31 Disember 2008

Kaki Dalam Kepala Bayi

Berita ni aku ambik kat mana aku dah lupa. Tapi memang aneh dan misteri!


DENVER: Seorang pakar bedah otak kanak-kanak berkata beliau menemui sebelah kaki dan bahagian tubuh tidak sempurna di dalam ketumbuhan yang dikeluarkannya ketika membedah otak seorang kanak-kanak di Colorado.

Paul Grabb berkata beliau melakukan pembedahan ke atas Sam Esquibel yang baru berusia tiga hari, 3 Oktober lalu di Hospital Kanak-kanak Memorial, selepas ujian imbasan menunjukkan ada ketumbuhan mikro di dalam otak kanak-kanak berkenaan. Sam bagaimanapun seorang bayi yang sihat.


Grabb berkata ketika mengeluarkan ketumbuhan itu beliau mendapati ia mengandungi sebelah kaki hampir sempurna dan bahagian tubuh menyerupai sebelah lagi kaki, tangan dan paha.

"Penemuan ini sesuatu yang amat luar biasa, unik dan hampir tidak pernah diketahui," katanya.

Grabb berkata, beliau tidak pasti punca yang menyebabkan ketumbuhan seperti itu tetapi percaya ia mungkin sejenis ketumbuhan yang mempunyai kaitan dengan keturunan.


"Bagaimanapun ketumbuhan yang pernah ditemui hanya mempunyai bentuk biasa. Ia juga mungkin satu kes dikenali sebagai 'janin di dalam janin, merujuk kepada kembar janin yang terbentuk di dalam organ lain, namun amat jarang berlaku di dalam otak," katanya.

25 November 2008

Ilmu Kebal Yang Real?



Brader dari Indonesia ni kena tembak lebih 100 das tapi tak lut. Sehinggalah ada sniper menembak cincin hikmat kat jadi dia yang dikatakan menjadikan dia kebal. Pastu baru lut senjata.

Peh.. Aku nak jugak la cincin macam dia tu.

20 November 2008

Social Networking Juga Boleh Menjadi Sesuatu Yang Menakutkan


Adik-adik di luar sana, anak-anak gadis terutamanya dinasihatkan agar tidak meletakkan gambar-gambar yang terlalu seksi dan panas di dalam laman socian networking mereka (Myspace, Friendster, Tagged). Kerana gambar ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Dan mungkin dieksploitasikan oleh pihak-pihak yang tertentu.

Seperkara lagi yang paling penting adalah jangan meletakkan terlalu banyak maklumat mengenai diri anda (no telefon, alamat rumah dll.) Walaupun social networking adalah sesuatu yang menyeronokkan, namun ia mampu mengundang bahaya kepada anda.

Berhati-hatilah!
Pesananan khidmat masyarakat ini dibawakan kepada anda oleh Gambarhantu.blogspot.com

19 November 2008

Hantu Menumpang Kereta Di Waktu Malam


Biasa kita dengar cerita-cerita gadis (hantu) menahan kereta di waktu malam. Tapi dalam kes-kes terpencil, hantu tidak menjelma sebagai gadis yang cantik, sebaliknya muncul di tepi jalan dalam rupa mereka yang sebenar.

Kadang-kadang yang melintas di depan kereta/motor di waktu malam bukanlah haiwan liar..

16 November 2008

Puaka Niyang Rapik

Sapa layan cerita ni? Memang masyuk. masa episod satu minggu lepas, ada scene motorsikal ditumpang hantu, pastu motorsikal tak boleh start.

Bagi penunggang motorsikal, scene macam ni lah yang paling nak dielakkan. Seram gak cerita ni. Kami memang menyarankan pambaca semua menonton cerita ni, sebab ianya boleh tahan seram. hehe..

Ni video hantu menumpang motorsikal tu. Gigi hantu tu aku tak boleh blah!


Puaka Niyang Rapik ditayangkan di TV3.

07 November 2008

Hantu Pantai Kelanang


Gambar ini juga dikirimkan oleh sahabat gue, ND dari Klang. Tak tau kenapa dia banyak dapat supply gambar-gambar hantu ni. Nak kata perangai macam hantu tak jugak. Kata ND;

"Gambar yang diambil ketika senja (tak reti nak balik umah la tuu) ketika sekumpulan remaja dilihat sedang bermain2 di pesisir Pantai Kelanang (bertempat di kawasan banting).Difahamkan bahawa kesemua remaja yang terlibat telah berjanji takkan keluar rumah pada waktu dinihari takut2 perkara yang sama berulang. Jadi betullah cakap orang tua2, kalau waktu maghrib duduk je kat umah pasal setan banyak berkeliaran. Gambar telah diambil secara tidak sengaja oleh adik member aku sendiri."

Menurut pemerhatian aku sendiri, mungkin gambar ni imej salah seorang dari kawan-kawan diaorang yang secara kebetulan menyerupai hantu. Tapi kalau tengok betul-betul, semua orang pakai tudung dan tetiba hantu tu tak pakai tudung. Yang brader bertopi tu pulak gayanya macam nak bagi falcon punch kat makwe baju merah.

Jadi pepehal adik-adik, time senja-senja memang banyak hantu. Tak digalakkan budak-budak hangout lagi time senja.

Terima kasih ND.

28 Oktober 2008

Gambar Hantu Kayaba


You know Kayaba? Hehe.. Kayaba ni shock absorbers. Gambar hantu ini dikirimkan oleh sahabat baik saya ND dari Klang. Kata ND:

"Dirakam secara tak sengaja tatkala beberapa pekerja asing warga vietnam/nepal/myanmar yang sedang bekerja pada syif malam di kilang Kayaba (kilang membuat absorber moto laa) yang bertempat di kawasan tempat tinggal aku..."
Terima kasih ND. Teruskan menghantar gambar-gambar hantu korang kepada kami.

09 Oktober 2008

Tangan Siapa Pulak Ni?


Ini gambar yang baru kami terima. Boleh tengok kat tarikh pada gambar tersebut. Dikatakan gambar ini diambil dalam sebuah pejabat di KLIA. Cuba rujuk pada bulatan ada tangan yang terlebih. Tangan akak tu satu lagi dia cakap tengah tunjuk 'peace' dan dia mati-mati bagitau tak letak tangan kanan dia kat atas bahu budak tu.

Jadi tangan siapakah yang menumpang glamer ini?

30 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog GambarHantu walau di mana jua anda berada. Jika ada sebarang salah silap harap dimaafkan. Saya hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Juga saya memohon maaf sebab tak banyak update bulan puasa ni sebab setan semua kena rantai, jadi tak banyak hantu yang berjaya dirakam. Hehe..

Apa-apapun lepas raya ni InsyaAllah GambarHantu akan menjalani penjenamaan semula. Kita akan paparkan banyak lagi kandungan yang lebih seram, horror dan menakutkan. Saya juga harap akan datang lebih ramai pengunjung take part dalam diskusi dan menyampaikan sebarang pandangan dan idea kepada blog ini. Pihak kami juga akan lebih daring dalam menyiasat fenomena mistik di negara ini. Beberapa rancangan telah diatur, dan tidak lama lagi akan ada laporan ekslusif mengenai aktiviti 'menangkap hantu' ini. Kita juga akan meneroka banyak bidang-bidang baru dan tidak lagi terikat kepada paparan mistik semata-mata. Di dunia ini banyak lagi misteri yang belum dirungkai. Dan kami akan cover kesemuanya khusus untuk tatapan anda.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini dan menjadikan blog GambarHantu 'the premier authority' dalam arena mistik dan paranormal di internet. Saya akan terus berusaha menyampaikan yang terbaik buat korang semua.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hati-hati di jalanraya.
Be safe, have fun!

Yang Benar,
admin

18 September 2008

Menangani Hantu Yang Menumpang Di Waktu Malam



Ok, ini satu tindakan yang bijak(?) untuk menangani masalah hantu menumpang di waktu malam. So kalau ada hantu menumpang kat seat belakang kereta, tekan brek sekuat-kuat hati. Pada masa yang sama pastikan anda memakai talipinggang keledar.

Hantu akan tercampak keluar dan besar kemungkinan beliau (hantu) akan dilempang oleh ibunya kerana tidak memakai talipinggang keledar di belakang. Sila gostan kereta laju-laju.

Moral: Pakailah talipinggang keselamatan meskipun anda duduk di seat belakang. Iklan ini mungkinm kelakar dan lucu tapi mesejnya serius. Hati-hati memandu terutama sekali ketika balik kampung beraya. Jangan terburu-buru dan banyakkan bersabar. Semoga selamat sampai ke destinasi.

Pesanan ini dibawakan oleh : GambarHantu.blogspot.com

16 September 2008

Hantu Perempuan Dengan Bayinya


Biasa kita dengar cerita seorang wanita perempuan menumpang kereta di waktu malam di jalan-jalan yang sunyi.. Mendukung seorang bayi. Biasanya menumpang ke tanah perkuburan. Yang biasa berlaku, bayi yang didukungnya adalah sekeping batu nisan. Kalau dalam kes teksi, duit tambang yang dibayarnya adalah kepingan daun kering. Kemudian untuk kes-kes yang lebih menyeramkan perempuan yang menumpang kereta ini akan mengilai sehingga menyebabkan kemalangan. Ada juga cerita yang didengar di mana bayi tersebut ditinggalkan di dalam kereta, dan apabila diperiksa ia sebenarnya batu nisan yang berlumuran darah!

Kata orang, hantu ini biasanya menumpang kenderaan daripada kawasan kemalangan hingga ke tanah perkuburan yang terdekat.

Mengikut sesetengah orang, sebelum perkara ini berlaku, terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu akan berlaku. Biasanya suhu akan turun secara mendadak. Jadi seram sejuk. Jalanraya yang dilalui tiba-tiba menjadi sunyi (tidak berselisih dengan kereta langsung). Siaran radio terganggu.

So, kepada yang nak balik kampung beraya tu, hati-hatilah kalau jalan yang dilalui tiba-tiba menjadi semacam dia punya sunyi. Dan kepada penumpang pulak, dalam pemanduan di waktu malam, kalau korang rasa nak renung ke luar tingkap kereta, jangan berbuat demikian. Sebab entiti tersebut yang memanggil anda untuk melihat. Anda mungkin bakal terlihat sesuatu yang tidak dapat anda lupakan seumur hidup.

Akan datang kita akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai gangguan-gangguan makhluk halus di jalanraya. 

14 September 2008

Korang Percaya Alien?


Aku nak buat feature pasal alien ni. Ini blog pasal gambar hantu. So, apa pendapat korang? Go ahead ke apa?

19 Ogos 2008

Pontianak Juga Popular Di Jepun

Seorang pelukis manga di Jepun, Shintaro Kago pernah menghasilkan sebuah cerita mengenai pontianak. Cerita ini berdasarkan hantu pontianak yang popular di Malaysia. Namun cerita ini diberi sentuhan 'guro' (seksual/ganas). Sentuhan istimewa guro dalam penceritaan pontianak ini memberi nafas yang baru kepada lagenda pontianak yang mengerikan ini.


Cerita ini mengisahkan watak utama seorang gadis yang mewarisi darah pontianak. Kepalanya akan terpenggal dari badan bersama-sama isi perutnya ketika dia mengalami klimaks. Keadaan ini menyebabkan dia menjadi sunyi dan seterusnya mengeksploitasikan kebolehannya untuk keuntungan.



Cerita guro pontianak yang hanya setebal 16 mukasurat ini sangat-sangat tidak sesuai untuk bacaan mereka di bawah 18 tahun (atau bacaan orang timur seluruhnya). Jesteru di sini hanya dipaparkan contoh sahaja.

Kalau nak, hantar emel.

12 Ogos 2008

Gambar Misteri 2 Hari Sebelum Kembali ke Rahmatullah


Seseorang bertanya:

"Tumpang tanya, ape yg korang nampak dalam gambar ni?
ade dua gambar kat sini, cari perbezaan yg korang nampak
Gambar ni aku ambik time 2 hari sebelum arwah nenek aku meninggal.
dan yang aku perasan ade mcm bentuk badan kat sebelah katil tu..korang perasan x?
Ape benda ni?"



Apa pendapat korang?

06 Ogos 2008

Hantu Penanggal / Penanggalan

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.


Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.


Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.

Sumber : Wikipedia
Nota : Sumber gambar tidak dapat dikenalpasti

31 Julai 2008

Misteri Hantu Tenggek


Kiriman gambar kali ini dihantar oleh Mohd Azlan. Gambar hantu ini popular beberapa tahun yang lalu. Kini kami paparkan kembali untuk analisis pelawat-pelawat baru. Sesiapa yang memiliki gambar yang lebih besar, sila hantarkan kepada kami.

Update : Mohd Azlan menhantar info ini:
"gambar hantu sebenarnya bukan dekat apartment mont kiara. sebenarnya dia diambil oleh sorang budak praktikal(budak taiping,perak)yg sekali praktikal dgn aku.gambar tu disahkan oleh aku mmg gambar betul.gambar tu diambil di satu flat di butterworth,rumah kawan dia.dia tangkap gmbar kawan dia guna kamera nokia sembilu.masa dia ambil gambar tu sebenarnya terdapat kabus/asap putih dibelakang kawan dia.bila dilihat didlm hp barulah nampak ganbar tersebut,apalgi cabutla diorang."

30 Julai 2008

Gambar Hantu Dalam Telefon Bimbit


Berita Harian hari ini melaporkan seorang pemuda, Nasron Jaffar, 31, telah terakam gambar hantu melalui telefon bimbit berkameranya di sebuah resort di Kuantan.

-"Beliau berkata, rakaman itu dibuat kira-kira jam 11.44 malam, 27 Julai lalu selepas beliau dan isterinya, Wan Nafisah Wan Ismail, 30, sedang beristirahat di bilik berkenaan selepas konvoi kelab berkereta dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur berhenti rehat di resort itu. 

-"Saya membuat beberapa rakaman menggunakan telefon bimbit yang baru dibeli bulan lalu di bilik berkenaan kerana ingin mencuba kekuatan cahaya kamera telefon itu, terutama pada waktu malam tanpa bantuan lampu," katanya.

-"Bagaimanapun, saya terkejut apabila satu gambar yang dirakamkan dalam bilik resort itu menunjukkan wajah menyeramkan, menyerupai wajah seorang lelaki tetapi berkening halus seolah-olah dipantis dan memakai kain putih menyerupai kafan," katanya."

Sumber : Berita Harian

Akan datang, saya akan buktikan bagaimana kamera telefon anda boleh merakam apa yang gagal dilihat oleh mata kasar.

28 Julai 2008

23 Julai 2008

Jangan Pandang Belakang


Gambar-gambar lama jika direnung kembali pasti ada sesuatu yang mengejutkan. Gambar diambil di Rest House Lama, Kuala Lipis, Pahang. Rest House ini dibina pada zaman kolonial dan ada banyak kejadian-kejadian mistik yang berlaku di sini.

16 Julai 2008

Pontianak / Puntianak / Kuntilanak


Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.

Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.

Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.

Gambar : Pontianak Tampines yang glamer itu

14 Julai 2008

Gambar Hantu Di Pesta


Macam tak real je gambar hantu ni. Bukan hantu ah..
Teruskan menghantar gambar-gambar hantu yang korang miliki. Tak kiralah real ke tidak. Janji kita kongsi bersama.

07 Julai 2008

Kebayan

Di Malaysia, kebanyakkan rumah mempunyai atap dan syiling. Biasanya atap akan berbentuk tirus dan menajam ke atas. Ini untuk memudahkan aliran air hujan turun ke bawah. Di antara atap dan syiling rumah, pasti terdapat ruang kosong yang digunakan untuk memerangkap haba daripada turun ke dalam rumah.

Ruang kosong antara atap dan syiling rumah ini biasanya menjadi tempat tinggal untuk segala jenis jembalang dan puaka. Suhu yang sentiasa panas menjadi kegemaran bagi makhluk-makhluk halus untuk tinggal di ruang kosong ini. Biasanya pada waktu malam sekali-sekala anda pasti akan terdengar bunyi-bunyi yang pelik di dalam rumah seperti bunyi pinggan berjaga, bunyi kerusi ditarik dan bermacam-macam lagi. Bunyi ini adalah dihasilkan oleh makhluk halus yang menghuni ruang kosong antara atap dan syiling rumah anda. Setelah semua penghuni rumah masuk tidur, mereka akan turun untuk bermain di dalam rumah.

Cerita mengenai makhluk halus penghuni atap rumah yang semakin popular ketika ini adalah mengenai satu entiti ganjil yang dikenali sebagai Kebayan. Ia mempunyai rupa seperti seorang wanita yang sangat tua seperti berusia beratus-ratus tahun. Pipinya mengeleber ke bawah dipenuhi kedut-kedut yang sangat hodoh, matanya kuyu. Biji matanya pula berwarna merah garang dan bercahaya ketika gelap. Kebayan memakai pakaian seperti gaun tidur yang sudah lusuh.

Kebayan akan menunggu anda masuk tidur setiap malam. Ketika anda mula memejamkan mata untuk tidur, Kebayan akan turun dan duduk di sisi anda. Ketika itu mata anda sedang terpejam tetapi masih belum terlena (masih sedar). Ketika ini, adalah dinasihatkan agak anda jangan membuka mata. Jika mata telah terpejam untuk tidur, teruskan memejamkan mata anda. Kerana jika anda membuka mata, anda pasti akan terlihat Kebayan yang sedang merenung anda. Biasanya Kebayan akan duduk di tepi katil anda dan menunggu anda terlena. Jika anda membuka mata dan ternampak kelibat kebayan, ia akan sedar bahawa anda masih belum terlena dan akan duduk lebih rapat dengan anda. Lebih teruk lagi jika anda membuka mata dan terkejut. Kebayan akan turut terkejut dan terus menjerit mengilai di dalam bilik anda.

Jadi setiap kali anda mahu masuk tidur, pastikan anda benar-benar mengantuk. Jika belum mengantuk, jangan berbaring dan memejamkan mata dalam keadaan sedar. Kerana Kebayan akan memerhatikan anda...

06 Julai 2008

Gambar Hantu di Kawasan Kemalangan


Gambar yang diambil di satu kawasan kemalangan di sebuah terowong ini banyak menimbulkan tanda-tanya. Perhatikan betul-betul.

30 Jun 2008

Imbas Kembali : Gambar Peristiwa Objek Di Langit


Pada 26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yang sangat aneh, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit. 

Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit. Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai spekulasi dan teori telah dibentangkan.

Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.

Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang.

Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan.

Benar atau tidak, peristiwa ini masih lagi menjadi misteri. Sungguhpun paparan imej di angkasa memang tidak mustahil boleh dilakukan dengan peralatan laser berteknologi tinggi, namun kita juga tidak harus lupa kepada kebesaran Allah.

Apa pendapat korang?

26 Jun 2008

Mayat Yang Diawet


Sesetengah orang ingin hidup selama-lamanya. Mayat tidak ditanam dan diawetkan. Menimbulkan rasa ngeri kepada sesiapa yang melihatnya.

17 Jun 2008

Penampakan Pontianak Dalam Video Nana & Achik - Adat Berkasih?



Pihak kami telah menerima laporan mengenai penampakan pontianak di dalam video Achik dan Nana yang bertajuk Adat Berkasih. Jadi kami telah menyiasat perkara ini dan mendapati bahawa lagi Adat Berkasih ini adalah lagu yang sangat teruk.

Tidak dapat dipastikan samada perkara ini disengajakan atau sekadar kebetulan. Kalau dilihat dengan teliti, kita dapat nampak rambut entiti (pontianak) itu sendiri terbuai ditiup angin. Adakah ini gambaran pontianak yang sebenarnya? Kenapa editor video ini terlepas pandang perkara ini?

Penampakan pontianak di dalam video ini boleh dilihat pada 0.40-0.42.

11 Jun 2008

Hingga Akhir Nanti



Aku rasa samada ini makwe atau bini dia yang dah mati. Kenapa dia masih mahu mengambil gambar, tak tau.

09 Jun 2008

Penampakan Hantu


Gambar diambil awal bulan lepas. Kadangkala, gambar yang biasa pun ada kelihatan penampakan yang dipercayai hantu. Tak kiralah kat Malaysia ke, Indonesia ke, mahupun di eropah sana.

08 Jun 2008

Tangkap Gambar Hantu



Sesiapa yang terlepas menonton rancangan 360 di TV3 minggu lepas, kat sini aku ada rakam. Diaorang cerita pasal hantu.

03 Jun 2008

Aishah Masih Hidup

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.


Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.

02 Jun 2008

Kucing Mata Satu (Cyclop)



Anak kucing ini dilahirkan dengan mata satu. Satu kes yang jarang-jarang sekali berlaku di dunia ini.

30 Mei 2008

Pembunuh Bersiri Kedai Gunting Rambut

Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokei kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, "Mahu potong kepala?". Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, "Tak lah, saya nak potong rambut" akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawap "Ya" dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak. Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.

Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan.


Klik untuk dibesarkan

27 Mei 2008

Video Hantu

Jika dilihat dengan teliti kita boleh nampak kanak-kanak kecil menangis. Kali kedua, budak tu dah bangun dan kameraman kita yang berani tu tak cukup tanah melarikan diri.

26 Mei 2008

Penampakan Hantu Di Siang Hari



Klik untuk diperbesarkan dan anda akan lihat penampakan hantu yang mengejutkan!

Nota : Yeenadey!, lain kali hantar gambar hantu, sila masukkan sedikit maklumat mengenai  bila dan dimana gambar tersebut diambil. Dan nyatakan lokasi di dalam gambar di mana penampakan hantu itu berada.

Gambar Hantu Terkini



Ini bukan photoshop. Untuk photographer punya kaki, sila cek EXIF data. Gambar ini tidak diedit dan diambil kelmarin. Sila klik gambar untuk saiz sebenar.

EXIF Data
Orientation of image: 1
File change date and time: 2008:05:24 13:40:06
Image input equipment manufacturer: Canon
Image input equipment model: Canon PowerShot S5 IS
Exposure time: 0.25
F number: 3.2
ISO speed rating: 1600
Shutter speed: 2
Aperture: 3.34375
Exposure bias: 0
Maximum lens aperture: 3.34375
Metering mode: 5
Flash: 16
Lens focal length: 11.8
Focal plane X resolution: 14506.7
Focal plane Y resolution: 14485.2
Focal plane resolution unit: 2
Sensing method: 2
Custom rendered: 0
Exposure mode: 1
White balance: 1
Digital zoom ratio: 1
Scene capture type: 0

21 Mei 2008

Gambar Hantu Lama



Korang tau kamera zaman dulu yang jenis bukak penutup depan kejap, pastu tutup balik dapat gambar? Zaman dulu diaorang pakai kamera jenis ini. Dan sesetengah pengkaji paranormal mendakwa bahawa kamera jenis ini paling sesuai dan paling berkesan untuk menangkap gambar hantu.

20 Mei 2008

Mengenai Mimpi Ngeri

Mimpi ngeri anda sebenarnya adalah kejadian yang benar-benar berlaku. Saksikan video ini.

15 Mei 2008

Video Hantu Di Dalam Lift



Video ini dia punya real, masuk berita kat sesetengah negara. Tunggu penjelmaan hantu nenek tua di akhir video. Memang seram.

13 Mei 2008

Tragedi Ulat



Di satu kawasan perumahan ni terjadi satu tragedi. Ada sorang brader kaki mabuk ni. Gua ingat dia ni rumah takde, ataupun ada rumah tapi bini tak bagi masuk. Biasa malam-malam gua nampak dia mabuk sorang-sorang, mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa sahaja yang lalu kat depan dia. Bertahun-tahun jugak la dia macam tu. Lately gua tak nampak dah dia.

Mana dia pergi?

So I found out that dia ni dah mati. Mengikut cerita dia selalu pass-out kat mana-mana bila terlebih mabuk. Tido merata. kadang-kadang tu depan laman rumah orang pun dia bantai tido. Kemudian pada suatu hari orang jumpa dia kat dalam semak. Dah mati. Baru lagi mati.

Tapi yang anehnya pada mayat dia ada ulat-ulat sebesar ibu jari mengeriuk keluar dari perut dia. Ulat apajaddah tu masih belum dapat dikenalpasti. Aku dengat orang hospital tak nak kecoh mengenai perkara ni. Ulat tersebut adalah larva sejenis lalat/ulat yang sungguh rare. Ia mempunyai gigi depan yang tajam, tidak mempunyai rahang dan makan dengan cara mengemut. Ia selalunya bertelur di tempat yang lembab dan hangat. Larva lalat ini biasanya lebih agresif dari berengga biasa. Lalat jenis ini biasanya aktif di waktu malam.

Dalam kes ini kaki mabuk tu tertidur dan tak sedar lalat tersebut telah bertelur di tepi bibir dia. Larva yang menetas terus masuk ke dalam mulut, dan memakan seluruh isi kandungan badan kaki mabuk ini. Bila masa untuk bertukar menjadi serangga, larva ini harus eat their way out, thus keluar ikut perut. Rasionalnya keluar ikut perut ini adalah kerana itu bahagian yang paling mudah untuk ditembusi berbanding bahagian dada yang dilindungi tulang rusuk. Mereka tidak menebuk satu lubang yang besar sebaliknya akan menebuk lubang masing-masing. Pada kes kaki mabuk ni, banyak lubang-lubang kecil sebesar satu inci yang berada berhampiran antara satu sama lain. Dinding lubang-lubang ini kemerah-merahan akibat darah yang terkeluar.

Perut mangsa tidak menjadi kempis meskipun isinya telah dimakan habis oleh larva ini. mereka yang menemui mayat kaki mabuk ini mendapati seluruh rongga tubuh mangsa yang kosong itu telah diisi oleh larva ini. Cumanya mereka hanya tinggal di bawah kulit untuk melindungi diri mereka dari anasir luar. In short, mereka menjadikan tubuh kaki mabuk ni sebagai pelindung bagi larva itu sendiri sebelum bertukar menjadi serangga.

Dalam kes-kes biasa, mungkin seekor dua dari larva ini ada di dalam badan manusia biasa. Tapi biasanya ia akan mati sebelum sempat menjadi serangga . Kita tidak menyedari bilakah lalat ini akan bertelur pada badan kita kerana ia bertelur pada waktu malam. Dan kadang kala ada antara kita yang tidur ternganga. Dan sapa nak sedar kalau tengah tido ada lalat hinggap kat tepi lubang hidung?

Sebab tu gua tido kelubung selimut seratus peratus.

11 Mei 2008

Hantu Tanpa Muka


Hantu tanpa muka popular di Jepun. Ia dikenali sebagai Noppera-bō. Modus operandi mereka adalah pada mulanya menjelma menjadi seseorang yang dikenali oleh mangsa. Lepas tu macam biasa, pandang tempat lain, pastu pandang balik, muka dah takde.

Hantu tanpa muka lebih menyeramkan dari banyak hantu-hantu yang lain sebab kita tak dapat agak niat dan emosi hantu tersebut. Sebab.. err.. dia takde muka.

07 Mei 2008

Kelibat Misteri



Kelibat misteri yang berjaya di rakam ini masih menimbulkan tanda tanya hingga kini. Sesetengah orang berpendapat bahawa ini adalah imej Awang Kenit yang telah menggemparkan tanah air beberapa tahun lalu.

Awang Kenit adalah makhluk berbentuk manusia bersaiz kecil yang dipercayai makhluk halus yang ada hidup secara rahsia bersama-sama manusia. Beberapa penampakan Awang Kenit telah direkodkan. Mereka ditemui hanya sekilas pandang dan akan lari apabila bertemu manusia.

Adakah makhluk sebegini benar-benar wujud?

05 Mei 2008

Gambar Petir











Keadaan ketika ribut petir yang hebat selalunya menakutkan. Langit bagai nak runtuh, bunyi angin yang kuat dan kilat sabung menyabung memang mengerikan. Gambar kali ini dihantar oleh Nojah. Berlaku si jalan lama antara Temerloh dan Kuantan. Beliau ada mengambil video mengenai kejadian ini, dan akan dipaparkan di sini sedikit masa lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...