biasanya Kebayan akan duduk di tepi katil anda dan menunggu anda terlena. Jika anda membuka mata dan ternampak kelibat kebayan, ia akan sedar bahawa anda masih belum terlena dan akan duduk lebih rapat dengan anda. Lebih teruk lagi jika anda membuka mata dan terkejut. Kebayan akan turut terkejut dan terus menjerit mengilai di dalam bilik anda.

Jadi setiap kali anda mahu masuk tidur, pastikan anda benar-benar mengantuk. Jika belum mengantuk, jangan berbaring dan memejamkan mata dalam keadaan sedar. Kerana Kebayan akan memerhatikan anda...

06 Julai 2008

Gambar Hantu di Kawasan Kemalangan

11 ulasan:

Gambar yang diambil di satu kawasan kemalangan di sebuah terowong ini banyak menimbulkan tanda-tanya. Perhatikan betul-betul.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...