20 Julai 2009

Video Pocong Felda Jengka 4


Seorang penduduk Felda Jengka 4 mendakwa berjaya merakam video pocong menggunakan telefon bimbit. Lihat video yang menyeramkan ini memang menakutkan.

Dari Berita harian :

Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit

KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin.

Lelaki terbabit, Abdul Rahman Sabie, 25, berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.

Katanya, pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini, malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya.

"Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan telefon bimbit," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini, namun selepas melihat dengan mata sendiri, berasa ada kebenarannya.

Katanya, untuk meyakinkan diri, dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik bangun pada paginya, dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang ke arahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana video nyer?

Tanpa Nama berkata...

Gambar pocong tu boleh dapat dalam google, macam foto lama. Saya rasa foto ini pernah keluar banyak kali beberapa tahun lepas.


Video memang tak ada lah kot.

miji berkata...

gambar ni mcm time petang nak ke maghrib jer, tapi ckp jam 3 pagi, terang lak gambar

mazru berkata...

mane videonye weh..

Tanpa Nama berkata...

ye la terang tul.. mungkin owg yg amik gambar tu guna lampu spotlight bagi highlight gambar hantu pocong yg ketagihan glamor tu. Kesian yer.. antu nie mungkin artis yang mati tak sempat glamor.

Tanpa Nama berkata...

makngieb tol...ak egat ad vdeo..pnipu sial...

aika eika berkata...

kalau ader hantu, dtg ke rumah you, spe you nk panggil?? datin maimon!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...