30 Julai 2008

Gambar Hantu Dalam Telefon Bimbit


Berita Harian hari ini melaporkan seorang pemuda, Nasron Jaffar, 31, telah terakam gambar hantu melalui telefon bimbit berkameranya di sebuah resort di Kuantan.

-"Beliau berkata, rakaman itu dibuat kira-kira jam 11.44 malam, 27 Julai lalu selepas beliau dan isterinya, Wan Nafisah Wan Ismail, 30, sedang beristirahat di bilik berkenaan selepas konvoi kelab berkereta dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur berhenti rehat di resort itu. 

-"Saya membuat beberapa rakaman menggunakan telefon bimbit yang baru dibeli bulan lalu di bilik berkenaan kerana ingin mencuba kekuatan cahaya kamera telefon itu, terutama pada waktu malam tanpa bantuan lampu," katanya.

-"Bagaimanapun, saya terkejut apabila satu gambar yang dirakamkan dalam bilik resort itu menunjukkan wajah menyeramkan, menyerupai wajah seorang lelaki tetapi berkening halus seolah-olah dipantis dan memakai kain putih menyerupai kafan," katanya."

Sumber : Berita Harian

Akan datang, saya akan buktikan bagaimana kamera telefon anda boleh merakam apa yang gagal dilihat oleh mata kasar.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKu agak, itu gambar mak nyah yang ramai di Kuantan. Terjadi apabila si suami cuba mengayat salah seorang dengan henset yang baru dibelinya.

Akan tetapi, si isteri terjumpa rakaman dalam telefon si suami dan mula bertanya soalan yang si suami takut nak jawab.

Maka dipendekkan cerita, keluarlah cerita ni dalam Berita Harian keesokan harinya ... he he he

Admin berkata...

inilah teori paling kuat sekali skang ni. hehe..

Tanpa Nama berkata...

year tu kan..
tgok mke cam mak nyah jek..
nak ckap ken yg putih tu ken kafan lg ar x logik..
nmpak cam baju seksi jek..he
so,pham je ar kn..
tiap org ble mnilai..
tp xtau ar kan..
org yg tgkap pic tu jek yg tau..

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHAHHAHAA.......TIPU PUNYA LA...TAK CAYA...MNGKIN NI GAMBAR ANAKNYA KE ATAU ADIK IPAR NYE KA...CEH JAN NAK MENIPU LA..TAK BAIK TAU...TAKKAN LA....

Tanpa Nama berkata...

hantu pondan bermisai nih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...