06 Ogos 2008

Hantu Penanggal / Penanggalan

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.


Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.


Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.

Sumber : Wikipedia
Nota : Sumber gambar tidak dapat dikenalpasti

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maksud awk yg kat sblh tingkap tu ke?

Tanpa Nama berkata...

Ei!Ade hantu penanggal jugak ke?

Tanpa Nama berkata...

BENDA NI MMANG ADA BRO,SYA PERNAH DENGAR TAPI MALANG NYE TAK PENAH PLAK NAMPAK...D SABAH ADA BNDA NI CUMA TAK MCM DULU.

Hardy Boy berkata...

Bermanfaat info dlm post nie.

Aku dulu pn pernah ternampak hantu penanggal (kalau kat Sabah dorang panggil Balan-balan) di hadapan rumah aku. Dalam satu malam tu, 3 ekor melintas di dada langit secara berturutan tapi di 3 tempat berbeza, bila aku tengok dorang, terus terpadam api (pandai pulak dorang padamkan lampu, macam kapal terbang la plak..hahaha..). Aku tnya la tunang aku(sekarang dah jadi isteri), Dah pukul berapa? (masa tu tengah dok bergayut dgn telefon), tunang aku cakap dah pukul 1 lebih dah, so terus aku masuk dalam rumah. Bukan takut Cuma segan jer mane la tau kalau2 balan-balan tu datang dekat aku pastu nak berkenalan sambil menunjukkan senyuman yang manis. Bukan ape, aku nie pemalu sikit..hahahaha….

Esoknye, member-member aku bagitau, orang yang lame kat sini pun belum tentu dapat jumpa. Tapi, ada 2 orang kawan aku kat Taman tu pernah jumpa Balan-balan nie. Orang cakap, klu nak tengok, cuba la renung ke luar tingkap pkl 3 pagi, kalau bernasib baik bole la tengok..hehehe..

Ustaz Faizal ada bagitau aku, jangan tegur menda nie. Maybe pantang larang hantu penanggal nie, dorang mesti cari sesiapa yang menegur dorang kot (mungkin saje je dorang nak berkenal-kenalan.hahaha). Ade sorang member dia(seorang ustaz jugak pernah tertegur, sedar-sedar Balan-balan nie masuk ke dalam rumah. Alhamdulilllah, selepas di baca beberapa potongan ayat suci, menda tu pun keluar jugak.

Selepas aku berkahwin, masa sedang syok bergayut dgn tel luar rumah, sekali lagi aku ternampak balan-balan nie terbang lagi di depan aku tapi kat dada langit la. Dia punya api lagi besar, so terus aku masuk rumah, seram sejuk..hahaha..

(Sedikit fakta berkenaan hantu nie, balan-balan(hantu penanggal) nie akan terbang untuk mencari darah macam darah orang bersalin, makan mayat yang baru sahaja di tanam & kalau tak ada makanan, dorang akan makan katak. Mereka nie berasal daripada manusia yang mengamalkan ajaran yang jauh terpesong daripada agama. Ada juga yang kata hantu penanggal ni dulu digunakan sebagai memudahkan dorang bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain).


Malam 23 Nov 2010, aku & isteri ternampak lagi hantu penanggal lalu depan rumah en rizal juga taman perumahan kitorang. Kali nie lebih dekat, siap api warna biru & hijau, laju maybe dalam 200km/j mcm kelajuan superbike yang aku pernah tgk.. cantik juga colournye.. Pkl 8 mlm, tapi apehal dia keluar awal sgt nie, mlm purnama plk tue...

Aslina berkata...

pernah jugak nampak dulu... zaman2 duduk kat kampung dulu... masa kecik2...

baru nak jerit, mulut da kene pekup ngan cousin... sebab takut kalo tegur nanti dia datang. huhuhh...

ingatkan ufo tu. bleh tahan la cantik.

sekarang ni orang cakap dah takde nampak sangat sebab kat sini dah banyak tiang letrik. dia takut tersangkut dan terus kene kejutan letrik kot. rasenye lah.

buat anak kok coba coba berkata...

hahaha..comennya lucu,titip undangan lah www.broeda.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

aku pernah nampak hantu nie colornya cantik sampai terlopong mulut tapi dia macam bintang zuhal sikit, ada lingkaran warna merah yang sangat terang

Tanpa Nama berkata...

DIZAMAN MUDE2 DULU SELALU JUMPA DENGAN HANTU PENANGGAL NI .. DOK TANGGAL BAJU SELUAR ANAK DARA ORANG JER KERJANYA .. ORANG PANGGIL BOHJAN .. YANG PENANGGAL BETINA TU ORANG PANGGIL BOHSIA .. HUHUHU ...

Tanpa Nama berkata...

rsanya ada sdkit kmusykilan ..knapa mreka ngelakkn dri drpd cuka sdgkn cuka jga dgunkn untk mmram usus mreka sblm brcntum smula ?

Tanpa Nama berkata...

Memeram?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...