07 April 2008

Gambar Jin Gua Hirak / Hira'


Ini adalah gambar jin gua Hira yang popular itu. Dikatakan diambil secara tidak sengaja oleh seorang bakal haji.

Update: Gambar ini palsu.

03 April 2008

Gambar Bayangan Hantu Di Cermin


Gambar dikirimkan melalui emel. Timbul jelmaan wajah manusia di cermin. Mungkinkah imej tersebut adalah refleksi seseorang yang berdiri di sebelah kamera? Mengikut saiz dan kedudukan refleksi tersebut, 'orang' yang berdiri itu haruslah berada hampir dennan akak pakai baju warna biru tu. Adakah ini hantu?

Orang Minyak Ditangkap



Aku tak tahu apa kes ni. Gayanya macam orang minyak kena hentak dengan orang kampung. Teruk jugak dia kena. Video ini hanya timbul kat Youtube tanpa sebarang penceritaan yang jelas.

27 Mac 2008

Sejadah Solat?



Baiklah. Mesti ada penggunaan tali-tali di sini. Cuba tengok karpet dia. Biasa karpet kat masjid mesti sebaris menghadap kiblat, sejadah tu sembahyang menghadap ke mana kalau macam tu?

Real ke tak ni?!

Gambar Hantu Di Tempat Parking


Klik untuk dibesarkan. Tengok kat tiang F15 tu.

25 Mac 2008

Babi Berwajah Manusia?



Biasa kita dengar cerita pasal manusia berwajah babi (kes-kes menguruskan jenazah) tapi kali ini kat Indonesia dikejutkan dengan fenomena babi yang dilahirkan mirip wajah manusia. Siap ada pusar rambut kat atas dahi lagi.

Kalau diteliti, anak babi ni takde la muka macam manusia sangat. Cuma dia nyaris jadi cyclop (satu mata) je. Cuba tengok betul-betul. Ini kategori 'deformed' dan tumbesaran dia dalam rahim tu terganggu sikit dan akhirnya tak berapa nak jadi. Tu nampak macam ada dahi, hidung mancung (memang babi hidung mancung beb..)

Dalam rahim ye adik-adik, pembesaran tu (pertumbuhan daging) jadi dari kiri dan kanan dan bercantum di hadapan muka (sebab tu kita ada.. apa tu.. yang antara hidung ngan bibir tu..). Kes babi ni dia
terbantut sampai struktur tengkor dia tak sempat mengunjur ke hadapan. 
Tu jadi macam tengkorak manusia.




22 Mac 2008

Tandas Berhantu Di Lipis Centerpoint



Banyak kes telah dilaporkan dalam tandas ni. Tandas ini dikongsi oleh lelaki dan wanita. Juga tempat budak-budak dadah lepas gian. Cuba perhatikan dengan teliti refleksi di cermin tersebut.

24 Januari 2008

Hantu Nenek Kebayan



Tak elok tau kalau gambar macam ni nak dakwa gambar hantu jugak. Mana tau nenek dia lalu kat belakang tu. Tak pasal-pasal nenek jadi hantu jugak.

Gambar ini dikirimkan kepada saya dan asal-usulnya masih belum dikenalpasti. 

Mujurlah gambar ni tiba ke tangan saya (hek ele.."saya") dalam salinan yang masih ada EXIF Info dia. Apajaddah EXIF info ni aku tak tau. Tapi yang penting ia dapat memberitahu kita bahawa gambar di diambik dengan menggunakan telefon kamera N70 (2mpx), dengan data-data berikut:
Make - Nokia
Model - N70-1
ExposureTime - 1/16.9 seconds
ISOSpeedRatings - 500
DateTimeOriginal - 2007:11:29 09:33:25
DateTimeDigitized - 2007:11:29 09:33:25
ShutterSpeedValue - 1/17 seconds
ApertureValue - F 3.20
LightSource - Auto
Flash - Not fired
FocalLength - 4.50 mm
FlashPixVersion - 0100
Walaupun saya (cis) tak berapa banyak tahu pasal fotografi ni namun saya tahu kalau macam ni punya data, mesti keluar hantu punya kat belakang. 
Sebab setting macam ni, memang sesuai kalau nak tangkap gambar hantu. 

10 Disember 2007

"Ini real punya pochong!"



Gambar kali ini dihantar oleh Mie dari.. err.. dia tak bagitau. Pochong ni mula-mula ngeri jugak aku tengok. Tapi macam palsu pun ada. Siap mata bercahaya lagi. Tapi dari aspek serius muka brade ni bergambar, nampak macam real.

Kata Mie:
"Ini real punye pocong. Korang kaji la logik ke tak gambar nih"

Waima, kenapa tukang ambik gambar tu tak center-kan shot tersebut? Macam sengaja bagi ruang untuk hantu tu muncul. Dan apakejaddahnya tiba-tioba ambik gambar tengah-tengah malam macam ni.

Pochong ni nampak terlalu real, sampai ia kelihatan palsu. Tapi ada kemungkinan hantu real punya. Kalau real gambar hantu, aku jadi seram.

Fakta menarik: Mata bercahaya ketika ambik gambar (flash) dikenali sebagai 'Red Eye'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...