![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOSI0k_jfZAR7Q2RrPYiJ8LMgFRqs5Da7BQuefnedLbUHSu78sfDsyEHnJT02sYQ-DpeI2j08QkLFAJYgp5vPcQoecv47OlwNO0KrJmEqANFPhURHTzjaFo_hBJVJZW8LPCX7HDg/s400/Slide3.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpOfA1vPi7TyDh6yet0z7qt8Np7I6DR6IpVeqygUhrrMHOoePVEYzwm2mZFNWJr416b7Bn1YFn1PY4D0uXg23jHgZhJREVo3oKSXi8MOo7uNqlK5Z-Wc2F-rw5r7DDASkjYLfPuA/s400/Slide3+(1).jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5ThyphenhyphenNjFd5wo1sAOsuWBSRNsjie-I5iTmLfXuXAxMSFJ26yyvUxOtidnWypF06SLxcJ0tBECzr6Tkar3lsZq8VQIw_j1LsqWzF5PCognEWUPiIz7pM3QYdBKynQzBEPMdBf50Vrw/s400/Slide1.jpg)
Diceritakan bahawa security guard dengar macam ada bunyi mende jatuh. Maka dia pegi menyiasat dan ternampak penampakan ini. Dalam kekalutan, security guard tersebut berjaya menye-snap beberapa keping gambar.
From: Asrul Effandi Sent: Friday, October 30, 2009 8:59 PMNampak macam orang perempuan pakai telekung. Seorang pelawat beri komen, manalah tau ada makwe tetiba nak solat kat dalam bilik tu untuk tenangkan fikiran ke hapa. Gambar hantu atau tidak, anda nilaikan sendiri.
Td pergi ibusawat sg buloh terima barang,terasa nak gi bilik fiber yg yg penuh dgn alat dan patchcord yg serabut tu serabut mata memandang..tel kontrator jak,bila nak kuar ini aku nmpak!...mak ehh apa tu?
Tangkap gambar terus cabut lari..dalam otak korang mesti ckp org tgh solat tu..tp apa aku nak ckp plak,itu bukan tmpat smbhyg,surau lelaki dan prmpun ada tak jauh pun dr situ!nak rukuk pun xlepas tu..klu aku prmpuan pun aku xkn dduk dlm bilik itu yg gelap dn solat sorg2 di exch sg buloh yg tkenal dgn misterinya,..siapkah dia?
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.
Gambar ini diambil semasa aku pergi ke Gua Tempurung pada hari selasa (12/05/09) yang lepas.Perhatikan pada objek bayang berwarna biru… ia muncul hanya 1 minit sahaja (berdasarkan time pada camera).Nasib baik aku perasan masa dah balik umah…..kalau tak mesti dah terkencing. Sorang-sorang tu……cuak jugak la. Hehehehe
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.Jadi bila hujan jangan lupa pasang telinga. Barangkali ada Hantu bajang di kawasan sekitar.
Assalamualaikum...Sy Idan berasal dr Mentakab, Pahang nak kongsi satu gambar aneh ditangkap secara tak sengaja kat satu taman rekreasi di Temerloh. Gambar ni diambik oleh member sy yg g dating kat taman ni dlm pkl 10 lbh pd bln Jun br2 ni.Kalau skali imbas, memang xnmpk apa2 pn dlm gambar ni. Tp cuba zoom dkt2 kt pinggang sebelah kanan lelaki ini. Apa yg anda lihat?Taman ni pn br je dibina dan sblm ni adalah kawasan hutan. Jalan ke taman ni mmg popular utk mat rempit menjalankan aktiviti sukan permotoran haram. Dan ada cerita dari penduduk di sekitar ini mengatakan selalu terjadinya kemalangan ngeri akibat ketidaktereran mat rempit ni beraksi. So, gambar ni jgk dikaitkan dgn kemalangan yg selalu berlaku. Tp sejauh mana kebenarannya..i don no..Pengawal keselamatan taman ni sendiri ada pengalaman pondok pengawalnya yg selalu digegar mcm nk roboh bila malam tiba. Sekarang taman ni dh tak dibenarkan masuk utk umum lps pkl 8 mlm sejak gambar ni tersebar.Harap dapat dikongsi bersama...
KANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.
Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.
Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.
Gambar ini diambil ketika kontraktor sedang membaiki paip yang pecah di kpg kiansam labuan..gambar ini diambil oleh rakan sekerja saya di Jabatan Bekalan Air dan hanya perasan 'benda' tersebut ketika di ofc..sila lihat gambar yang dibulatkan dgn warna merah..Kamu akan npk 1 atau 2 'benda' tu dlm paip tersebut..dan mengikut cerita,paip tersebut selalu rosak atau pecah di kws itu.sekiranya berterusan kemungkinan akan dibuat bacaan yasin.sekiranya masih jg berlarutan lagi.paip tersebut akan dipingahkan ke lokasi yang belum diketahui..dan ada juga cerita org kpg kiansam bahawa tempat tersebut mmg 'panas'...
Wallahua'alam....... Salam,Gambar nie diceritakan sendiri pada aku oleh jurugambar yang amik gambar nie.Dia diupah oleh Tabung Haji dan terlibat dalam merakamkan gambar jemaah haji yang menunaikan rukun islam pada disember 2008 (tahun lepas).Masa gambar diambil, tiada sebarang perubahan cuaca atau kerosakan pada kamera.Gambar di ambil di mudzalifah semasa jemaah berhenti untuk berehat seketika dan beribadat.Bila dilihat semula gambar nie, jurukamera baru perasan terdapat "bubble" di dalam gambar berikut.Jika diperhatikan seolah2 terdapat tulisan kalimah Allah swt..Persoalan didalam gambar ini dirujuk pada ustaz di sana .Ustaz menceritakan kebarangkalian pada waktu itu malaikat turun dari langit..Tetapi untuk tidak menujukkan wajah sebenar malaikat, ia hanya menunjukkan namanya sahaja.So, kesimpulannya. .... setiap satu "bubble" itu mewakili satu nama malaikat.Bayangkan lah betapa besarnya kuasa Allah swt......Panjang2 kan lah email nie.....Mungkin ada yang ingin sampaikan pada semua umat Nabi Muhammad saw pada ketika ini...Wallahualam. ..
"FYI, gambaq ni diambil di tingkat 2 KFC ni & cermin yg menampakkan imej entiti tu adalah cermin luar bangunan & amatlah mustahil sekiranya ada orang yg nak mengusik kawan2 aku tu.Member aku cuma perasan imej tu bila dia nak send mms kat awek dia."
Gambar ini dikatakan diambil dari helikopter semasa banjir besar Sungai Rajang baru-baru ini. Lokasi gambar adalah di Ulu Kapit, Sarawak. Badan ular sebesar tong drum dan dikatakan sepanjang 100meter. Ular besar ini digelar 'Nabau' oleh penduduk tempatan.
Analisis gambar di atas menunjukkan ianya adalah gambar penipu. Kalau ular sebesar tu berenang atas permukaan air, mana kocakan ataupun riak airnya?
Benar-benar ada ke ular bersaiz raksasa macam ni kat Sarawak? Anakonda? Namun, kalau dah sungai yang sebesar ini, macam-macam haiwan boleh ada kat dalamnya. Berita ni kecoh dalam suratkhabar Utusan Sarawak. Ada sekeping lagi gambar, tapi tipu punya la.Juga Video Bonus: