07 Oktober 2009

Pelesit

Baru-baru ini terdengar serangan pelesit di tempat saya.

Menurut Wikipedia :
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.
Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Sapa ada pengalaman dengan pelesit?

7 comments:

Shemmi berkata...

ada ada!

pelesit di jalan raya..

bawak moto mcm pelesit!

Safira atau intan berkata...

masalahnye pelesit ni rupe die mcm moto ke???

nurkaloi berkata...

to shemmi...
tu bukan setakat pelesit jalanan
puntianak samseng jalanan pun ader..

Tanpa Nama berkata...

Kalau ko orang nak tau...Pelesit ni ramai dari golongan Melayu. Pelesit ni memang nyata dan benar wujud kat dunia ni terutama di negara tercinta Malaysia...golongan Pelesit ni berotak tapi tak berakal, macam berkaki empat tengah padang tu yang ragut rumput...Rasanya semua orang tau..jawapannya.

Ismah_hanie berkata...

betul ke pelesit ni wujud @ nyata?

LilyIeda berkata...

Xtau la ni pelesit ke apa tp yg pasti sy mmg la dapat pngajaran dari pengalaman saya ni.time tu saya kecil lagi, umur bru 8 tahun.time tu kat skolah mmg glemer event tngkap belalang la, kumbang la.mcm2 serangga budak2 skolah sy tangkap.lagi rare, lagi bagus.sy pon berminat nak join.sy pon try la tngkap belalang sbb tu kot yg paling senang.hari2 car belalang smpai mak sy da mula tegur sy dan abg sy sbb slalu balik lmbat sbb leka sgt tngkap belalang.da maghrib bru ingat nak blik rumah, mst la mak bsing, kan?lagipun mak xstuju tngkap2 binatang pastu kurung sbb menyeksa binatang, kata mak.tp biasala, budak2, degil sgt.1 petang da dkat mhgrib, sy main dekat tepi rumah sy dan trjumpa 1 belalang dkat pokok2.sy ingat lg, kat situ bnyak pokok ulam raja.sy pon happy+excited, tngkap la belalang tu pakai tangan.sy buka tapak tngan n tengok belalang tu tp sy rasa sgt pelik.belalang tu wane hijau tp ats kepala dy ade tompok wane merah.sy da suke la sbb mane ade lg sy penah jumpe belalang cmtu.sy tekup belalang tu balik ngn tapak tngan.otw sy nak bawa belalang tu masuk rumah, tibe2 sy rse belalang tu gigit tapak tgn dkat ngn ibu jari.teramat sakit dan bisa rasenye, sy pon terus lepaskan belalang tu.sakitnya tuhan je yg tau.sy menangis sungguh2 dapatkan mak sy sbb tgn sy amatla sakit.mak tnya, kenapa?sy jawab, kena gigit ngn belalang.mak sy gelakkan sy dan dy cakap mcm ni, belalang mane ade gigi, belalang xboleh gigit orang.lagi la teruk sy menangis sbb mak sy gelakkan sy.dlm nangis2 tu, sy cerita pd mak, mcm mana rupe belalang yg sy jumpe.lepas mk sy dengar, mk sy diam je.mlm tu mak spu ubat dkat tgn sy.dy sapu 1 tgn sy sbb dy kata dy xjumpa mane luka kna gigit dgn belalang.sy pon xjumpa mane lukanya atau darah kat mana2, tp dlm tangan sy amatla sakit.rasa cm berbisa.sy menangis je 1 malam tu.lepas tu mak sy cakap, itu mungkin pelesit.pelesit ni jahat, memudaratkan manusia.tp pelesit ni serang org2 yg tertentu je.mak kata, mungkin pelesit tu tersesat time nak serang org tu, tp sy terjumpa n tertangkap dy.entah itu betul2 belalang@pelesit, wallahualam.yg pasti smpai skarang sy fobia dengan belalang.sgt2 la takut.sy skarang sgt suka binatang.xmo seksa2 binatang lagi.xbaik.

Tanpa Nama berkata...

cite atas terbaik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...