25 Oktober 2011

Video Hantu Di 7 Eleven

Dikatakan gambar di rakam oleh CCTV 7 Eleven Paka, Terengganu. Apa pendapat anda?

14 Julai 2011

Tangan Hantu Dalam Gambar Gadis Sedang Mandi

Ini ada satu berita gempar dari Sibu, Sarawak yang berlaku minggu lepas.
Dikatakan gadis ini tiba-tiba pengsan setelah gambarnya diambil. Dan setelah diteliti gambar tersebut didapati ada penampakan objek berupa tangan misteri yang kelihatannya seperti cuba mencekik gadis berkenaan.

Meneliti gambar yang disertakan oleh berita ini, didapati memang benar kelihatan jari-jemari berkedut-kedit dan berkuku panjang seolah-olah hendak mencakik gadis ini. Ada juga kemungkinan gambar hantu ini mungkin terjadi akibat biasan cahaya dari air sungai. Rupanya sungguh real dan menakutkan. Biasan dari air tidak selalunya menghasilkan ralat fotografi ber-dimensi sebegini.

Satu lagi faktor adalah persoalan di mana adakah gadis ini pengsan setelah melihat gambar ini atau sebelumnya? Kenapa gadis ini pengsan? Adakah kerana sudah dicekik hantu?


Berikut adalah teks sebenar dari pautan berita mengenai kejadian ini yang disiarkan dalam akhbar The Borneo Post:
SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.

Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.

“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.

“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.

Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.

Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.

“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.

Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.

Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.

Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.

Percaya atau tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.

Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.

Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.

Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’.

Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.

Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.

Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.

Lain kali kalau mandi sungai haruslah berhati-hati. Kita tak tahu dan tak nampak apakah yang sedang memerhatikan anda dari dasar sungai. Keselamatan juga harus diutamakan. Jangan ingat nak berseronok je.

Terima kasih kepada Miss Raden kerana mengirimkan link ini kepada kami.
Teruskan menghantar sebarang bahan-bahan misteri dan aneh.

Jangan biarkan hidup anda... dicekik hantu air ketika mandi sungai.

15 Jun 2011

Gambar Hantu Ikan Bakar


Gambar hantu kali ini bertajuk 'Gambar Hantu Ikan Bakar' sebab pengirim kata gambar ni diambil masa diaorang bakar-bakar ikan kat rumah dia. Ok cakap banyak tak guna, teks berikut disertakan oleh pengirim gambar hantu ini:

gambar ini ialah gambar yang diambil oleh adik saya waktu sedang bakar2 ikan di rumah saya dengan kawan-kawan beberapa tahun lepas. waktu tu dah lebih jam 1 pagi tak silap saya... menurut adik saya, mulanya dia memang dah nampak makhluk tu, kemudian dia fikir, "apa kata try test tengok tangkap gambar kot2 boleh masuk gambar makhluk bertuah tu." (adik saya dah biasa nampak benda2 macam ni so dia tak de la heran sangat) so dia pun ambil gambar and memang masuk dalam kamera.

gambar ni memang saya ambil gambar asal, dan tak ada edit apa2. untuk makluman, kawan2 dia dalam gambar tu takde sorang pun yang tahu tentang makhluk tu masa tu. lepas dah ambil gambar baru la dia bagitau dan sorang2 muka pucat lesi, nak2 yang pakai topi tu, sebab benda tu betul2 depan dia. mulanya diorang agak skeptik, mana tau kot2 asap rokok, tapi kemudian diorang test ambil gambar dengan asap rokok, memang tak sama dengan makhluk putih tu. saya pun seram sejuk dibuatnya sebab ni kat rumah saya, haha... off record, sebenarnya adik saya memang orang yang selalu nampak benda2 macam ni dan dia kadang2 boleh berkomunikasi dengan makhluk ni, so dia tanya la benda tu, apa yang dia buat kat rumah saya. benda tu jawab yang dia memang dah lama duduk situ, nak pindah tapi tak tau ke mana nak pindah.

ada satu kejadian lagi masa adik saya tengah baca Al-Quran dalam jam 3 pagi, dengan tingkap yang terbuka, dia nampak ada sorang nenek bertongkat jalan di jalan raya depan rumah saya. bila dia tiba bertentangan dengan rumah saya dia pun pandang adik saya, adik saya cakap, "marilah sini baca Quran sama-sama, boring sorang2 ni...", mata nenek tu terus jadi merah menyala, marah dan terus jalan. ^o^

Kalau lihat betul-betul gambar hantu ni, memang ada sesuatu kat dalam gambar. Kalau asap rokok pun lain sifatnya dalam gambar. Menurut pandapat saya, penampakan ini bukanlah berada di depan brader pakai topi tu, sebaliknya 'makhluk' tersebut berada betul-betul depan kamera.

Memang ada sesetengah orang memang terbuka deria mereka dengan perkara-perkara ghaib ini. Dikatakan juga bayi paling senang nak berinteraksi dengan makhluk halus. Kadang-kadang kalau budak menangis tak henti-henti tandanya ada 'sesuatu' sedang mengusik.

Wallahualam.
Kita tak nampak, tak tahu. Kalau ada sapa-sapa ada pengalaman harap dapat dikongsi bersama.

Terima kasih kepada Nana yang mengirimkan gambar ini. Teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami. Real-tak real lain cerita. Kita usyar dulu.

Akhir kata, jangan biarkan hidup anda di-usyar hantu...

18 Mei 2011

Penampakan Gambar Hantu Pocong di Taiping?


Waktu petang ataupun senja memang tak elok kalau duduk di luar rumah. Kata orang tua, time tu lah hantu berkeliaran. Pemandangan matahari terbenam memang cantik
Gambar hantu kali ini dikirimkan oleh Cik Nadia. Berikut adalah teks yang disertakan sekali bersama gambar ini:
disini saya nak share satu gmbar yang saya peroleh dari rakan sekerja saya. dia telah pergi ke taiping dalam hujung tahun 2010. gambar di ditangkap sewaktu maghrib. time tu boyfriend dia yang drive and dia yang tengah duduk kat passenger seat saje2 nak snap gmbar. katanya pemandangan petang tu cantik sangat. tapi selepas snap gambar tu, dia perasan sesuatu yang agak pelik. saya dah highlight kan dengan bulatan merah. boleh korang tolong tafsirkan tak. coz saya pun tak pasti objek apa. atau itu hanya ilusi optik sebab keadaan jalan pun macam beralun. kalau korang rajin, analisis sekali gmbar ni sebab kata boyfriend dia kat bawah objek hitam yang terbang tu macam ada pocong. tapi saya tak nampak pulak. ape2 pun terima kasih korang.
Ok mengikut penelitian saya, gambar ini diambil menggunakan kamera telefon (Sony Ericsson K770i) dengan lensa CMOS pada bukaan 1/8 saat. Bukaan yang agak lama ini tambah dengan keadaan kereta yang bergoyang menyebabkan gambar jadi blur. Kalau kita tengok dengan teliti 'penampakkan' dalam bulatan itu adalah selari dengan lengkok pada garisan jalanraya.
Objek hitam tersebut adalak pokok yang kabur. Dan kat bawah sikit tu.. wallahualam.

Terima kasih kepada Cik Nadia.
Teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami.

11 Mei 2011

Gambar Hantu Taman Rimba


Aku dah pegi tempat ni banyak kali, dan dah ambik gambar tempat ni juga banyak kali dah. Setiap kali ambik gambar mesti ada penampakan objek aneh menganggu. Gambar kali ini juga tidak jauh berbeza.

Dia tulis:
"ada sesuatu yang aneh pada gambar yang diambil semasa trekking di Taman Rimba Kenong baru-baru ini. Perhatikan kawasan sekeliling 'clear' tapi muka guide ni terlindung separuh, kenapa?"

Fonemena ini tidak dapat dijelaskan. Gambar ini juga telah dihantar kepada 'pakar-pakar' dalam bidang ini dan telah disahkan bahawa memang ada sesuatu yang menganggu gambar. Cuba lihat juga wajah yang kelihatan di celah-celah batu itu.

Dikatakan juga makhluk yang menghuni gua-gua di kawasan ini terdiri daripada para 'sheikh'.

Kirimkan pendapat anda kepada kami.

Taman rimba ini terletak di Pahang.

17 April 2011

Sukacita dimaklumkan: Ini Bukan Gambar Hantu


Hari tu kecoh pasal gambar yang memiliki ciri-ciri seperti gambar di atas yang dikatakan diambil di negara Arab. Ok ini ada satu update, bila keluar gambar macam ini, ianya bukan gambar hantu ye adik-adik.

Gambar seperti ini terhasil bila ada embun, ataupun partikel-partikel air yang wujud di waktu pagi atau malam yang berkabus tebal. Cahaya flash kamera korang akan dipantulkan oleh partikel air di udara menyebabkan penampakan yang seringkali disangka gambar hantu.

Sekian dimaklumkan.

P/s: Gambar dikirimkan oleh Encik Sharol Amir. Katanya diambil masa mencandat sotong.
P/ss: Mencandat sotong ni apa?

05 Mac 2011

Bergambar Dengan Makhluk Halus


"Ini gambar kami sedang bergambar dengan makhluk halus baik... kalu perhati betul2... ada 'benda' kiri dan kanan kami tu"

Gambar dikirimkan melalui laman Facebook kami. Cuba perhatikan dengan teliti. Adakah gambar hantu itu kelihatan?

10 Februari 2011

UFO Di Sabak Bernam?


Mungkin hanya bunga api . Ataupun hantu penanggal.

SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.

Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.

Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.

“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.

“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sumber dipetik dari Kosmo! Online

11 Januari 2011

Gambar Jin Di Masjid?


Gambar ini memaparkan suatu penampakan misteri yang aneh di angkasa. Pengirim hanya menyatakan bahawa gambar ini adalah gambar jin. Lokasi dan masa gambar diambil tidak dimaklumkan.

Kelihatan di dalam gambar seperti sesuatu sedang melayang di udara. Nak kata layang-layang apa ke pelik benor rupa layang-layang?


Tinggalkan pendapat anda untuk dikongsi bersama.

Terima kasih kepada pengirim dan teruskan mengantar gambar hantu untuk dikongsi bersama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...