30 Mei 2008

Pembunuh Bersiri Kedai Gunting Rambut

Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokei kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, "Mahu potong kepala?". Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, "Tak lah, saya nak potong rambut" akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawap "Ya" dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak. Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.

Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan.


Klik untuk dibesarkan

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cita bohong! bagi bdk tadika baca pun dpa x caya!huh! buang karen ja bca!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama II turut berkata..

Alorrr...ceta gini kalo zaman dulu-dulu tak boleh cakap tak ada.. zaman sekarang memanglah kita jarang nampak. hampir tak ada langsung. tp zaman dulu, nenek moyang aku pun boleh lompat melepasi pokok kelapa. pelihara something la katakan...huk3...nothing impossible~

Tanpa Nama berkata...

Pernah dengar cerita albert fish yang makan budak tu?? tu berlaku sekitar tahun 1920-an. jadi kalau cerita2 macam ni kena caya. kita tak lahir zaman tu bole la cakap tak caya.

Tanpa Nama berkata...

apsal sume org tue2?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...