21 Mei 2009

Gambar Hantu Lebuh Raya


Akhbar Kosmo hari ini melaporkan mengenai seorang guru yang telah menangkap gambar hantu di sebuah R&R. Tak tau apa kes kenapa akhbar Kosmo ni berminat sangat pasal hantu-hantu ni. Siap letak kat frontpage lagi.

Petikan dari Kosmo:

KANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.

Baca selanjutnya di Kosmo

11 Mei 2009

Gambar Hantu Paip


Gambar ini diterima melalui email. Pengirim menyertakan teks berikut:
Gambar ini diambil ketika kontraktor sedang membaiki paip yang pecah di kpg kiansam labuan..gambar ini diambil oleh rakan sekerja saya di Jabatan Bekalan Air dan hanya perasan 'benda' tersebut ketika di ofc..sila lihat gambar yang dibulatkan dgn warna merah..Kamu akan npk 1 atau 2 'benda' tu dlm paip tersebut..dan mengikut cerita,paip tersebut selalu rosak atau pecah di kws itu.sekiranya berterusan kemungkinan akan dibuat bacaan yasin.sekiranya masih jg berlarutan lagi.paip tersebut akan dipingahkan ke lokasi yang belum diketahui..dan ada juga cerita org kpg kiansam bahawa tempat tersebut mmg 'panas'...

07 Mei 2009

Gambar Malaikat?




Gambar ini diterima melalui email. Aku tak berhasrat nak mengulas dengan lebih lanjut mengenai gambar-gambar ni, tapi korang boleh baca teks yang disertakan.

Wallahua'alam....... Salam,
Gambar nie diceritakan sendiri pada aku oleh jurugambar yang amik gambar nie.
Dia diupah oleh Tabung Haji dan terlibat dalam merakamkan gambar jemaah haji yang menunaikan rukun islam pada disember 2008 (tahun lepas).
Masa gambar diambil, tiada sebarang perubahan cuaca atau kerosakan pada kamera.
Gambar di ambil di mudzalifah semasa jemaah berhenti untuk berehat seketika dan beribadat.
Bila dilihat semula gambar nie, jurukamera baru perasan terdapat "bubble" di dalam gambar berikut.
Jika diperhatikan seolah2 terdapat tulisan kalimah Allah swt..
Persoalan didalam gambar ini dirujuk pada ustaz di sana .
Ustaz menceritakan kebarangkalian pada waktu itu malaikat turun dari langit..
Tetapi untuk tidak menujukkan wajah sebenar malaikat, ia hanya menunjukkan namanya sahaja.
So, kesimpulannya. .... setiap satu "bubble" itu mewakili satu nama malaikat.
Bayangkan lah betapa besarnya kuasa Allah swt......
Panjang2 kan lah email nie.....
Mungkin ada yang ingin sampaikan pada semua umat Nabi Muhammad saw pada ketika ini...
Wallahualam. ..

02 Mei 2009

Apa Kes? : Gambar Sami Sembahyang Di Masjid






Gambar ini diterima melalui emel. Tak tau apa kes. Sapa-sapa ada info tolong kongsikan bersama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...