03 Februari 2012

Rumah Berhantu : Misteri Villa Nabila Di Johor


Mesti ada antara korang yang pernah dengar pasal Vila Nabila ni. Ada macam-macam cerita yang menarik pasal rumah ini.

Baru-baru ini kita ada menerima kiriman dari sorang brader yang telah pergi sendiri ke Villa Nabila ini. Dia pegi pepagi buta, nak pegi malam-malam buta apa barang ye dak?

Jadi seterusnya adalah tulisan En. Haziq yang menceritakan pengalaman beliau (dan kawan-kawan) ke vila berhantu ini:

Salam.
Saja berkongsi gambar penampakan selepas khusyuk tengok penampakan di blog ini.
Lokasi rumah lama ini ialah berdekatan Danga Bay Johor Bahru.
Berpagar warna biru.
Saya dulu pelajar di IPTA di sini, dan kampung halaman disini.
Saya dan kawan-kawan saya saja overnight di JB, maklumlah.. bosan kan.. tapi just bersiar-siar saja. Pada mulanya, memang kami dah merancang nak pergi ke rumah Misteri ini pada jam 3 pagi (Waktu paling Aktif mengikut kebanyakkan cerita).
Tetapi atas dasar-dasar keselamatan, kami tunda lepas subuh.. maklumler... bukan semua yang berani kan nak nampak depan mata? hehe.. untuk ke rumah lama ini, jika mengikut pintu depan mengambil masa 15minit sebab jalannya belukar semak samun dan usang. (umpama jungle trakking pagi2). Untuk pengetahuan, rumah lama ini berada di puncak bukit. Jadi kepada yang mahu jungle trekking disini perlu berhati-hati sebab kalau tergelincir.. Bahaya ooh.. Sesudah berada di rumah lama di puncak bukit, tiada kelibat yang kami nampak... cuma 1 kejadian pelik iaitu rakaman video yang dibuat oleh kawan saya seperti telah dipotong di pertengahan jalan? sedangkan kawan saya kata dia tidak stop atau pause rakaman tersebut mahupun Delete. memang pelik dan ini saya sendiri telah perhatikan rakaman tersebut berulang kali. sebab saya ada sedikit ilmu tentang sunting video guna kamera hp nih. mungkin 'Penghuni" kawasan ini tak suka kot? well.. common sense ler..
Sesudah tiba laman puncak bukit tuh, kami berlegar-legar disitu untuk seketika sambil mengambil Kenangan Terindah.. hehe.. Keadaan rumahnya memang usang dan bahagian-bahagian dalam rumah tersebut telah runtuh.. tapi masih ada lagi perkakasan rumah tersebut.
Antara gambar-gambar yang telah di upload dan sedikit penerangan:

Gambar 1 - fokus kepada kawan saya yg pakai baju merah tuh.. ada tak nampak kelibat budak kecil? apa entah yang cuba ditunjuk oleh 'budak' itu.

Gambar 2 - fokus kepada bahu kiri kawan berbaju merah, jika dibesarkan dan di zoom, akan nampak maklhluk berambut panjang dan berupa macam anjing.

Gambar 3 - fokus kepada tingkap kiri sekali. akan nampak makhluk berkepala hijau tengah merenung saya yang mengambil gambarnya.. hehe...

Gambar Akhir - ada dua kelibat jika diperhatikan betul-betul.. satu di tingkap (perlu di zoom dan akan nampak wajah seseorang yg membujur bentuknya sedang melihat saya dan kawan-kawan) dan satu lagi di kaki rumah.. (seperti 'budak' tadi.. tapi tak pasti ia betul atau tidak)

Gambar-gambar ini saya cuma edit dari segi menjelaskan imej sahaja.. nak percaya atau tidak terpulanglah..
Sewaktu saya dan kawan-kawan saya berjalan-jalan di sekitar rumah ini, ada beberapa kali saya terlihat kelibat bayang-bayang perempuan berdekatan kami.. tetapi seperti pesanan orang tua-tua, jika nampak jangan tegur, jangan menyapa dan buat-buat tak nampak saja.. sambil-sambil tuh saya mengucap 2x syahadah dan baca ayat-ayat pelindung seperti Sura Al-Falaq dan Sura An-Nass.

tempat ini memang ada kisah tragedinya tersendiri dan sememangnya ada usaha pihak-pihak tertentu untuk membangunkan tanah ini.. maklumlah harga tanah di JB mahal oh... lagi-lagi berdekatan pusat bandar dan berhampiran Danga Bay..
Tetapi sayangnya.. dengar cerita orang JB yang tahu kisahnya.. setiap kali ada usaha untuk memecahkan dan membersihkan tempat ini, mesti ada kejadian yang pelik dan tidak masuk akal.. contohnya mesin jentolak rosak tiba-tiba, kena ganggu dan sebagainya.

Ceita tentang Villa Nabila ada banyak versinya.. korang boleh cari di laman google dan taip jer villa nabila.
tetapi versi yang kebiasaan didengar, mengisahkan sebuah keluarga mendiami villa ini sewaktu 70 an dahulu.
keluarga tersebut golongan berada dan mempunyai anak bernama Nabila.
sehinggalah satu ketika setelah Nabila mewarisi harta peninggalan bapanya, ibu tirinya iri hati dan membunuh Nabila dan menanam mayatnya di dinding.
ibu tirinya melarikan diri bersama harta tersebut..

Jadi bagaimana mayat Nabila ditemui sedangkan berada di dalam dinding dan di sebuah Villa yang sangat besar? berjarak 20 meter daripada jalan besar?
ini cerita turun temurun, kisah di sebalik penemuan mayat Nabila di dinding.. ini disampaikan oleh kawan saya, dan dia memang banyak mendengar cerita-cerita pelik di JB.. Kisahnya.. Ada seorang hamba Allah s.w.t ini datang membantu, (mungkin kerana dah teruk sangat kawasan tersebut diganggu). tidak pasti bagaimana dia menemuinya tetapi diyakini bahawa Allah s.w.t telah menunjukkan sesuatu kepadanya agar ke villa tersebut dan ke tempat mayat Nabilla ditanam di dinding. you all boleh survey di internet tentang kisah villa Nabila.

------------------------------------------------------------------

Kita hargai usaha-usaha anda dalam mengeksplorasi dan membongkar misteri sebegini. Kita ucapkan berbanyak terima kasih kepada En. Haziq dan rakan-rakan atas keberanian diaorang.

Cuma dinasihatkan agar kalau plan nak buat trip macam ni, sentiasa maklumkan orang lain tentang rancangan anda. Be safe, jangan berpecah dan hormati 'kawasan' yang anda lawati. Paling penting sekali adalah stenbai kamera dan kirimkan penemuan anda kepada kami untuk dinilai bersama oleh semua pengunjung blog ini.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Vila Nabila ini saya cadangkan anda membacanya di blog ini. Ada 5-6 versi pasal rumah ni. Entah mana satu yang betul tak tau.

Ok teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...