Pada 26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yang sangat aneh, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.
Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit. Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai spekulasi dan teori telah dibentangkan.
Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.
Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang.
Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan.
Benar atau tidak, peristiwa ini masih lagi menjadi misteri. Sungguhpun paparan imej di angkasa memang tidak mustahil boleh dilakukan dengan peralatan laser berteknologi tinggi, namun kita juga tidak harus lupa kepada kebesaran Allah.
Apa pendapat korang?
12 ulasan:
thanks sebab tulis artikel pasal objek langit ni,sebenarnya dah lama terpikir pasal bende ni,sebab saya sekolah ni(sam hishamuddin klang).masa bende ni jadi saya blom sekolah situ lagi tapi mmg kecoh ar time tu,sekolah ni dah pindah ke lokasi baru masa saya tingkatan 5.percaya tak pindah tergesa-gesa,sekolah baru tak siap sepenuhnya dah kene pindah,pagi pagi datang sekolah tetiba diorang suruh berjalan kaki ke sekolah baru,about 10 mins driving dari sek lama,dengarnya sekolah baru keras ada bende duduk :P. yang sekolah lama plak dalam kawasan kubur,masuk je pintu gerbang sekolah bagi salam kat ahli kubur,dulu hostel saya bukak tingkap je nampak kubur,boring gak.dulu masa bende ni kuar orang semua takut dan insaf takut petanda Allah
Patut d ubai ndar!!Nadai pengawa nusi crita ubai!!!Pajak ke crita ubai d!
assalamualaikum kalau la aku dah besar time tu n ble berfikir n nampak benda ni aku mm xkan menafikan benda ni kalau kamu suma faham akan objek2 ni kamu akan sedar mesejnya memang mendalam n ada yg berkait rapat dengan kejadian hari kiamat iaitu pic no 16 yg peta terbalik tu kan dalam petanda kiamat matahari muncul dari arah bertentangan so lau peta dah terbalik tu mmg berkait dgn petanda kiamat tu la n pic yg len aku bleh terangkan tp byk tul so engkau org fikirknla sendiri ni 1 aku bg erti pic2 yg aku dapat fahami 1.nama Allah dalam tulisan jawi=sememangnya manusia n isi alam semesta di cipta oleh Allah s.w.t. 2.janin=sebelum kita melihat dunia nyata kita masih dalam kandungan dan ianya di panggil janin 3.manusia=lepas kita dilahirkan dari perut seorg ibu kita akan mnjadi seorg manusia dan akan di tetapkan umurnya oleh yg Maha Esa. 4.mayat berkapan=semua manusia di semesta ni akan mati suatu hari nanti. 5.mata=menandakan yg mana segala apa yang kita lakukan di dunia ini Allah s.w.t maha melihat dan mengetahui. 6&7.lidah panjang yg di potong=menunjukan balasan di Akhirat kelak kepada orang yg suka sangat berbohong n mengunakan lidahnya kepada perkara2 yang mungkar. 8.perempuan dibkr rambut=balasan di Akhirat bagi perempuan yg tidak menutup auratnya dan akan dijilat api neraka kelak sebagai balasan. 11&12.kala jengkin n ular besar=merupakan binatang yg berbisa yg akan menyeksa seseorg yg berdosa binatang ini akan muncul di alam barzakh dan di neraka. 14.org bertengkar n kemudiannya bersalaman=kita dilarang bermusuh2an n diminta berdamai dan tiada hasad dengki. k dah penat dah yg len kamu bleh renungkan ertinya sendiri k wallahuallam semoga Allah s.w.t melindungi kita suma amin.....
kjadian ni mm da lme. sy ad abg n kakak spupu yg dulu skolah hishamudin sungai bertih, klang.. kjdian ni mmg jd ms batch dia kt skolah 2.. kta nye ms 2 sume jd panik n takut, dorg cm trauma stiap ari lpas kjadian 2.. bak kta org mcm ari tu kiamat n nmpk ajal dri sndri..
Salam semua. T.kasih atas pemilik laman web ini kerana bahan inilah yg telah lama cari namun mustahil utk diperolehi semula tanpa adanya teknologi moden-internet. Ketika peristiwa 1992 saya di Ting.5, kini saya telah menjadi guru. Saya sering teringat cerita ini, walau dulu hanya mendengar dari mulut org, rasa menyesal tak simpan keratan foto2 tsb, namun... tak sangka jumpa dlm laman ini, memang sama seperti yg saya saksikan 17 thn dulu. RINGKASNYA pendapat saya, jika nak ulas berpandukan beberapa ayat Al-Quran dan Hadis Nabi, saban waktu Allah turunkan peringatan, amaran, teguran, dlm pelbagai rupa... namun ramai kita yg akan lupa kembali. Kemudian Allah turunkan yg lain pula, kita sedar... tapi lupa lagi. TETAPI lebih malang apabila ada di antara umat Islam yg langsung bulat-bulat menafikan perkara sedemikian. Bukan bermaksud kita syirik krn percaya tanda2 itu (kecuali jika ia dipuja), tak salah utk muhasabah diri agar perbetulkan tindakan kita yg byk salah dan silap. Mungkin saudara-saudari masih ingat dlm tahun 1983-1986 juga pernah berlaku peristiwa AYAT AL-QURAN HILANG (SEAKAN2 BEBERAPA M/S TERPADAM DAN KOSONG!) Malangnya para cendikiawan agama negara ketika itu menyimpulkan bahawa ia berlaku kerana SALAH CETAK..?.. sedangkan AL-Quran yang terbabit telah berusia lama dan sering digunakan utk Tadarus dalam bulan Ramadhan... fikirkanlah bersama.. dan ambillah iktibar.. (tak kan nak tunggu Tsunami 2004 berulang??!)..
salam..sebenanrya pd waktu yg sama kat sekolah saya smka segamat pun nampak benda tuh...mmg kami semua nampak objek2 tersebut..tak tipu..kecoh masa tuh dah nak maghrib...dan insaf gak..takutt
Salam,
Saya percaya benda ni mmg jadi sbb tak lama lepas kejadian kat Klang, kejadian yang hampir sama berlaku kpd pelajar dan guru Sekolah Rendah Dato' Hashim di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Kami dapat melihat berbagai objek yang terbentuk daripada awan dgn jelas. Cuma kejadian tu tak dilaporkan kpd akhbar atau mana2 media..
Hadi
dl pernah nmpk taun 1998. malam sabtu mase tu tgh kumpul kat surau utk tido sblm qiyam. leh kt 160 org gak la tgk. tp die bkn cam hologram. ktorg tgk ni dr awan. perkataan Allah, peta terbalik (semenanjung kat timur, unjur dari timur laut ke barat daya, Sabah Swak kat barat, muncung 'musang'nye ke barat, mcm tgk tanah malaysia dari dlm tanah) ada yg siap nmpk salib kat peta tu. n beberapa lg yg xberapa ingat.
harap kt slalu amek iktibar dr ape yg jadi.
xde orang snap gamba ke masa kejadian tu?
kejadian tersebut memang betul2 berlaku. sebab kejadian yang sama dapat dilihat di Kuching, Sarawak
saya dengan mata sendiri menyaksikan peristiwa ini bersama ramai lagi pelajar asrama pada tahun 1992 di SMKAA Arau Perlis..ketika itu saya di tingkatan 6 atas...mana mungkin ada manusia yg mewujudkan suasana tersebut kerana setiap objek yang muncul adalah daripada gumpalan awan dan langit yang dikepung oleh awan membentuk objek...subhanallah masih tidak dapat dilupakan
Artikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.
.
Catat Ulasan