16 September 2008

Hantu Perempuan Dengan Bayinya


Biasa kita dengar cerita seorang wanita perempuan menumpang kereta di waktu malam di jalan-jalan yang sunyi.. Mendukung seorang bayi. Biasanya menumpang ke tanah perkuburan. Yang biasa berlaku, bayi yang didukungnya adalah sekeping batu nisan. Kalau dalam kes teksi, duit tambang yang dibayarnya adalah kepingan daun kering. Kemudian untuk kes-kes yang lebih menyeramkan perempuan yang menumpang kereta ini akan mengilai sehingga menyebabkan kemalangan. Ada juga cerita yang didengar di mana bayi tersebut ditinggalkan di dalam kereta, dan apabila diperiksa ia sebenarnya batu nisan yang berlumuran darah!

Kata orang, hantu ini biasanya menumpang kenderaan daripada kawasan kemalangan hingga ke tanah perkuburan yang terdekat.

Mengikut sesetengah orang, sebelum perkara ini berlaku, terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu akan berlaku. Biasanya suhu akan turun secara mendadak. Jadi seram sejuk. Jalanraya yang dilalui tiba-tiba menjadi sunyi (tidak berselisih dengan kereta langsung). Siaran radio terganggu.

So, kepada yang nak balik kampung beraya tu, hati-hatilah kalau jalan yang dilalui tiba-tiba menjadi semacam dia punya sunyi. Dan kepada penumpang pulak, dalam pemanduan di waktu malam, kalau korang rasa nak renung ke luar tingkap kereta, jangan berbuat demikian. Sebab entiti tersebut yang memanggil anda untuk melihat. Anda mungkin bakal terlihat sesuatu yang tidak dapat anda lupakan seumur hidup.

Akan datang kita akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai gangguan-gangguan makhluk halus di jalanraya. 

3 ulasan:

tawawfayakof berkata...

tengok je xde hal kot... adahal ke? aku tak tau sebab xde experience...

Tanpa Nama berkata...

Cerita pasal hantu tumpang kereta ni, teringat pula satu iklan keselamatan jalan raya kat tv, berkenaan pakai tali pinggang tempat duduk belakang. Taktau ler kalau admin dah penah nampak, lawak giler lar iklan ni. Hantu tu tumpang kereta seorang pompuan,sebab terkejut ada hantu kat belakang bagi tisu kat dia, pompuan tu emergency break dan hantu tu tercampak keluar melalui cermin depan. datang plak satu hantu gemuk (adibah noor) tepuk belakang kepala hantu kurus tu, dan marah dia sebab tak pakai tali pinggang tempat duduk belakang.best jugak kalau admin dapat cari clip iklan tu dan attach kat blog ni :-)

Tanpa Nama berkata...

cilako hantu scam nie... maen black money la plak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...