Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.
Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.
Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.
Gambar : Pontianak Tampines yang glamer itu
4 ulasan:
Betul ke?"Popularnyer'pontianak ni kan?
betul3....puntianak pun nak begambar gak....
cam tembam gebu ajer hantu pontianak tu.. patut la dia maen jarak jauh
bermacam2 komen dan andaian dibuat oleh org dan tiada kesahihan dibuat kerana yg membuat andaian dan komen blm lg menyaksikan perkara sebegini berlaku di hadapan mata mereka sendiri.. klu berlaku perkara tersebut ke atas mereka maka tiada andaian n komen22 cakap besar.. harap berlaku kat diorg biar diorg saksikan sendiri.. nak percaya ke tak.. 2 pun klu x pengsan.. silap22 deman seminggu.. paling teruk tak tau.. terpulang betapa kuat semngat seseorg 2 apabila berhadapan dgn perkara sebegini.. cakp n komen22 la sepuas22nya.. cakap la sebesr-besarnya.. harap kena kat batang hidung korang sendiri.. sy paling benci tgk org yang suka ckp bsr tp blm pena hadapi perkara tersebut..
Catat Ulasan