15 Jun 2011

Gambar Hantu Ikan Bakar


Gambar hantu kali ini bertajuk 'Gambar Hantu Ikan Bakar' sebab pengirim kata gambar ni diambil masa diaorang bakar-bakar ikan kat rumah dia. Ok cakap banyak tak guna, teks berikut disertakan oleh pengirim gambar hantu ini:

gambar ini ialah gambar yang diambil oleh adik saya waktu sedang bakar2 ikan di rumah saya dengan kawan-kawan beberapa tahun lepas. waktu tu dah lebih jam 1 pagi tak silap saya... menurut adik saya, mulanya dia memang dah nampak makhluk tu, kemudian dia fikir, "apa kata try test tengok tangkap gambar kot2 boleh masuk gambar makhluk bertuah tu." (adik saya dah biasa nampak benda2 macam ni so dia tak de la heran sangat) so dia pun ambil gambar and memang masuk dalam kamera.

gambar ni memang saya ambil gambar asal, dan tak ada edit apa2. untuk makluman, kawan2 dia dalam gambar tu takde sorang pun yang tahu tentang makhluk tu masa tu. lepas dah ambil gambar baru la dia bagitau dan sorang2 muka pucat lesi, nak2 yang pakai topi tu, sebab benda tu betul2 depan dia. mulanya diorang agak skeptik, mana tau kot2 asap rokok, tapi kemudian diorang test ambil gambar dengan asap rokok, memang tak sama dengan makhluk putih tu. saya pun seram sejuk dibuatnya sebab ni kat rumah saya, haha... off record, sebenarnya adik saya memang orang yang selalu nampak benda2 macam ni dan dia kadang2 boleh berkomunikasi dengan makhluk ni, so dia tanya la benda tu, apa yang dia buat kat rumah saya. benda tu jawab yang dia memang dah lama duduk situ, nak pindah tapi tak tau ke mana nak pindah.

ada satu kejadian lagi masa adik saya tengah baca Al-Quran dalam jam 3 pagi, dengan tingkap yang terbuka, dia nampak ada sorang nenek bertongkat jalan di jalan raya depan rumah saya. bila dia tiba bertentangan dengan rumah saya dia pun pandang adik saya, adik saya cakap, "marilah sini baca Quran sama-sama, boring sorang2 ni...", mata nenek tu terus jadi merah menyala, marah dan terus jalan. ^o^

Kalau lihat betul-betul gambar hantu ni, memang ada sesuatu kat dalam gambar. Kalau asap rokok pun lain sifatnya dalam gambar. Menurut pandapat saya, penampakan ini bukanlah berada di depan brader pakai topi tu, sebaliknya 'makhluk' tersebut berada betul-betul depan kamera.

Memang ada sesetengah orang memang terbuka deria mereka dengan perkara-perkara ghaib ini. Dikatakan juga bayi paling senang nak berinteraksi dengan makhluk halus. Kadang-kadang kalau budak menangis tak henti-henti tandanya ada 'sesuatu' sedang mengusik.

Wallahualam.
Kita tak nampak, tak tahu. Kalau ada sapa-sapa ada pengalaman harap dapat dikongsi bersama.

Terima kasih kepada Nana yang mengirimkan gambar ini. Teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami. Real-tak real lain cerita. Kita usyar dulu.

Akhir kata, jangan biarkan hidup anda di-usyar hantu...

11 ulasan:

mpus berkata...

saya sebagai pembaca yg sering liat2 gambar2 nya di sini gambar nya ga jelas kasih tanda donk biar tau yg mana hantu nya

Tanpa Nama berkata...

mcam biasa saja ,, kamu banyak bermimipi kot

makhluk halus berkata...

Masya Allah.. Semoga rakan-rakan yang tak perasan tu, tak demam esok hari.

Tanpa Nama berkata...

itu asaap rokok tu. mest asap rokot dari jurugambar ke biasa da tertangkap mcm ni

hantu berkata...

nonsense..jlas sgt asap rokok..brader 2 pun tgh isap rkok..xkukuh lgsung bukti..

cikkelana berkata...

asap rokok la.... adeessss

nana berkata...

gambar ni saya yang hantar. memang bukan asap rokok, bagi siapa yang kata asap tu. kan saya dah cakap, diorang dah test dengan rokok, dan memang betul2 lain. gambar yang diorang test dengan rokok takde pulak sebab gambar ni dah lama, saya tak copy dari adik saya. ada beberapa keping diorang cuba ambik, semuanya tak sama dengan gambar ni.
saya dah tengok gambar-gambar tu dan asap rokok berkepul2, bukan sekata taburannya macam benda ni. nak percaya atau tak, itu terpulang, tapi itu yang berlaku :)

fai wave berkata...

cube la tengok betul2...kn asap 2 betul2 kt kepala brader yg pakai topi 2.. klu betul apa yg dimaksudkn..mesti la ia di blakang brader 2... adess..

Unknown berkata...

nampak macam biasa,dah banyak gambar macam tue diambil..tak salah saya gambar macam tue di panggil GHOST PHOTO..iaitu imej yang dipantul oleh cahaya dan menyebabkan gambar lain masuk,seperti gambar yang ditunjukkan..

Saeif Agha berkata...

kejadian macam ni biasa terjadi... Dan memang ada orang2 yg boleh nampak perkara ghaib dan berbicara dgn makhluk2 ghaib. Lagipun, didalam quran pun Allah telah memberitahu bahawa yg hal2 yg ghaib itu wujud. Namun kebanyakan orang zaman ini skeptikal sebab tiada daya penglihatan utk melihat yg ghaib. saya sendiri selalu terjumpa pelbagai makhluk2 sebegini, bahkan yg jauh lebih besar dan tinggi pun ada!

Tanpa Nama berkata...

Asap rokok ba tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...