03 Februari 2012

Rumah Berhantu : Misteri Villa Nabila Di Johor


Mesti ada antara korang yang pernah dengar pasal Vila Nabila ni. Ada macam-macam cerita yang menarik pasal rumah ini.

Baru-baru ini kita ada menerima kiriman dari sorang brader yang telah pergi sendiri ke Villa Nabila ini. Dia pegi pepagi buta, nak pegi malam-malam buta apa barang ye dak?

Jadi seterusnya adalah tulisan En. Haziq yang menceritakan pengalaman beliau (dan kawan-kawan) ke vila berhantu ini:

Salam.
Saja berkongsi gambar penampakan selepas khusyuk tengok penampakan di blog ini.
Lokasi rumah lama ini ialah berdekatan Danga Bay Johor Bahru.
Berpagar warna biru.
Saya dulu pelajar di IPTA di sini, dan kampung halaman disini.
Saya dan kawan-kawan saya saja overnight di JB, maklumlah.. bosan kan.. tapi just bersiar-siar saja. Pada mulanya, memang kami dah merancang nak pergi ke rumah Misteri ini pada jam 3 pagi (Waktu paling Aktif mengikut kebanyakkan cerita).
Tetapi atas dasar-dasar keselamatan, kami tunda lepas subuh.. maklumler... bukan semua yang berani kan nak nampak depan mata? hehe.. untuk ke rumah lama ini, jika mengikut pintu depan mengambil masa 15minit sebab jalannya belukar semak samun dan usang. (umpama jungle trakking pagi2). Untuk pengetahuan, rumah lama ini berada di puncak bukit. Jadi kepada yang mahu jungle trekking disini perlu berhati-hati sebab kalau tergelincir.. Bahaya ooh.. Sesudah berada di rumah lama di puncak bukit, tiada kelibat yang kami nampak... cuma 1 kejadian pelik iaitu rakaman video yang dibuat oleh kawan saya seperti telah dipotong di pertengahan jalan? sedangkan kawan saya kata dia tidak stop atau pause rakaman tersebut mahupun Delete. memang pelik dan ini saya sendiri telah perhatikan rakaman tersebut berulang kali. sebab saya ada sedikit ilmu tentang sunting video guna kamera hp nih. mungkin 'Penghuni" kawasan ini tak suka kot? well.. common sense ler..
Sesudah tiba laman puncak bukit tuh, kami berlegar-legar disitu untuk seketika sambil mengambil Kenangan Terindah.. hehe.. Keadaan rumahnya memang usang dan bahagian-bahagian dalam rumah tersebut telah runtuh.. tapi masih ada lagi perkakasan rumah tersebut.
Antara gambar-gambar yang telah di upload dan sedikit penerangan:

Gambar 1 - fokus kepada kawan saya yg pakai baju merah tuh.. ada tak nampak kelibat budak kecil? apa entah yang cuba ditunjuk oleh 'budak' itu.

Gambar 2 - fokus kepada bahu kiri kawan berbaju merah, jika dibesarkan dan di zoom, akan nampak maklhluk berambut panjang dan berupa macam anjing.

Gambar 3 - fokus kepada tingkap kiri sekali. akan nampak makhluk berkepala hijau tengah merenung saya yang mengambil gambarnya.. hehe...

Gambar Akhir - ada dua kelibat jika diperhatikan betul-betul.. satu di tingkap (perlu di zoom dan akan nampak wajah seseorang yg membujur bentuknya sedang melihat saya dan kawan-kawan) dan satu lagi di kaki rumah.. (seperti 'budak' tadi.. tapi tak pasti ia betul atau tidak)

Gambar-gambar ini saya cuma edit dari segi menjelaskan imej sahaja.. nak percaya atau tidak terpulanglah..
Sewaktu saya dan kawan-kawan saya berjalan-jalan di sekitar rumah ini, ada beberapa kali saya terlihat kelibat bayang-bayang perempuan berdekatan kami.. tetapi seperti pesanan orang tua-tua, jika nampak jangan tegur, jangan menyapa dan buat-buat tak nampak saja.. sambil-sambil tuh saya mengucap 2x syahadah dan baca ayat-ayat pelindung seperti Sura Al-Falaq dan Sura An-Nass.

tempat ini memang ada kisah tragedinya tersendiri dan sememangnya ada usaha pihak-pihak tertentu untuk membangunkan tanah ini.. maklumlah harga tanah di JB mahal oh... lagi-lagi berdekatan pusat bandar dan berhampiran Danga Bay..
Tetapi sayangnya.. dengar cerita orang JB yang tahu kisahnya.. setiap kali ada usaha untuk memecahkan dan membersihkan tempat ini, mesti ada kejadian yang pelik dan tidak masuk akal.. contohnya mesin jentolak rosak tiba-tiba, kena ganggu dan sebagainya.

Ceita tentang Villa Nabila ada banyak versinya.. korang boleh cari di laman google dan taip jer villa nabila.
tetapi versi yang kebiasaan didengar, mengisahkan sebuah keluarga mendiami villa ini sewaktu 70 an dahulu.
keluarga tersebut golongan berada dan mempunyai anak bernama Nabila.
sehinggalah satu ketika setelah Nabila mewarisi harta peninggalan bapanya, ibu tirinya iri hati dan membunuh Nabila dan menanam mayatnya di dinding.
ibu tirinya melarikan diri bersama harta tersebut..

Jadi bagaimana mayat Nabila ditemui sedangkan berada di dalam dinding dan di sebuah Villa yang sangat besar? berjarak 20 meter daripada jalan besar?
ini cerita turun temurun, kisah di sebalik penemuan mayat Nabila di dinding.. ini disampaikan oleh kawan saya, dan dia memang banyak mendengar cerita-cerita pelik di JB.. Kisahnya.. Ada seorang hamba Allah s.w.t ini datang membantu, (mungkin kerana dah teruk sangat kawasan tersebut diganggu). tidak pasti bagaimana dia menemuinya tetapi diyakini bahawa Allah s.w.t telah menunjukkan sesuatu kepadanya agar ke villa tersebut dan ke tempat mayat Nabilla ditanam di dinding. you all boleh survey di internet tentang kisah villa Nabila.

------------------------------------------------------------------

Kita hargai usaha-usaha anda dalam mengeksplorasi dan membongkar misteri sebegini. Kita ucapkan berbanyak terima kasih kepada En. Haziq dan rakan-rakan atas keberanian diaorang.

Cuma dinasihatkan agar kalau plan nak buat trip macam ni, sentiasa maklumkan orang lain tentang rancangan anda. Be safe, jangan berpecah dan hormati 'kawasan' yang anda lawati. Paling penting sekali adalah stenbai kamera dan kirimkan penemuan anda kepada kami untuk dinilai bersama oleh semua pengunjung blog ini.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Vila Nabila ini saya cadangkan anda membacanya di blog ini. Ada 5-6 versi pasal rumah ni. Entah mana satu yang betul tak tau.

Ok teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami.

34 ulasan:

Zack Salleh berkata...

banyak versi cerita tentang villa ini...tapi kemisteriannya belum terungkai lagi...penampakkan susuk disekitar villa yang sukar diterjemahkan...cadangkan kepada geng SEEKERS atau Paranormal untuk mendapatkan penjelasan yang lebih menarik...

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Hmmm, menariks. Rasanya bukan hantu, mungkin jin atau syaitan. Cuba tgk disini:

http://husnuzzonloa.blogspot.com/2012/02/mak-ada-hantu.html

Tanpa Nama berkata...

baru je pegi tempat ni bulan lepas. sayang dah habis runtuh semuanya rumah ni. sayang sebab senibinanya cantik menghadap laut pula. tapi daripada dibiarkan usang memang elok dibangunkan dengan bangunan baru..

Telor Power berkata...

pergh.....ok gua berasa sedikit seram

Zack Salleh berkata...

oh betul ke dah takde banglo tu....aku baru plan nak bersiar-siar..

Telor Power berkata...

aik kenapa aku pi snap tak nampak apa2 pun penat aku zoom

Tanpa Nama berkata...

coba deh lihat video berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=y9FI2ha0V8M

dengan mendekatkan benda tertentu maka Tesla spirit Radio akan membunyikan Suara entah berasal darimana yang menjelaskan masa lalu ataupun masa depan benda tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Jika tak terdapat suara benda tersebut harus menjadi bagian orbits. orbs method tersebut menghasilkan gelombang yang lebih kuat. dengan cara diputarkan.

Tanpa Nama berkata...

misalnya gambar Saturnus, padahal itu gambar coretan tangan tapi radio Tesla mengeluarkan bunyi gelombang Saturnus rekaman NASA !!??

tgkhantu berkata...

Tidak Mahu Lihat Hantu Lagi....Seram

Tanpa Nama berkata...

aku dok kg dpn pnti lido dulu mmg slalu ke area sne. rumah 2 mmg seram! n kalu bleh cri pic rumah ni area thn2 9oan..

Kak Long berkata...

SALAM SEMUA...SAYA ADA SEDIKIT CERITA NK KONGSI BERKENAAN VILA NABILA.BRU2 NI SAYA DAN 7 ORG KAWAN2 YG LAIN TELAH PERGI KE VILLA NI.KONON2 NK CRI PENGALAMANLAH.SEPANJANG BERADA KAT SNI KITAORG SEMUA OK JE TPI RUPA2NYA PENGHUNI KAT VILLA NI DH FOLLOW 1 DRI KAWAN2 SAYA.SEJAK BALIK DRI VILLA NI KITAORG SELALU NAMPAK KELIBAT BUDAK KECIL BERMAIN2 KAT DPAN RUMAH MEMBER TU WALHAL RUMAH DIA XDE BDK KECIL DAN YG TERBARU PULA MAK DIA TERNAMPAK 2 EKOR'POCONG'BEDIRI KAT TIANG DEPAN RUMAH PULAK.START DRI ARITU KITA ORG DH XBERANI LAGI NK GI AMBIL MEMBER NI KAT RMAH DIA TAKUT TERNMPAK PLAK...OK TU SAJA KISAH SAYA

Cahaya berkata...

Gmbr xbrape jelas. .hm,kesian kt mber y kne folow 2. .huhu

takiey berkata...

saya berminat hendak melawati villa nabila.. sesiapa mempunyai maklumat atau perkara yg dapat dirujuk untuk kesana pohon share.. facebook : Takiey Sohaimee

syahira ira berkata...

betul la ap yg cikgu sy cete tady... mmg seram kod... sy blom jejak kaki ke situ lagy...

Penjejak Neraka berkata...

Aku pi sana dulu tahun 1991 naik mountain bike redah semak ikut jalan straits view, terasa ada bende follow aku. Toleh belakang, kot² ada mende numpang bonceng beskal aku, takde pulak. Time tu nak maghrib. So aku round seluruh perimeter umah tu, ingatkan nak masuk dalam tapi pintu time tu kunci. Time nak balik je, aku berderau bila nampak babi utan lintas kat jalan masuk vila tu. Rupa²nya memang babi utan yang real punya, bukan djelmaan djin bila nampak sekelompok orang asli etnik seletar bersama andjing buruan dok ngejo babi tu. Buat berderau je. Zaman tu seingat aku, Almarhum Sultan Iskandar meminta bantuan orang² asli seletar untuk menangkap sekelompok babi² utan yang bikin onar di straits view dengan sesuka ati masuk banglo orang dan berkubang di laman.

Unknown berkata...

aq da g sni brsama kawn yg ad ilmu sket...x brape seram jika dibandingkn umah tasik di pontian...

Taira81 berkata...

Umah tasik Pontian??? Cercutew2

Tanpa Nama berkata...

Nak pergi kat villa tu

Tanpa Nama berkata...

Ape kate kite gerak kol 12am...sampai 3am....sme tu mmg aktif bende nie...tp kite pergi jgn semua kosong. ..pling tdak pon sesorg tu thu cre mcm mne nk selesaikn klu tersampok.

Unknown berkata...

Utk makluman saudara saudari.. Tiada istilah penjelmaan semula dr keluarga si mati.. Yg tinggal adalah jelmaan jin & syaitan kpd si mati.. Mmg lah.. Kalau umah x berpenghuni selama 3hari berturut2 jin akan masuk dan nginap bangunan atau rumah kosong.. Dan di jadikan tpt tu sbg rumah mereka.. Sebab tu kalau masuk rumah kita kena beri salam dan baca la bismillah.. Walaupun kita keluar kejap.. Dan kalau 3 hari berturut2 kita tinggal pun buat benda yg sama.. Dan Jgn la kita nak minta sesuatu dr Jin spt mintak maaf ke ape.. Dah jatuh syirik.. Mintak la pd Allah swt.. Igt martabat manusia lebih tinggi dr Jin.. Dan tugas jin dan syaitan mmg nak bg menakutkan kita.. Dan menjelma pelbagai bentuk yg buruk bg menakutkan kita.. Wallahuaklam...

Tanpa Nama berkata...

merapu jer semua ni..

Zalynnah JaJa berkata...

Saya asal dari johor... tiga tahun lepas rakan saya dari kl teringan nk pergi villa nabila ... dah saya pun terjebak malam tu ikut diarang tapi cuma lalu saja nak tahu lokasi rumah berhantu tu... saya dengar citer pun dah seram ape lagi nak pergi... lepas dari tu saya malam tidur diganggu oleh lembaga pocong yg berdiru di balik pintu bilik saya dan tiba tiba dia dah baring sebelah saya... dan tangan saya pulak memeluk pocong tersebut yg asalnya bantal peluk... dan dia berpaling ke arah saya yang mukanya berdarah dan bergaris seperti kena pedang... sejak dari itu saya tak akan jejak kaki ke sana

Tanpa Nama berkata...

Cuba fokus gambar yg last skali...
Dkat bwah rumah bwah tingkap sbnarnya ada lgi entiti lain... Apa yg sya dpat lihat ada wajah yg bertanduk satu di dahinya...

Tanpa Nama berkata...

betul ke cite ni..seram sejuk aku d buatnyee.....

Tanpa Nama berkata...

Merepek LA kamu ni, kami da b,mlm d villa nabila tu x apa2 pun kami jumpa. Hantu bodoh. Nanti aku sent gambar utk kamu yg kami ambik d situ pads mlm tersebut

IBU RISKA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Selens Seren berkata...

www.seasonbet77.com
http://198.50.133.242
Agen Judi | Agen Bola | Agen Sbobet

Agen Sbobet
Agen Judi
Agen Bola
Agen Judi Online
Agen Casino
Prediksi Bola
Agen Tangkas
Agen Poker
Agen IBCBET
Agen 1sCasino


Unknown berkata...

Bagus maklumat ni.. nauzubillihiminzalik.

Unknown berkata...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui AKI DARMO saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan AKI DARMO,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan AKI DARMO yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti, AKI DARMO juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penglaris jualang silahkan hubungi AKI DARMO di 082-310-142-255 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya –ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI -http://pendidikan-merangin.blogspot.co.id

Maeve Carla berkata...

Where Everybody is The Winner
bisa di akses melalui => f4n583771nG :)

Maeve Carla berkata...

Where Everybody is The Winner
bisa di akses melalui => f4n583771nG :)

JPS POKER berkata...

J P S P O K E R adalah situs judi online dan agen judi online terpercaya yang di layanin oleh CS yang sangat ramah dan cepat dalam memproses Depo dan WD member J P S P O K E R
dan di J P S P O K E R tersedia permainan Poker Judi Online Seperti Berikut : (Poker, Capsa, DominoQQ, Ceme, Super Teen, Ceme Keliling, Omaha) dan dapatkan promo dari JPSPOKER sebagai berikut:

- Bonus New Member Rp. 10.000
- Minimal Deposit / Withdraw Rp. 15,000.-
- Bonus Refferal 10%
- Bonus Rollingan Mingguan 0.3% - 0,5%

Baca Juga Di Tonton Video jav dan Video Semi kami :
jpspoker,me(pakai titik ya)

- Pelayanan Dari Customer Service Yang Cantik Tentunya Sopan Dan Ramah, Hanya di jpspoker dan , Online 24/7 Jam
- Dijamin Tidak Ada Robot Di Dalamnya 1000% Player VS Player
Kalau Ada Yang Bisa Berikan Lebih Kenapa Harus Cari Yang Lain!!

Contact Us
- Livechat : JPSPOKER.LIVE
- LINE : jpspoker
- Whatsapp : +82370836863
- YM : JPSPOKER

POKER UANG ASLI
POKER ONLINE TERBAIK
JUDI POKER INDONESIA
AGEN POKER TERBAIK
AGEN POKER TERPERCAYA
AGEN JUDI POKER
JPSPOKER
BANDAR CEME
GAME OMAHA
AGEN DOMINO

Unknown berkata...

Memang seram...saya suka baca cerita seram... Dan saya nak tahu kalau vila nabila apa kisah sebenarnya.....kejam ibu tiri tu.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...